Al Qasam, pejuang yang merindui syahid

Pejuang yang merindui syahid

Pejuang yang merindui syahid

Empat hari di tanah Palestin dan lima hari di Mesir sudah cukup memberi satu pengalaman yang cukup besar dalam kehidupan.

Bak kata orang, jauh perjalanan, banyak pengalaman. Melalui blog ini, ada  beberapa perkara menarik yang aku ingin kongsikan. 

Sepanjang disana aku berada ditempat2 yang pernah menjadi tumpuan dunia. Antaranya lokasi dimana  pemimpin agung dunia, Syeik Ahamad Yasin dibunuh dengan menggugurkan bom dari pesawat Apace dari tentera Israel selain melihat sendiri kediaman dan berjumpa dengan anaknya yang masih hidup.

 Aku juga berjumpa dengan anak cucu al- Syahid, bekas Perdana Menteri Palestine yang dibunuh, Abdul Aziz Rantisi.

Selian itu, aku sempat merasai sendiri bagaimana hebat laluan terowong yang ada di bumi Palestine ini, insyallah semuanya akan diceritakan…. untuk permulaan artikel dibawah  ini adalah yang pertama dan disiarkan dalam Sinar Harian baru-baru ini.

OLEH: MOHD ZAILANI ANB RAHMAN

GAZA- Bertopeng, bersenjata dan memakai lilitan kalimah syahadah!, itu la perwatakan tentera Izzuddin al-Qassam ataupun lebih dikenali Al-Qassam, salah satu sayap perjuangan Hamas.

Tanpa perasaan takut mati, merekalah merupakan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan hadapan yang akan mempertahankan tanah Palestin dari diceroboh tentera Zionis.

Pasukan bersenjata yang begitu digeruni oleh Israel ini diberikan nama yang diambil dari seorang pejuang, Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Penubuhannya dipelopori pejuang agung Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984. Melalui jemputan sebuah badan khas di Gaza baru baru ini, penulis dibawa ke sebuah lokasi di kem Briged Al-Qasam berhampiran pantai di Khal Yonis dan bertemu dengan komander yang bertanggungjawab mengemudi briged itu dari arah selatan Palestin.

MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

Atas faktor keselamatan, komander yang berumur 30-ini hanya mahu dikenali sebagai Abu Anas. Menurutnya, tujuan Al- Qasam ditubuhkan untuk membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan rakyat Palestin.

Bagi tujuan tersebut, mereka yang ingin menjadi tentera Al- Qasam terdahulu mendaftar sebagai ahli Hamas dan memiliki keperibadian yang baik serta ahli masjid. Apa yang pasti katanya, individu tersebut mestilah mempunyai niat untuk berjuang dan sanggup syahid berdepan dengan tentera Israel.

“Untuk direkrut dalam pasukan ini, kita akan lihat sejauh mana individu itu iltizam dan setia kepada masjid dan memiliki sifat-sifat sifat yang akhlak yang tinggi. Selain itu mereka tidak boleh merokok dan memiliki tutur kata yang elok.

“Selepas melalui ujian peperiksaan, individu tersebut diserap ke pelbagai unit. Mereka akan dilatih di unit ketenteraan dan memasuki medan tempur secara giliran melalui pemilihan yang sangat ketat,”katanya.

Bersama pejuang.. and dapat juga rasa pegang senjata diorang ni

Bersama pejuang.. and dapat juga rasa pegang senjata diorang ni

Abu Anas bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar yang menganggotai Al- Qasam namun difahamkan bilangannya dalam lingkungan 40,000 orang. Katanya, mereka yang menganggotai pasukan ini mesti berumur 18 tahun ke atas namun pertimbangan akan dibuat kepada permohonan remaja di bawah dari umur tersebut dengan syarat mereka memenuhi kriteria lain yang ditetapkan.

Ditanya adakah mereka yang menganggotai pasukan ini fasih membaca Al-Quran, Abu Anas berkata, sudah menjadi amalan anggotanya sentiasa mengamal dan membaca Al- Quran ketika bertugas dan ada darinya merupakan hafiz. Operasi ‘bom diri’ hanya ketika darurat Mengulas mengenai tugasan tentera Al- Qasam, Abu Anas mengakui menjadikan ‘Human bom’ (bom diri) sebagai salah strategi untuk berdepan dengan tentera Zionis.

Beliau menceritakan kisah seorang individu yang bernama Abu Tobash yang secara sukarela mahu mengikuti operasi meletupkan diri di sebuah sekatan tentera Israel di sebuah jalan di Palestin.

“Peristiwa itu berlaku pada 2005, rakyat Palestin berdepan dengan situasi yang sangat hina apabila setiap dua kilometer jalan dilalui, kami terpaksa menempuhi sekatan jalan raya yang dibuat tentera Israel. Malah, semasa pemeriksaan ,ada kalanya dari kami diperlakukan dengan kejam termasuk orang tua.

“Bertindak daripada itu kami memutuskan untuk mengadakan operasi khas, dan Abu Tobash yang merupakan seorang hafiz Al- Quran yang bercita-cita untuk syahid, dalam operasi itu kami merancang supaya beliau ditangkap kerana menyeludup senjata, akhirnya semasa pemeriksaan dibuat ke atasnya, bom itu meletup dan mengorbankan tiga tentera Zionis,”katanya.

Menurutnya, operasi tersebut sangat berkesan dan selepas kejadian itu pihak Israel terus meninggal kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Abu Anas menegaskan operasi meletupkan diri bukan keutamaan Al- Qasam dan ia hanya dirancang sekiranya terpaksa dan dalam keadaan darurat. Menurutnya, anggota Al-Qassam mempunyai ahli yang mempunyai kepakaran tertentu dan berkebolehan dalam aspek ketenteraan.

“Ada daripada anggota merupakan mereka yang mempunyai kelulusan ijazah dan doktor, contohnya ada dari pada kita mencipta alat membolehkan Zionis tidak mampu mengesan pergerakan anggota,”katanya.

Tugasan Al- Qassam Abu Anas berkata, mereka yang menganggotai tentera Al-Qasam tidak bergaji dan diberikan sedikit wang untuk keperluan harian.

“Walaupun berstatus sukarelawan, mereka bertugas 24 jam, pada waktu malam mereka mengadakan kawalan sempadan manakala siang mereka mengadakan latihan, gali terowong, buat senjata, penyusunan strategi dan aktiviti risikan,”katanya.

Menurutnya, sejak penubuhannya briged tersebut, pihaknya berjaya menculik dan menahan lapan anggota tentera Israel dan ia merupakan satu kejayaan yang besar bagi Al Qassam. Bagaimanapun katanya, Al- Qassam hanya menahan dan menculik anggota tentera Israel lelaki sebaliknya tidak mengambil tindakan terhadap anggota wanita.

“Sebenarnya, ketika mengadakan operasi, sangat mudah untuk menculik anggota tentera wanita Israel kerana jumlah mereka ramai selain perwatakan jelas menunjukkan mereka adalah anggota tentera, tetapi kerana prinsip dan tuntutan agama, kita tidak melakukan apa-apa,”katanya.

Tentera Israel tidak mampu menguasai Palestin Mengulas mengenai serangan Israel pada 2008, Abu Anas berkata, walaupun pihaknya tidak memiliki senjata canggih, tetapi Zionis tidak mampu menumpaskan pihaknya yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

IMG_4810

“Ketika serangan 2008, secara keseluruhannya, tentera Israel tidak berjaya berada di tengah Gaza dan hanya berlegar di sekitar sempadan sahaja. Jika masuk sekalipun tidak melebihi dua kilometer sahaja.

“Namun kita akui ada sesetengah tempat mereka berjaya masuk ke bahagian tengah Gaza, namun tidak bertahan lama dan terpaksa berundur , ini adalah bantuan daripada ALLAH SWT,”katanya.

Perasaan penulis Bagi tujuan ini, penulis turut dibawa ke lokasi tentera Al Qassam bertugas di kawasan strategik di sempadan Israel di Khal Yonis dan Baihanun. Ketika ditemui kesemua anggota bersedia berhadapan serangan malam dengan masing-masing dilengkapi senapang AK-47, mesingan, dan roket grenad selain lilitan peluru hidup.

Kesemua anggota briged bertopeng namun ketika diminta menanggalkan, penulis agak terkejut kerana mendapati muka mereka bersih dan bersinar.

Dengan bauan yang dipakai oleh briged, penulis merasakan ada satu perasaan seakan-akan gementar kerana bertemu dan berdepan dengan pejuang-pejuang yang bakal menemui syahid.

Difahamkan, sejak Intifada pada tahun 2000, lebih 1000 askar Al-Qassam mati syahid Ia membuktikan betapa hebatnya briged ini dan tidak mustahil lah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan kekuatan pejuang Al-Qassam. – Sinar Harian Ends

Categories: Uncategorized | 3 Comments

Post navigation

3 thoughts on “Al Qasam, pejuang yang merindui syahid

  1. zulaikha

    Subhanallah.. untung sekali saudara di beri kesempatan untuk menjejak bumi anbia dan tanah kelahiran para syahid dan syahidah islam.. membaca artikel ini membuatkan ana seolah-olah turut dibawa bersama berada dalam dimensi dunia yg lain, terbayang2 ketakutan dan garis penderitaan di wajah anak2 kecil ini.. syabas ana ucapkan atas pengembaraan dan perjuangan saudara yang di beri peluang oleh Allah meneroka dan merasai sendiri suasana disana.. ana cuma mampu berangan dan berdoa moga satu hari nanti turut beroleh peluang yg sama.. insya Allah.. semoga saudara di lindungi di bawah payungan rahmatNya selalu..

  2. zailani2u

    zulaikha- sy sgat bersyukur dan sudah lama mengimpikan untuk sampai ke tanah ambia ini, akhirnya allah makbulkan

  3. zulaikha

    Bawalah hati yg merindui syahid.. jika benar tertulis olehNya dan terkabul pula doa diperjalanan, mudahan Allah membuka rahmat dan pintu syurga yg khas tersedia untuk para syuhada.. Selepas ini, destinasi mana pula yg akan menjadi tumpuan?

    Keep posting about Gaza and also other affected countries.. as one of the reader, kami seolah-olah di bawa berjalan ke merata tempat dgn membaca coretan kembara saudara.. bertambah ilmu kami.. syukran…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: