Gaza, yang berdarah

Bila membaca artikel mengenai beberapa siri pengeboman yang berlaku di Gaza dua hari lalu ,hati ini mula berdegup kencang.

Bagaimanapun ia tidak pernah gentar dengan tindakan itu malah merasakan semakin membuak-buak untuk sampai ke tanah para ambia ini.

Apa yang dirasai ini hanya kecil dibandingkan dengan perasaaan rayat Palestin yang sentiasa berhujankan peluru.

2 tahun lalu, dalam entry aku ada menulis mengenai kisah kekejaman Israel selain cerita disebalik konvoi Mavi Marmara.

Semasa menulis artikel itu, ada satu perasaan alangkah satu hari nanti aku akan merasai apa yang dicatitkan itu dan Alhamdulilah dengan izin Allah Swt, insyaalaah pada 21 hb perkara itu menjadi ia menjadi realiti dan titik sejarah dalam kerjaya ini dimana aku akan berangkat Gaza melalui sempadan Rafah.

Menyingkap mengenai Gaza, luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestin Selatan, “tersepit” di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan laut Mediteran, serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya. Sudah lama Israel “bernafsu” menguasai wilayah ini.

Namun, jangankan menguasai, untuk masuk pun sudah berdepan dengan kesukaran Sudah banyak cara yang mereka lakukan untuk meawan kota kecil ini. Akhirnya Israel melakukan serangan “habis-habisan” ke wilayah ini sejak 27 Desember 2008 hingga 18 Januari 2009. Mereka”menggugugurkan” ratusan  bom dan mengerahkan semua kekuatan.

Sempadan Rafah adalah laluan tunggal yang tidak termasuk dalam kawasan Israel. Mesir menutupnya hampir setiap masa, dan hanya membukanya bagi kes kemanusiaan dua kali seminggu.

Kebanyakan terowong bawah tanah digunakan untuk membawa masuk ke Gaza barangan keperluan seperti makanan, peralatan rumah, bahan binaan dan haiwan ternakan, tetapi Hamas dan kumpulan bersenjata lain menggunakan terowong rahsia mereka sendiri untuk membawa masuk senjata dan wang.

Mengikut jadual perjalanan, akan dibawa ke lokasi yang penting dan berjumpa dengan beberapa pihak yang menguasai negeri itu. Selain itu dijadualkan aku dibawa ke kawasan rahsia dimana haiwan peliharaan diseludup dari bawah tanah.

Sudah tentu perjalanan ini cukup mencabar, dan setiap masa berdepan dengan situasi tegang. Apalagi hanya aku sorang sahaja yang bergelar wartawan, selebihnya sukarelawan.

Dengan perjalanan yang jauh, mencabar dan yang pastinya berisiko ini, aku mengharapkan doa dari semua pihak semoga perjalanan ini dipermudahkan dan diberkati Allah.  Apa yang berlaku selebihnya adalah dari  ketentuan Allah, Amin ya rab……….

Categories: Uncategorized | 3 Comments

Post navigation

3 thoughts on “Gaza, yang berdarah

  1. nuras

    May Allah ease your tasks. be safe. and come back safe.

  2. nuras

    have read the story, such a wonderful experiences. Alhamdulillah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: