Perginya seorang Murabbi (pembimbing)

 

Permergian Datuk Othman Yahya, 76, atau pun lebih dikenali ustaz ya dikalangan masyarakat kampung cukup menusuk hati.

 Beliau merupakan bekas calon ahli parlimen Pasir Puteh, ADUN BanggulJudah, bekas exco kerajaan negeri  dan ulamak yang banyak memperkenalkan negara  diperingkat antarabangsa.

Tanpa disedari, kotokohan beliau disegani seperti pertubuhan Islam dunia Ikwanun muslim sehingga mereka menghantar wakil semasa hari pengkebumian.

jenazah diusung

jenazah diusung

Sebenarnya, aku tidak  kenal secara langsung beliau, tetapi kerana dia merupakan anak jati kampung Labok dan rumah hanya la beberapa kilometer dari rumah aku, maka sedikit sebanyak  aku mengetahui latar belakangnya yang cukup untuk membuat kita rasa kerdil.

 Menyingkap sejarah peribadinya, apa yang mengkagumkan seawal usia 9 tahun, beliau sudah menunutut ilmu di Mekah dan menumpang di rumah ibu saudaranya.

 Namun atas sebab tertentu,  pada usia 12 tahun beliau terpaksa berdikari dan mencari rumah sendiri di Mekah. Di situ beliau merasai kesusahan dan adakalanya terpaksa berlapar demi menuntut ilmu.

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz turut mengiringi jenazah Allahyarham ke tanah perkuburan

Hasil usaha gigihanya beliau berjaya melanjutkan pelajaran ke univeristi Al-Azhar Mesir seterusnya pulang berbakti kepada umat Islam di negeri sendiri.

Kerana begitu lama berada di tanah Arab maka tidak pelik sekiranya beliau dilihat agak kekok untuk bercakap Melayu.

Orang ramai mengamimkan doa selepas jenazah selamat dikebumikan

 Sepanjang berada di tanah air, beliau merupakan seorang yang sangat sederhana, sopan santun dan mempunyai prinsip kehidupan yang kuat.

 Pernah menabur bakti di sebagi pensyarah di Nilam Puri,  beliau merupakan individu turut bertanggungjawab menubuhkan Kolej Islam Antarabangsa (KIAS) dan beberapa institusi Islam di negeri ini.

 Jasa di kampung sendiri tidak pernah dilupakan,  justeru beliau menubuhkan pusat Islam di Labok yang kini tersegam indah.

 Benarlah janji orang yang banyak amal, Allah permudahkan kematiannya. Beberapa jam sebelum kematiannya, beliau masih sempat memanggil pembantunya untuk menyiapkan kerja-kerja akhir penerbitan bukunya.

Beliau sempat berpesan supaya hasil penjualan bukunya itu didermakan kepada anak-anak yatim. Sejurus selepas itu dengan mudahnya  mengakhiri nafas yang terakhir. Semudah itu!!.

 Ketika diberi peluang untuk menatap jenazahnya ,  beberapa orang  bertakbir sayu, dan sebahagian menitiskan air mata apabila melihat raut wajahnnya jernih kemerah-merahan, cukup berseri!!

 Sehingga ke liang lahad, ribuan masyarakat termasuk dari luar Negara bersama-sama hadir untuk ke tanah pengkebumian untuk memberi penghormati kepada indvidu yang pergi dengan sejuta makna.

Alfatihah!!

Untuk mengetahui jelas profile beliau sila rujuk.

 http://www.ukm.my/nun/Artikel%20EDITED%20OK%20%28PDF%29/14%20107-115%20Badlihisham%20&%20Mohamad%20Abdul%20Rahman.pdf

ZB: Tidak kira  fahaman politik mana sekalipun, jika ikhlas berjuang demi Islam, Allah membalas dengan bayaran cash!!

Categories: Uncategorized | Tags: | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: