Polis kah?

Lima  jam berada di Kuala Lumpur semalam sudah cukup memberikan  kisah sendiri.  Oleh kerana ada urusan yang perlu diselesaikan di Putrajaya, aku mengambil penerbangan tengah hari ke Kuala Lumpur dan pulang disebelah petang. Rasanya ini pertama kali  berada di KL sesingkat  ini.

Apa yang menarik, sampai sahaja di Putrajaya dari KLIA, aku  tak perlu menghabiskan banyak wang untuk   ke   KL.

Akisahnya ada seorang lelaki berketurunan India  yang memandu sebuah  van mahu menumpangkan  aku.

Memang beria dia panggil aku  suh masuk dalam van dia, dek kerana itu aku  tetiba rasa cuak, mamat ni mau culik ke apa?.. dah  la VAN buruk gile!!

5 saat- aku pikir, naik ke idak, naik ke idak.. arghh… tetiba aku terpikir kat mamat ni, mamat ni sorang, kalau nak culik pun rasanya boleh lawan kot….

Dalam serba salah aku  folow je laa…

Tutup sahaja pintu van,  telinga aku disumbat dengan  lagu tamil, wahhhh, rasa macam kat New Delhi plak.. dalam keadaan gabra tu, aku  paling kat belakang  nak tengok apa barang dalam van ni, dek buatnya ada dadah… mati katakk dibuatnyee..

Tapi, agak terkejut, apabila mendapati beberapa banner al quran walupun aku tak rasa mamat  ni seorang Islam. ” Mau pergi mana”? Aku soal ” hantar barang kat Petaling Street>>> aney ni menjawab.. dipendekkan cerita mamat ni sedia hantar  aku kemana aku pergi…

5 kilo sebelum tiba di di KL, Aney ni tanya tanya lagi? LU KERJA APA, GOVERMENT KAH? ” Gua kerja biasa-biasa saja, swasta saja” tetiba dia tengok muka aku” lu jangan bohong la, tengok u punya dress dah tau u ni polis………..aku tergamam seketika ” mana ada macha, kurus  macam ni mana boleh jadi polis….”

Gua kenal semua orang la kat KL ni, gua  tengok  u dan dress u pun gua tau, u balai mana? …….. tetiba2 perasaan gabra aku tadi bertukar jadi lawak..( rasanya aku nak tergelak jap, tapi tahan2), Saya biasa2 sahaja, sekali lagi aku dinied.. dek kerana brother ni nak sangat aku mengaku polis aku layan je laaa.

Di atas ERL, sempat tangkap gambar tempat lepak semasa di UPM

aaaaaa. sy Dang Wangi punya balai…… masa tu aku ah sampai ke destinasi..  macha ni menambah  , “gua ambik lu tadi sebab gua mau kawan dengan polis… nanti kita jumpa di balai yaa”….

aku buka pintu dah temenung seketika>>>>>  ada macam polis kah???

 

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: