Jodoh yang pergi..

 

Tidak dapat lihat barang hantaran kahwin selepas tunangnya maut dalam kemalangan

KOTA BHARU – Bakal pengantin perempuan yang dijadualkan diakadnikahkan malam kelmarin masih trauma dan tidak dapat melihat barang hantaran perkahwinan selepas tunangnya maut dalam kemalangan jalan raya.
Tuan Norhidayah Tuan Lah, 24, ketika ditemui di rumahnya di Padang Tembak, di sini, semalam masih dalam bersedih dan dia tidak mampu untuk menatap kesemua 13 dulang barang hantaran ekoran kematian bakal suaminya, Muhammad Nur Farhan Razali, 26.
“Saya tidak boleh tengok barang hantaran ini, saya sangat sedih dan teringatkan dia.
“Sejak seminggu lalu saya sendiri yang mengubah hantaran bertema kuning keemasan ini, saya tak tahu sampai bila saya dalam keadaan begini kerana saya kehilangan orang yang sangat saya sayangi,” katanya semalam. – Sinar Harian

MZB:Apakan daya kalau sudah tiada jodoh..

 
Hati mana yang tidak hancur bila saat indah untuk bersama suami di atas pelaminan bertukar kepada sebuah majlis untuk memperingati arwah. Sedih tetapi itu hakikat!!

Kisah ini bukan rekaan, ia berlaku terhadap Tuan Norhidayah Tuan Lah yang kehilangan bakal suami Muhammad Nur Farhan Razali, 5 jam sebelum mereka diijabkabulkan akibat kemalangan Jalan raya di Pasir Puteh seperti mana yang disiarkan akhbar semalam.

Melihat kepada raut wajah Norhidayah sudah cukup menggambarkan perasaan hibanya kehilangan insan yang bakal menjadi raja dalam kehidupan.

Susah tentu Norhidayah tidak sanggup melihat 13 barang hantaran yang digubahnya sendiri itu. Sekurang-kurang mengambil masa sehingga inai di jari tertanggal.

Ini bukan kisah pertama yang berlaku. Sebelum ini akhbar penah memaparkan seorang lelaki hanya sempat bergelar suami selama 3 jam sebelum dia maut apabila kereta yang dinaikinya bertembung dengan sebuah bas persiaran di Jalan Kangar-Padang Besar Perlis.

Dalam masa yang sama, di Johor, seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kemalangan tidak sampai 24 jam sebelum mereka diijabkabulkan.

Itu lah sebahagian kisah jodoh yang ditetapkan oleh Allah. Mungkin bagi sesetengah orang, Allah pemudahan perjalanan urusan mencari jodoh sehingga ke akhir hayat.

Tetapi tidak kurang dari kita yang mengalami takdir yang berbeza. Diuji dengan pelbagai kesukaran yang tidak tertanggung.

Melihat kepada kisah ini, Paksu sendiri pernah menerima panggilan seorang wanita yang sudah memasuki usia 40-an yang mengadu mengenai hal rumah tangga yang ibarat retak menunggu belah.

Paksu tidak menyangka panggilan wanita yang tidak dikenali seawal jam 2 pagi itu semata-mata mahu bercerita hal rumah tangganya selain meminta nombor telefon pegawai Jabatan Hal Ehwah Agama Islam (Jaheik) untuk urusan perceraian.Wah. Tugas sebagai wartawan bertukar kepada kaunseling!!.

Namun, Paksu suka mengungkapkan, memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, alangkah bahagianya orang itu.

 Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah. Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Kesimpulannya, tiada siapa yang mampu tahu apa yang ditakdirkan oleh Allah. Itu urusan Allah dan ia sudah tercatat sejak azali lagi.  Jika takdirnya manis kita harus bersyukur dengan nikmat yang diberikan tetapi jika pahit, terima ia sebagai kepahitan yang akhirnya menjadi ubat!!.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: