Alfatihah untuk Zaitun Yaacob

 “Assalamualaikum, Zaitun sudah tiada jam 8, 30 td, Al-Fatihah untuknya” Ini mesej yang diterima dari sepupu aku semalam.

Membaca mesej ini, aku terpaku seketika!!. Terpaku kerana tidak menyangka arwah Za yang mengidap barah otak begitu cepat pergi walaupun Dr mengatakan kehidupan masih berbaki 5 bulan.

Dalam hati aku sebenarnya agak terkilan kerana tidak sempat melawat arwah ketika sepanjang dia dirawat di Hospital Kuala Lumpur lebih 6 bulan yang lalu.

Sebenarnya semasa kecil dia merupakan antara sepupu yang agak rapat, malah kami dulu boleh bertepuk tampar, tetapi perhubungan itu agak renggang setelah dia melanjutkan pelajaran ke Universiti Al Azhar Mesir dan berkahwin.

 Semasa dia disahkan mengalami barah otak tahun lepas, aku memang terkejut gile babas, apatah lagi teringatkan kata-kata Dr yang mejangkakan kehidupannya hanya bertahan setengah tahun sahaja.

Susulan dari berita tu, aku cuba untuk mencari masa untuk melawat, dari minggu-minggu ke minggu dan bulan-bulan ke bulan aku tangguh hasrat itu, akhirnya aku terima berita ini……nyesal sungguh..

Yang lebih nyesal dua minggu lepas Za ada masej dan minta no telefon abang ku, aku pulak dengan selamba beri nombor tanpa bertanya khabar dia. mesej itu habis dengan gitu je, argggh!!!

Namun semalam, aku cuba menghubungi keluarga dia dengan harapan jenazahnya dikebumikan di kampung Machang, sekurang-kurangnya aku dapat melihat raut wajahnya untuk kali terakhir, namun aku aku akur dengan jawapan:

 “Jenazah dikebumikan di kampung halaman suaminya di kampung Kerinci KL”

MZB:, Teringatkan 2 anak perempuannya yang baru berusia 3 dan 5 tahun.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: