Antara nasib dan dot dot

 

Bersembang salah sorang pemungut sampah

“Akak malu…. Ini kerja orang hina saja…banyak lagi adik boleh buat cerita, kenapa nak buat cerita orang busuk macam akak ni”….

 Ini antara kata-kata seorang dari puluhan pengutip sampah yang mencari sesuap rezeki di pusat pelupusan sampah Beris Bachok.

Ketika  mengajak untuk berbual mengenai latar belakang diorang, ada antara mereka menjauhkan diri dengan alasan tidak mahu keluar surat khabar kerana teramat malu dengan pekerjaan yang dilakukan.

Di satu sudut yang lain, mata ini ligat memerhatikan seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 3 tahun yang membantu ibunya mengumpul botol-botol air untuk dimasukkan ke dalam guni.

 

Di bawah terik  30 C matahari, aku menyusuri timbunan botol serta memerhatikan kerja-kerja memungut bahan terpakai , aku berundur selangkah, tertiba  nampak kaki terjulur yang dilitupi plastik.

Aku buang plastik itu,menyangka mayat seorang budak,  sebelum ini  pun terdapat dua kes penemuan bayi di tapak pelupusan ini.  Rupa-rupanya  tiga beradik yang lena tidur dicelah-celah timbunan botol dan sampah-sampah yang diasingkan. errmmm…..

 Aku hanya berpesan kepada seorang dari pengutip ini “tak perlu malu akak, yang penting akak sudah berusaha untuk mencari rezeki halal,  ada yang kaya raya, rumah bagaikan istana, tetapi hidup diherdik orang, tidak ada guna”

 Dan terakhir aku kata “gaji akak lebih mahal dari saya , gaji saya plak sebulan sekali je, gaji akak tiap-tiap hari, saya masuk kerja kul 10 pagi, akak kerja masuk kul 1 tengah hari pun tak ada orng nak marah kan,”akak ni tersenyum simpul.

MZ: Sesekali mengelengkan kepala….

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: