Kalau begitu cara kematiannya

Melihat kepada  cara kematian dua beranak cukup menghibakan.. seorang anak yang baru meraikan kegembiraan dengan ibunya setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperikasaan PMR akhirnya menemui noktah hidup dibawah lori yang sarat dengan muatan batu..
Ketika aku sampai ditempat kejadian, pasukan bomba baru sahaja menyembur  air bagi mencuci cebisan daging dan tulang mangsa yang lunyai dihempap lori yang tetiba merempuh mangsa yang berada di seberang jalan.

Melihat kepada tregedi ini, aku dapat simpulkan kematian itu hanya berada antara dua jari, jika sudah sampai masa, kita tidak dapat mengelak walaupun sesaat.

Alfatihah untuk Siti Aisyah dan ibunya, Aziza Musa

 

 

Mayat Aziza tersepit dibawah tayar loriMayat kedua-dua mangsa sebelum dibawa ke hospital



Keadaan tempat kemalangan

KOTA BHARU – Hasrat lapan sekeluarga untuk bercuti bagi meraikan kejayaan anak mereka yang mendapat keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) musnah apabila dua daripadanya maut dalam kemalangan

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang semalam, seorang pelajar Maahad Shamsul Maarif (P) yang dalam perjalanan pulang bersama ibunya selepas mengambil keputusan peperiksaan PMR maut apabila motosikal ditunggang mereka dihempap lori pasir depan lampu isyarat, Kok Lanas, dekat sini.

Mangsa, Siti Aisyah Zakaria, 15, dan ibunya, Aziza Musa, 42, meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan badan selepas dilanggar serta dihempap lori terbabit yang keluar dari simpang arah Selising ke Machang.

Dalam kejadian tersebut, lori terbabit juga turut menghempap tiga kereta lain bagaimanapun penumpang serta pemandu kenderaan terbabit terselamat.

Bapa mangsa, Zakaria Mohamad, 43, ketika ditemui berkata, mereka merancang untuk bercuti di sebuah resort dekat Pantai Cahaya Bulan pada Sabtu ini bagi meraikan kejayaan anak keduanya yang mendapat 4A 1B 1C.

Bagaimanapun katanya, kegembiraan berkenaan tidak tercapai dan keseronokan anaknya mendapat keputusan itu tidak berpanjangan kerana dia dan ibunya meninggal dunia dalam kemalangan ngeri itu.

“Arwah sangat beria-ia untuk bercuti bersama-sama dan pagi ini juga dia begitu gembira kerana hari ini (semalam) keputusan peperiksaan diumumkan.

“Tiada perubahan yang ketara antara dia dan ibunya tetapi pada pagi tadi (semalam). Saya melihat dia agak rajin melakukan kerja-kerja rumah dengan melipat kain serta menyidai pakaian di ampaian,” katanya.

Zakaria yang juga pesara tentera berkata, dia mendapat tahu kejadian berkenaan kira-kira jam 1.20 petang setelah dihubungi kawannya tetapi tidak menyatakan keadaan sebenar kedua-dua mangsa.

“Saya terkejut setelah melihat keadaan anak dan isteri saya tetapi saya redha dengan kehilangan dua insan tersayang dalam sekelip mata ini. Ia adalah ujian dalam hidup saya, tetapi terkilan kerana tidak dapat menunaikan hasrat mereka untuk bercuti bersama-sama sekeluarga,” katanya-Sinar Harian

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: