Tengku Muhammad Faiz bergelar Tengku Mahkota

 

Sultan Muhammad menyampaikan watikah pelantikan kepada Tengku Muhammad Faiz sebagai Tengku Mahkota, semalam.

OLEH: MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

KOTA BHARU-Tengku Muhammad Faiz Petra Sultan Ismail Petra, adinda kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad ke-V, secara rasmi dilantik sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan pewaris takhta kesultanan Kelantan berkuat kuasa serta-merta.

Istiadat penyerahan watikah pelantikan gelaran Tengku Mahkota Kelantan berlangsung di Istana Negeri di Kubang Kerian semalam yang dihadiri pemimpin-pemimpin negeri, termasuk beberapa Exco Kerajaan Negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri berkata, keputusan sebulat suara dibuat oleh Majlis Perajaan Negeri (MPN) yang bermesyuarat, semalam, dengan dipengerusikan Tengku Abdul Halim Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

“Majlis Perajaan bersetuju mengangkat sembah nasihat ke hadapan ke bawah Duli Sultan Muhammad Faris Petra supaya mengampuni perkenan memilih dan melantik Tengku Muhammad Faiz menjadi waris mulai Isnin (hari ini).

“Tengku Bendahara akan bergelar Tengku Mahkota Kelantan dan dalam bahasa Inggeris disebut “Crown Prince of Kelantan” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamad di sini, semalam.

Mohd Aiseri berkata, mesyuarat MPN itu dihadiri 15 anggota kecuali Tengku Razaleigh Hamzah dan Tengku Amalin Sultan Ismail Petra yang tergugur secara automatik sebagai anggota kerana tidak hadir mesyuarat sebelum itu tanpa keizinan pengerusi majlis.

Tengku Muhammad Faiz, 36, diputerakan di Istana Kota Lama pada 20 Januari 1974, dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30 Mac 1989 dan menjadi Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) sejak 21 Jun 2009.

Tengku Muhammad Faiz, adalah anakanda kedua Sultan Ismail Petra daripada empat beradik. Dua lagi ialah Tengku Muhammad Fakhry Petra dan Tengku Amalin A-Ishah Putri.

Dalam pada itu, Mohd Aiseri berkata, mesyuarat semalam tidak memutuskan pelantikan Tengku Temenggong kerana ia tidak termasuk dalam memperlengkapkan institusi beraja Kelantan.

”Pelantikan Tengku Temenggong hanya sebagai pelengkap sahaja dan tidak melibatkan pewaris yang bakal mewarisi takhta kesultanan Kelantan, pelengkap sistem adalah Tengku Mahkota sahaja,” katanya-Sinar Harian

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: