Pernahkah lelaki menangis???

 

 

lelaki menangis

Pernahkan lelaki menangis??…Mungkin perkara ini agak janggal bagi kaum yang digelar hawa,  bak kata bahasa  bandar ” apa clas orang laki menangis”

Tetapi percayala, tidak selalu lelaki itu menangis melainkan ia betul-betul menyentuh hatinya…air mata bagi seroang lelaki sangat mahal, bukan untuk mengatakan air mata wanita itu  murah, tetapi hakikatnya setiap air mata LELAKI  itu sangat bernilai.

Apabila lelaki itu menangis, dia tidak lagi mampu menahan sifat egonya, gentlemenya, jantannya atau apa sahaja yang digelarkan ia sebagai lelaki.. 

 Tak kira muka kacak atau cun, badan sasa, otot berketul-ketul sekali pun tapi dalam hati still ada taman…bahkan dalam hidup aku sendiri pernah dua kali saat air mata menitis dipipi..

Apa yang aku post  dibawah ini adalah salah satu penyebab lelaki boleh menangis,  aku mengambil cerita ini daripada laman facebook kawan se-universiti, Nizam Judin yang merupakan antara kawan aku  yang pertama mengucapkan takziah semasa ayah aku meninggal dunia.

Setiap tahun tarikh pemergian ayahnya, dia akan postkan cerita ini dilaman facebooknya.. secara kebetulan  bulan Okotober  juga adalah tarikh arwah ayah aku meninggal dunia.

Apa diceritakan ini adalah apa yang juga aku rasai dan alami, bezanya ayahnya pergi seminggu sebelum Nizam mendapat surat ke universi, tetapi ayahku pergi seminggu sebelum aku menamatkan sem terakhir di univesiti.

Aku postkan cerita ini semata-mata untuk memberi gambaran bahawa kehilangan orang yang disayang tidak boleh ditukarganti..

Bagi mereka yang masih mempunyai ayah atau ibu, laksanakan tanggunjawab dan hargailah mereka sebaik mungkin sebelum tuhan menjemput kembali insan yang tiada duanya ini…

Selamat menghayati kisah ini……

Lelaki ini pernah menangis…tatkala dia pasti dan tidak bermimpi yang abah yang disayangi dan disanjungi pergi meninggalkannya dan keluarga…waktu itu…aku sendiri yang memangku abah…aku cuma harapkan dia pengsan..aku pasti dia masih hidup walau nafas dia telah tiada…aku pasti dia masih bernyawa…walau tiada lagi denyutan nadi…aku pasti nyawanya masih ada walau Medical Assistant kampungku mengesahkan abah telah pergi…aku, mak dan jiran-jiran membawa abah ke hospital..saat didalam van..air mataku mula jatuh…apabila tangan abah yg kugenggam sejak awal semakin keras…saat itu hati mula memanjatkan doa pada Allah…Ya Allah,jangan Kau ambil abahku…ambil lah aku…air mata ini menitis…mak terus-terusan menangis…aku berdoa tidak putus-putus agar akan ada keajaiban untuk abah bernafas..namun…memang Allah lebih sayang abahku..

Sampai saat dan waktu memandikan mayat…aku di sisi abah..mengalir air mata melihat sekujur badan yang membesarkan aku…membeli kasut converse untuk hari raya yg mahal waktu aku tingkatan satu..JUHARI BIN PARMAN…nama abahku…bagaimana aku ingin menahan air mata ini untuk tidak mengalir..abah pernah terjun jambatan setinggi 2 tingkat semata-mata untuk menyelamatkan aku yang terjatuh kedalam sungai…waktu itu umur ku 2 tahun..bagaimana abah yang tidak pandai berenang sanggup terjun ke dalam sungai dan sanggup menggadai nyawa menyelamatkan aku… aku mandikan jasad yang terbujur kaku..jasad yang pernah memandikan aku dahulu..entah berapa kali aku berharap ianya hanya mimpi…

Waktu abah dikapan kan..aku disisinya…kukucup abah..ku kucup berulang kali..bergenang air mata..tak dapat aku tahan-tahan lagi…aku peluk jasadnya..surah Al Fatihah xpernah lekang dari mulut ini untuk abah waktu itu….berseri mukanya…hati ini sedikit lega….

waktu abah disembahyangkan…entah dari mana air mata ini berjurai keluar tidak berhenti…Allahhuakbar takbir diangkat…selesai sembahyang…abah dibawa menuju ke rumahku…sampai dikawasan rumah…penuh rumah ku dengan sahabat handai rakan taulan saudara mara abah ingin melawat…aku kuatkan diri untuk tidak mengeluarkan air mata…setitik pun air mata tidak keluar saat itu…abah dibawa masuk ke dalam rumah..untuk disembahyangkan lagi..saat ini…air mata yang ku tahan-tahan tadi berjurai lagi…setiap takbir memuji Allah…setiap Surah yang dibaca cukup menyentuh hati ku…

kemudian abah dibawa keluar dari rumahnya menuju ke rumah barunya…alam baru abah…alam Barzakh..meronta hati ini tidak mahu melepaskan abah..jalan menuju tanah perkuburan itu selalu ku lalu bersama abah dahulu waktu hendak solat jemaah di masjid…namun laluan itu aku bawa abah ke rumah barunya…janggal rasanya..liang lahad telah siap sedia untuk abah..waktu aku lihat liang lahad itu…aku tidak pasti..apa benar abah telah pergi..aku keliru waktu itu…mayat abah diusung menuju ke liang lahad…lalu abah dimasukkan ke dalam liang lahad…dihadapkan muka abah ke kiblat…aku dan abangku masuk ke liang lahad untuk memasukkan ketulan-ketulan tanah..lalu tanah dimasukkan sedikit demi sedikit..abah kian tenggelam di dalam liang lahad..sehingga sempurna lah sebuah kubur untuk abah..selesai segalanya..talkin mula dibaca oleh imam…mengalir lagi air mata ini…

Selesai segala urusan pengkebumian..seminggu setelah itu..aku mendapat surat tawaran ke ipta..UUM((sebelum transfer ku UPM)..menangis aku tidak terkata tarikh surat itu dihantar sama dengan tarikh perginya Arwah Abah ke Rahmatullah…masih terngiang-ngiang di telinga ini kata-kata abah waktu aku di tingkatan enam..”angah boleh masuk u ke ni?”ragu-ragu pertanyaan abah mengharapkan aku berjaya ke menara gading…dengan senyum aku menjawab”konfem bah…misti boleh masuk punya”…terukir senyumannya..mulalah perancangannya hendak menghantar aku ke universiti waktu pendaftaran nanti…semua telah dirancang oleh abah..namun ianya tinggal perancangan abah sahaja..aku mendaftar tanpa abah..namun ianya hadiah buat abah..

hati ini akan sebak dan air mata akan mengalir bila mendengar lagu ini

Satu… kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua… sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga… lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat… mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang… itu bidalan
Harus kau renungkan

aku pasti akan teringat wajah abah bila terdengar dan menyanyi lagu ini…abah menghantar aku ke sekolah dengan motor buruknya…pernah dia mengosok baju sekolahku waktu aku di tingkatan enam atas..air muka abah begitu pasti aku akan berjaya..Angah berjaya dan sekarang da konvo..2 tahun dah angah konvo..angah sedang mengorak langkah memulakn kehidupan..mak dan adik-adik angah akan jaga dan tanggung..

Al Fatihah untuk abah…Juhari Bin Parman.

Categories: Uncategorized | 2 Comments

Post navigation

2 thoughts on “Pernahkah lelaki menangis???

  1. pemudasufi

    menangis hati ini…..

    • Dzulkifley Mohd. Said

      Salam buat En. Zailani. Boleh berikan saya nama Profile utk Nizam Judin nie?? Ia sesuatu yang amat mengusik jiwa saya.Sy teringin sangat utk berkongsi& tahu lebih mendalam kisah sayu berkaitan arwah ayahnya ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: