Air mata iringi perpisahan Ramadan…

 
 
 

Hati kecil ini cukup tersentuh bila imam Qaryah Ramadan dari Mesir, Syeikh Ahmad Ramadan beberapa kali menitis air mata dan teresak-esak ketika membaca ayat Al Quran dan doa terakhir solat Terawih sebelum fajar Syawal menyingkap…
 
Aku tidak pandai berbahasa arab, tetapi sekulimit ilmu yang aku ada, aku boleh simpulkan dari doanya yang berbunyi ” Ya Allah ya tuhan kami, kami sudah limpahkan segalanya hidup kami terhadp mu, kami tiada ada apa-apa selain mu, nyawa dah hidup kami hanyalah untuk mu, jika engkau benarkan, kami pohon diberikan kesempatan lagi di musim akan datang untuk bermunajat kepadamu ya raabbi….
 
Sejurus selesainya doa , Syeik Ahmad Ramadan terduduk seketika sambil mengesat-ngesat air mata yang gugur….
 
Ia adalah sebahagian isi kandungan doanya dari 10 minit beliau ungkapkan dengan nada yang  sayu, Syeik Ahmad Rejab dan rakannya Syeik Ahmad Ramadan melangkau puluhan negara dan meninggal keluarga semata-mta untuk mencari rahmat tuhan..
Ramadan tahun lepas, Syeik Ahmad Ramadan turut berada Kota Bharu dan disaat itu beliau kehilangan isterinya..namun atas nama jihad, beliau tidak pulang semasa isterinya meninggal kerana tidak mahu melangkau janji menjadi imam disini..

Tetapi sebelum beliau berlepas ke Malaysia, Syeik Ahmad Ramadan berpesan kepada Isterinya ” Aku meninggalkan mu kerana Allah, dan sekiranya apa-apa berlaku terhadap diriku dan diri mu, aku sudah meredainya”

Itu lah harga sebuah pengorbanan..

Bagi aku, Ramadan ini aku juga diuji dengan pelbagai dugaan yang kadang-kdang tidak terlintas difikiran, , ia datang dari segenap sudut atas, bawah kiri dan kanan, dari soal kerja, peribadi, dan lain-lain lagi..semuanya berlaku dalam keadaan serentak..

Mungkin segalanya mempunyai hikmah yang tidak mampu diungkapkan, tetapi bila memikirkan pengorbanan  dan ujian yang diberikan kepada orang lain, apa yang kita rasai hanyalah secubit dari bebanan yang Allah yang mampu berikan..

MZB:  I mISS U ramadan.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: