Orang Melayu jadi agen CIA/Israel????

Bismillahirahmanirahim.. ini adalah post pertama  aku di bulan puasa.. bulan yang penuh dengan keinsafan dan ketakwaan…. beberapa minggu  ni aku terpaksa  meninggalkan  blog   kerana  tugas dan rutin harian yang agak bzzz….

Sebenarnya dalam kepala otak ni banyak perkara yang ingin dikongsi bersama,  tetapi kerana faktor yang sudah aku jelaskan diatas,  niat aku terpaksa ditangguhkan sekejap…

Kali ni post  aku berkisar kepada rampasan tentera Israel laknatullah  ke atas Mavi Marmara yang mengshahidkan 15 sukarelawan.. mungkin bagi sesetengah orang benda ni dianggap sudah basi…malah aku sendiri sudah beberapa kali menulis mengenai perkara ini.

Tetapi, sebenarnya disebalik kejadian rampasan ini banyak cerita  dan kisah yang belum terungkai sepenuhnya..dalam kepala  aku ni banyak episod-episod yang terjadi di atas kapal tersebut  masih menjadi tanda tanya…

Oleh itu pada selesa lepas.. mungkin  tuhan mengtakdirkan aku untuk merungkai sebahagian dari perkara-perkara yang berlegar di kepala aku sendiri..

A television grab made on May 31, 2010 from the Turkish TV channel shows an Israeli Army boat approaching the Turkish aid boat "Mavi Marmara," carrying aid to the Gaza Strip on May 30. At least 15 people were killed in an Israeli Navy raid on a fleet of aid ships, most of them Turkish nationals, according to a Turkish charity involved with the flotilla. The Israeli army said more than 10 people died when its forces stormed a flotilla of ships carrying aid to Gaza while the Turkish charity involved with the fleet put the death toll at at least 15 dead. AFP PHOTO / CIHAN NEWS AGENCY - TURKEY OUT -

Kali ini aku berpeluang untuk berjumpa dengan salah seorang dari 11 sukarelawan yang berada di atas kapal tersebut.. aku tidak mahu menyebut namanya kerana kerana perbualan kami agak sensitif dan menyentuh individu-individu tertentu.

Tetapi cukup aku katakan beliau adalah antara perancang utama sehingga sukarelawan ini berada di atas kapal mavi  marmara dan beliau antara penyumbang utama kepada pergerakan flotila  untuk membantu masyarakat GAZA.

Pertemuan kami, sebenaranya tidak dirancang.. kebetulan beliau berada di Kota Bharu untuk menyempurkan satu majlis bersama mu GAZA sempena dengan expedisi seterusnya pada bulan 11 ini…

Mungkin kerana nasib, kebetulan kawan aku tu juga  merupakan kenalan kepada sukarelawan ini..so  aku mengambil peluang ni sebaik mungkin… apa lagi aku ajak dia ni lepak di kedai  dan berbual sehingga jam tiga pagi

Perbualan kami agak santai dan penuh dengan gelak tawa…tetapi sarat dengan isi dan hujjah…Antara persoalan utama yang aku mahu tahu macamana tentera Israel boleh ‘trace’ sebijik-sebijik  700 proflie dan biodata sukarelawan yang ada dalam kapal ini selain dapat membunuh 15 sekaralewan yang awal –awal lagi sudah menjadi sasaran tentera Laut  Israel.

Jawapan sukarelawan ini mengejutkan aku, beliau menjelaskan sebenarnya terdapat  12  agen Israel berada dalam kapal tersebut atau lebih tepat dipanggil CIA… dan salah seorang daripadanya adalah rakyat Malaysia  berbangsa Melayu dan Islam??  Mereka ini yang mengambil malumat rahsia dalam kapal tersebut dan menyerahkan kepada tentera Israel…

Aku tergamam seketika…aku tanya dia,, biar betulll? Apa motif individu ini….sukarelawan hanya ini menjawab. Ini  semua kerana wang dan lebih sedap digelar “orang yang mengambil peluang” , individu ni nampak ikhlas di luar tetapi perlakuannya semuanya kerana wang..

Sukarelawaan ini juga turut menjelaskan bagaimana 12 agen CIA termasuk orang melayu ini boleh berada di atas kapal ini walaupun pada asalanya nama mereka tidak berada list untuk berada di atas kapal ini..dan mereka sebenarnya dapat dikesan sejak awal lagi…errmm

Aku tidak mahu menyentuh banyak kerana ia boleh menjejaskan nama baik individu tersebut..apa yang diceritakan ini adalah satu daripada perbulan kami yang berlarutan 3 jam ini….terdapat banyak yang menarik untuk diceritakan tetapi bak bahasa wartawant”off record”..aku lupakan hasrat itu.

12 orang sukarelawan bergambar selepas dilepaskan tentera Israel.. salah seorang individu yang berada didalam gambar inilah yang sempat aku korek ceritaa. dan mungkin salah sorang daripada agen CIA tersebut berada di dalam gambar ini..

MHB:siapa agen CIA itu?? Sama-sama kita cari…..

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: