Nasib Siti Fauzan

Anggota polis maut jatuh bangunan

Syed dan anaknya....

KOTA BHARU – Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal mati selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di bandar ini, awal pagi semalam.

Syed Najihan Syed Ma-hadoo, 31, disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II kerana dipercayai mengalami pendarahan teruk di kepala.

 Kejadian berkenaan berlaku kira-kira jam 2.30 pagi, ketika mangsa dipercayai berada di dalam bilik hotel sebelum diserbu sepasu-kan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JAHEAIK).

 Sumber hotel membe-ritahu, sebelum kejadian hotelnya didatangi sepasukan pegawai JAHEAIK dan meminta kebenaran untuk menjalankan peme-riksaan.

Katanya, ketika mela-kukan pemeriksaan di sebu-ah bilik pegawai berkenaan mendapati seorang wanita bersendirian dan kemudian-nya pegawai terbabit menjenguk melalui tingkat lalu mendapati seorang lelaki terbaring di atas jalan belakang hotel terbabit.

“Selepas beberapa minit, saya diberitahu oleh seorang penduduk ada lelaki terbaring di belakang hotel dan dia mengerang kesakitan dengan kesan darah.

“Saya kemudian terus hubungi ambulans kerana keadaannya begitu tenat dan dia dikejarkan ke HRPZ II. Berita kematiannya saya tahu pagi ini (semalam) selepas didatangi anggota polis,” katanya ketika ditemui di hotelnya, semalam.

Sementara itu, seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Jason, 30, berkata, ketika kejadian dia berada dalam rumah dan terkejut selepas mendengar dentuman kuat dari luar rumahnya.

“Saya terus bergegas keluar dan terkejut setelah mendapati seorang lelaki terbaring atas jalan belakang hotel dengan berlumuran darah lalu memaklumkan kepada pihak pengurusan hotel,” katanya.

Sementara itu, isteri mangsa, Siti Fauzan Abdol Zahar, 26, yang juga seorang jururawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian ketika ditemui di bilik mayat HRPZ II berkata, dia mengetahui kejadian itu jam 3 pagi selepas dimaklumkan oleh pihak hospital.

Ibu kepada dua anak berkenaan memberitahu, sebaik tiba di hospital kira-kira jam 3.40 pagi, dia diberitahu oleh doktor, suaminya gagal diselamatkan selepas mengalami pendarahan teruk dalam kepala.

“Sebaik saya tiba di hospital, saya tidak dimaklumkan mengenai kejadian sebenar dan hanya pihak hospital sahaja yang memberitahu suami saya terlibat dalam kemalangan,” katanya.

 Siti Fauzan memberi-tahu, sebelum kejadian dia bersama suami dan anak sulungnya, Syed Syabil Aniq, 3, keluar makan selepas menjemputnya dari tempat kerja kira-kira jam 9 malam.

“Suami saya keluar rumah kira-kira jam 10.30 malam selepas kami siap makan dan mengambil anak bongsu berusia empat bulan. Dia memberitahu saya dia tidak bekerja dan mahu keluar sekejap kemudiannya akan pulang semula,” katanya.

Siti Fauzan berkata, sua-minya yang berasal dari Kampung Pak Katak, Kuala Terengganu bertugas di Jaba-tan Narkotik Ibu Pejabat Po-lis Kontinjen Kelantan, sejak tiga tahun lalu.

Jenazah berkenaan dibawa pulang ke rumah ibu bapanya di Kampung Pak Katak, Kuala Terengganu selepas bedah siasat selesai dilakukan.

 Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.- Sinar Harian

ends

MZB: Sememangnya Negeri Kelantan tidak lekang dengan pelbagai isu yang melanda kepada rakyat tanah sekebun bunga..

Selepas berita kematian seorang pelajar akibat keguguran di PCB baru-baru inni, kali ini seorang anggota polis, Syed Najihan Syed Mahadoo meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat 3.

Yang paling tragis…. kematiannya berlaku akibat lari dari sepasukan pencegah maksiat yang datang menyerbu sebuah hotel murah..

Apa perasaan Siti Fauzan ketika mengetahu kejadian keatas suaminya.. sedih?.. marah atau kecewa?.. atau  bercampur baur…sedih kerana kehilangan orang tercinta tetapi marah kerana suami berlaku curang..

Semasa pertamakali wartawan bertemu dengannya, Siti Fauzan yang ketika itu dilihat “bela” dan  tidak mengetahui punca kematian suaminya…. beliau hanya dimaklumkan bahawa suaminya mati akibat mengalami kecederaan di kepala..

Ketika ini la, perasaaan beberapa wartawan agak serba salah, nak dibagi tahu kesian.. tetapi jika tidak diberitahu lagi kesian….tetapi akhirnaya dia diberithau melalui panggilan telefon orang lain.., masa itu air mata mula bercucuran…

Sebenarnya ketika kejadian berlaku, Syed bukan terjun atau nak membunuh diri, tetapi terjatuh apabila tempat beliau bergantung di “aircond’ tercabut.. cara jatuh pulak kepala dulu… so selamat la dia mati dengan cara begitu…

Khabarnya awek dia ni..  jururawat pelatih  di HUSM dan dikatakan seorang wanita yang bermasalah” kononya syed ni nak “investigate” tetapi terlebih sampai dalam kain…errmmm..

Oleh kerana Syed ni ala-ala arab dan pakistan sikit… ada pulak  mama Cina  ni yang kata “saya ingat itu bangla sudah jatuh”. Yang pasti dua-duanya sama hensom dan sama cantik…tapi akhirnya kesudahannya cukup menyedihkan

Kesimpulan pertama: Aku sebagai lelaki pun tak paham dengan sikap laki, nak dikatakan isterinya tak cantik.. dah terlebih cantik.. tetapi cukup ke cantik sahaja?

Kesimpulannya kedua: Pandaila2  simpulkan sendiri…

 

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: