Mati kerana gugur, Hiv kerana tak pakai kondom??

Cerita pertama 1

KOTA BHARU- Seorang pelajar yang dipercayai mengalami keguguran selepas disyaki mengandung ditemui mati di beranda sebuah bilik penginapan, di Resort Pantai Cahaya Bulan (PCB), dekat sini, pagi semalam.

Pelajar berusia 17 tahun itu ditemui mati kira-kira jam 9 pagi selepas mengadu sesak nafas ketika berada dalam sebuah bilik bersama teman lelakinya berusia 18 tahun, juga seorang pelajar sekolah agama di Pasir Mas, yang baru dikenali sejak dua minggu lalu.

Kejadian disedari teman lelakinya selepas mendapati pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim 1, Pasir Mas, itu sesak nafas dan tiba-tiba pengsan dengan keadaan berlumuran darah.

Remaja lelaki terbabit kemudian bergegas memaklumkan kepada pihak pengurusan resort terbabit untuk mendapatkan bantuan selepas mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

Sinar Harian difahamkan, mangsa sebelum ini dipercayai pernah dirogol dan perjumpaan bersama remaja lelaki itu adalah untuk menghilangkan tekanan yang dihadapinya setelah ibu bapanya tidak peduli dengan aduan yang dia mengandung.

Kedua-dua pelajar berkenaan ponteng sekolah dan menunggang motosikal ke resort terbabit dan mangsa dikatakan memberikan sejumlah wang kepada remaja lelaki itu untuk menyewa sebuah bilik untuk menceritakan masalah peribadi kepada remaja lelaki itu.

Seorang Penyelia Resort, Che Hajizul Che Mamat, 49, berkata, selepas mendapatkan arahan daripada pihak pengurusan, dia kemudian berlari naik ke tingkat satu untuk melihat keadaan mangsa.

“Saya terkejut apabila melihat mangsa dalam keadaan terbaring dengan berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri.

“Saya kemudian memaklumkan kepada pihak pengurusan supaya menghubungi hospital dan memaklumkan kepada polis mengenai kejadian itu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Pihak pengurusan resort memberitahu mangsa bersama remaja lelaki itu mendaftar masuk ke resortnya kira-kira jam 8 pagi.

Dalam pada itu, bapa mangsa, Md Noor Mamat, 41, ketika ditemui berkata, anak kedua daripada enam beradik itu keluar kira-kira jam 7 pagi bersama adiknya dengan berpakaian sekolah lengkap.

Md Noor yang bekerja sendiri memberitahu, kejadian itu diketahuinya selepas dihubungi pihak sekolah dan terus bergegas ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu kerana terlalu terkejut dengan kejadian menimpa anak keduanya itu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut dan mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya.

“Hasil siasatan, polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan diklasifikasikan mati mengejut,” katanya.

 Cerita 2

 
 

KOTA BHARU: Kerajaan negeri mencadangkan pasangan HIV/AIDS menggunakan kondom sebagai langkah mengelakkan mereka melahirkan zuriat yang boleh mewarisi penyakit merbahaya itu.

 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar, berkata peningkatan rakyat di negeri ini dengan HIV/AIDS membimbangkan dan langkah berkenaan dijangka mengurangkan risiko penularan penyakit berkenaan.

 “Kita cadangkan penggunaan kondom khususnya kepada pasangan yang dikenalpasti mempunyai HIV/AIDS,supaya anak yang dilahirkan (tidak dijangkiti penyakit berkenaan) atau tak perlu beranaklah.

  “Kita bimbang ada anak yang mewarisi (HIV/AIDS) daripada ibubapa masing-masing… saya juga nak nasihatkan supaya janganlah bercinta dengan orang yang menghidap penyakit berkenaan,” katanya ketika menjawab soalan

tambahan Dr Nik Mazian Nik Mahmood (PAS-Gaal) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penggal

Ketiga di sini, semalam.
Dr Nik Mazian dalam soalan tambahannya mahu mengetahui sekiranya kerajaan menggalakkan penggunaan kondom kepada pelajar sekolah dalam usaha mengelakkan penularan HIV/AIDS akibat seks rambang.

Wan Ubaidah ketika menjawab soalan tambahan berkata, seks rambang jelas haram disisi agama dan mahu rakyat tidak terpengaruh dengan aktiviti berkenaan. 

Selain itu, beliau juga menyalahkan media seperti internet, televisyen dan hiburan sebagai menyumbang kepada permasalahan berkenaan.

 “Kita ingin mengajak rakyat kembali kepada agama dan seks rambang adalah haram untuk diamalkan apatah lagi

 keadaan yang menular ini disebabkan pengaruh media, internet, hiburan, televisyen, Astro dan sebagainya.

 “Kita harapkan usaha lebih tegas khususnya kerajaan pusat untuk mengawal hiburan dan sistem pendidikan yang boleh memberi
 MZB: Moralnyaa…… jangan dok main ikut sukaa…

 

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: