Puteri Saadong kembali..

Sebelum ini terdapat banyak desas desus yang mengatakan Pemangku Raja, Tengku Faris Petra akan ditabalkan sebagai sultan dalam masa terdekat.. tetapi buat masa ini itu tidak berlaku sebaliknya, seorang wanita, yang dinamakan sebagai Tengku Puteri Anis Tengku Razali dimasyhurkan sebagai waris ke 7 legenda Puteri Saadong sekali gus bergelar Sri Ratu Puteri Saadong.

Ramai yang meragui kebenaran dakwaan beliau sebagai waris Puteri Saadong,  acara pertabalan juga diragui, malah Menteri yang menjaga hal berkaitan sejarah, Datuk Seri utama Rais Yatim pun dah nak menyiasat betui ke idak…

Apa yang pasti, acara pertabalan yang diadakan di hotel di PCB baru-baru ini cukup gah…dengan iringian muzik dan pakaian ala-ala raja, membuatkan sesiapa yang hadir merasakan Puteri Saadong kembali..

Walaupun banyak cerita- cerita yang kurang enak didengar di sebalik majlis pemasyuran itu, tetapi setidak tidaknya, minat orang Kelantan untuk menyusuri kembali cerita puteri lagenda ini kembali menebal…

Tetapi yang hebatnya, kemunculan puteri Saadong kali ini dapat ditemu ramah oleh wartawan.. hebat gitu.. tak payah nak susah payah ke bukit Marak(tempat puteri Saadong dikatakan hilang).

MZB:..tak sempat nak ambil no tepon.. huhu..

Ketibaan ayahda Tengku Anis ke dewan permasyuran

ketibaan Tengku Anis diringi dayang-dayangnya...

Tengku Anis berada disinggahsana

 kek pun kuning....

Memotong pulut.....semangat..

Dan yng terakhirrr.. ambo pun nak msuk gambar

Categories: Uncategorized | 10 Comments

Post navigation

10 thoughts on “Puteri Saadong kembali..

  1. Ismail Sulaiman

    Alhamdullilah Amin Allah Hu Akhbar yang ditunggu sekian lama telah hadir kembali ke negeri asalmulanya . Saya percaya Allah SWT yang Maha Bijaksana memperlihatkan
    kita Keagungan KekuasanNYA.

    Saya merantau dan tidak pulang ke tanah asal kerana
    menunggu arahan pulang ke gagang.

    Pohon dapatkan maklumat Waris Tuanku Puteri Sadong ke 7.

    RS Ismail
    Tawau,Sabah

  2. Lan KPK

    Salam,

    Jauh jauh dari Sabah boleh tahu cerita puteri saadong juga ke ?Beginilah sekarang saya mendapat informasi bahawa keturunan atau waris ini berada di kelantan dan akan mendirikan yayasan utk masyarakat tempatan yang memerlukannya.

  3. zailani

    Salam ….RS Ismail… Terima kasih kerana memberi sedikit celahan kepada blog ini, seperti yang diketahui kisah puteri saadong sememangnya menarik untuk dihayati dan diteladani..

    Sebenarnya, saya sendiri tidak banyak mengetahui kisah puteri Saadong melainkan beberapa pengkisahan melalui mulut ke mulut yang dilakukan oleh orang-orang tua terdahulu..

    Tetapi oleh kerana terpaksa menulis beberapa ruangan ini, saya juga telah membaca beberapa buku dan pengkisahan yang dibuat oleh beberapa individu yang menyangkal kemunculan pewaris Puteri Saadong ini.

    Namun, yang pasti bahan pembacaaan yang ada kini tidak dapat merungkai sepenuhnya kejadian yang berlaku kepada Puteri Saadong sehingga beliau dikatakan hilang dibeberapa tempat di Kelantan

    Untuk mengetahaui kisah puteri Saadong temasuk kemunculan tengku anis yang dikatakan pewaris ke7 puteri Saadong, saya mencadangakan saudara boleh mendapatkan buku ” Sri Ratu Puteri Saadong ‘yang kini baru sahaja dipasarkan.

    Sememangnya jalan penceritaannya banyak bercampur sejarah dan mitos, tetapi setidak-tidaknya kita dapat mengetahui kisah dari kaca mata penulis sendiri.. kita baca dan menilai diri sendiri kebenaranya….

    sekian, terima kasih..

  4. zailani2u

    Salam Lan.. ketika saya membuat temuramah dengan Tengku Anis baru-baru ini, beliau sememangnya berhajat mahu menubuhkan yayasan yang spertimana yang dimaksudkan. katanya..ia terletak di jajahan gua Musang..

    – Untuk pegertahuan, tengku anis dikatakan dilahirkan di Machang Kelantan dan merupakan anak sulong daripada 5 adik beradik…

    ketika ditanya, dakwaan dirinya sebagai pewaris Puteri Saadong, beliau berkata mempunyai bukti selain rujukan daripada ilmuan agama mengenai salasilah keturunannya..

    TQ.

  5. datuk firdaus

    salam saya ada terbaca dr salah satu blog dan dengar dr orang juga yang mengatakan tg faris akan menikahi waris ketujuh dalam masa terdekat ini betul ke?adakah anda sbg wartawan tahu cerita ini?

  6. zailani2u

    Salam Datuk Firdaus >setakat ini , tidak ada pulak kisah tengku Faris sepertimana yang disebut.. tetapi bagi saya agak mustahil perkara itu berlaku kerana beberapa sebab yang tidak dapat dijelaskan disini… namun jika itu ketentuhan tuhan tiada siapa boleh mengelaknya…

  7. dear Raja Ku Putri Saadon .

    Kami telah menunggu kenantianmu setelah 4 abad .
    kami adalah rakyat mu yang tinggal di teluk aru .
    di indonesia kerajan mu adalah kerajan aru .
    dan terletak di Deli tua .
    kalau mau lihat di sini ada benteng peninggalan Raja Putri seblom pergi ke Kelantan .
    kalau mau infonya saya akan berikan semampu kami
    sekali lagi

    salam untuk Raja Putir Hijau

    dickyzse@gmail.com

  8. hamidi

    moyang aku masih hidup,
    dan pernah menjadi rakyat kpd puteri saadong..
    dikatakan kan puteri saadong tidak mempunyai anak mahupon suami…
    puteri masih hidup sampai sekarang,seperti hang tuah…
    moyang ak juga pernah pinjam pinggan dengan istana puteri saadong untuk majlis…

    betul ke tidak x tau laaa…
    sekadar imbasan orang tua2..

  9. aida

    entah kenapa rasa nak tau pasal legenda cik siti wan kembang dan Puteri Saadong.
    Tapi masa dok tengah cari-cari ni…..bulu roma meremang semacam.
    Dari awal sampai akhir……meremang je. Kenapa ye?
    Rasa dah tak boleh nak teruskan pencarian ni….

  10. soustzisuzi

    betul yg hamidi cakap puteri saadong tidak ada anak dan suami dan masih hidup mcm hang tuah, cik siti wan kembang , raja barrubasyar abg cik siti wan kembang, dan saya keturunan abg cswk tahu di mana mereka tinggal ,…..

Leave a reply to zailani Cancel reply

Blog at WordPress.com.