Mavi Marmara bermandikan darah syahid.…

 

Kapal mavi Marmara diserang Angkatan Laut Israel  dengan mengunnakan helikopter dan dua kapal tempur. Tayangan live streaming di internet menunjukkan sekitar 10 tentera Israel memasuki kapal yang tengah berada sekitar 70 mil laut lepas Pantai Gaza, subuh waktu setempat.

 Kapal Mavi Marmara, sebuah kapal kemanusiaan yang diperuntukkan oleh masyarakat antarabangsa untuk membantu  rakyat Palestin yang sedang menderita akibat kekejaman Zionis diserang komando Israel.

Komando Israel ketika memasuki Mavi Macmarra..

Dengan membawa 700 sukarelawan dari 50 negara  kapal ini diserang secara tiba-tiba oleh tentera ISRAEL dengan persenjataan tempur di laut lepas atau lebih dikenali sebagai laut antarabangsa.

Komando Israel ketika menaiki Mavi Macmara

Sebelum ini, Menteri luar Israel Avidor Lieberman menuduh misi ini membangkitkan kemarahan Israeil dan menegaskan Tel Aviv sedia menghentikan konvoi tersebut, termasuk menggunakan kekerasan.

 Untuk tujuan itu Israel membina kem tahanan sementara di sebuah pelabuhan untuk menahan aktivis dan melatih pasukan tentera laut bagi operasi itu.

 Sehingga kini, 19 terkorban dan 30 tercedera….2 wartawan Asrto Awani yang berada dalam kapal tersebut tidak dapat dikenal pasti.. Salah seorang daripadanya,  jurukemera  Syamsul Akmal   yang berada dalam kapal ini aku kenal secara tidak langsung kerana pernah beberapa kali asment bersama..semoga kedua-dua wartwan ini berada dalam keadaan  kerahmatan Allah. 

semoga Allah menghancurkan mereka yang menzalimi umat Islam..

 Kita berharap tentera Israel dan pemerintah mereka mendapat balasan yang lebih dari apa yang mereka lakukan terhadap sukarelawan antarabangsa dan kapal Mavi Marmara…

Marilah kita sama-sama berdoa supaya bangsa laknat Israel diturunkan bala seberat-beratnya daripada Allah.Ingatlah doa orang yang dizalimi adalah doa yang paling makbul dimuka bumi ini

 Orang Islam sudah tidak mampu lagi melawan, sudah tidak berdaya lagi…akhirnya, doa kita itulah senjata tajam yang bakal menghapuskan bangsa ini!!!.

 Ya Allah, Engkau selamatkan rakyat Palestin! percayalah bahawa doa daripada umat Islam  di seluruh dunia akan dimakbul jua…

Dan akhir sekali, apa lagi yang dapat kita lakukan!

Beberapa bandar di Tebing Barat terkurung sama sekali oleh tembok di setiap arah, dengan sekatan tentera merupakan satu-satunya pintu keluar dan masuk. Keluarga dipisahkan, ladang dihalang dari diusahakan, sebarang hubungan luar disekat sama-sekali, dengan harapan mereka akan putus asa dan seterusnya meninggalkan bumi Palestin.

 

 

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: