Mu ni gile ke?????

 Apa korang pikir bila aku show gambar menara telekomunikasi ni?.adakah anda terbayang benda ni boleh buat duit jika besi ini dicuri dan dijual.huk….

Ini adalah menara Celcom yang betul2 terletak di belakang umah aku….ianya dibina pada tahun 1998 dan menadi mercu tanda nak g umah aku kat Machang… kalau ada yang sesat sila la ikut petanda ini, gerenti anda akan jumpa umah aku…

Tetapi apa yang aku nak cerita, kerana menara ini la, ada seorang makluk yang memanggil aku orang gile…. apa jadi? meh aku ceiritaa…………

Alkisahnya, semasa pembinaannya, aku sangat teruja dengan pekerja-pekerja yang membuat menara ini, bukan apa, kerangka besi yang diangkat sampai ke atas hanya menggunakan kudrat manusia je…

 Yang lebih canggih 5 orang pekerja ni hanya mengguna tali untuk memanjat, membina dan menyiapkan menara setinggi hampir seratus meter ini.. Dari satu step ke satu step diorang main langkah jeee… bukan rendah, kalau jatuh gerenti kalau tak mati.. lumpuh seumur hidupp…

 Dan sememangnya perangai aku ni… aku suka buat orang lain tidak buat .. dan semestinya aku cukup yakin aku pun boleh buat apa yang orang lain boleh buat. Bila aku pikir kalau dia boleh panjat, kenapa aku tak boleh buat..

So masa kerangka besi ini sudah 90 siap. aku panjatnya sampai atas….time ni pekerja dia cutii….aku mulakan langkah satu persatu hingga sampai atas.. Aku mengambil masa sampai ke puncak tak kurang 20 minit. bukan senang kerana kerana kerangka ni belum betul betul kukuh…

Bila sampai di kumuncaknya tuhan la tau betapa seronoknya, dari atas aku menyasikan bandar Machang, Tanah Merah, Pasair Puteh dan Kota Bharu dari jauhh….. Tetapi yang pastinya struktur ini ketika itu belum kukuh, banyak skru2nya masih belum diketatkan.

Oleh itu sekali angin bertiup, aku dapat rasakan benda ni beralun dan bergoyang.. aku pikir kalau benda ni roboh,,, mampus laaa… Tetapi aku nekad, bila lagi nak merasa, kalau dah siap dan dipagar, aku tak leh rasa dah…

ermm, tengah2 dok syok melayan kat atas tu… tetiba..bila aku pandang kat bawah ada seorang mamat berbaju biru melaung suh aku turun..Aku tak pasti sape dia, tapi yang sorang lagi aku punya abang, so nak tak nak aku pun turun pelan pelan, bile turun rupaya bapak polisi…

Dengan muka begisnya, dia terjah aku, “Mu ni gile ke?, berapa lama dah hidup , buat apa naik kat atas, ke nak bunuh diri” gasak polis itu..

Dengan muka selambanya aku jawab, pakcik, kalau saya nak bunuh diri saya tak panjat atas sane…saya suh pakcik tembak jeee saya.. lagi senang,

 Aku tanya lagi” so pakcik nak tangkap saya ke?… masa tu abng aku kat sebelah ngeleng kepala..dia tau perangai aku ni…

Bila aku tanya soklan gitu, polis ni tak kata apa… lepas tu baru le ayat dia lembut sikit.. dik abng bukan apa, takut adik naik tu jatuh, nanti mati katak je..(dalam hati aku reti pulak cakap lembut)

 Bak kata orang, “orang berbudi kita berbahasa” aku terangkan kat polis ni,, saya bukan apa bang, manusia ni hidup singkat jeeee…time saya mampu buat saya nak buat semua perkara.

 Kalau orang lain boleh panjat Everest tak kan la takat nak panjat benda ni pun salah… Dalam nada perli aku sempat lagi kata kat polis yang perutnya boleh tahan tu” kalau dah jadi macam abang ni, nak ke abng panjat?………….

 Sekali lagi abang aku senyum simpul,,, dan polis “yang agak hensom “belah ngan gitu jee…

 SUP: Maaf abang polissss…..

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: