Aku sayang cikgu

 

Walaupun agak lewat dari tarikh 16 Mei,  namun aku  tetap nak  nak ucapkan selamat hari guru kepada guru-guru sekalian ,

Sudah tentu  bulan ini   menjadi kebanggaan kepada warga pendidik yang menaburkan jasa yang tidak berbelah bagi kepada pelajar-pelajar sekalian..

 Sambutan yang dilakukan setiap 16 Mei ini semestinya tidak cukup untuk membalas jasa dan pengorbanan guru. kerana baktinya digunakan sampai akhir hayat..

 Semestinya bila sambut hari guru ni, aku teringatkan zaman-zaman sekolah dulu, zaman berbaris untuk nyanyi lagu sekolah…. lagu negaraku….Teringin lak nak pakai uniform skolah…. Banyak pengalaman.

 Blajar ngan teman-teman, join macam2 aktiviti, debat, forum, pantun, sajak,, nasyid, koir, sukan, silat, macam-macam lah.. ….Tu belum lagi ingat zaman aktif menjadi kadet polis . Camping sana-sini.

Paling tak leh lupa dikejar anjing sewaktu nak balik dari sekolah, habis koyak rabak seluar dek kerana jatuh atas kelapa sawit, balik je masuk bilik nangis sorang-sorang. Maklumlah aku ni jenis tak suka suka tunjukkan air mata kat orang.. mak tanya buat cool je.

 Oleh  kerana sekolah agak dekat dengan rumah, masa tu aku hendak rasa macamana la rasanya dok asrama atau uamh sewa, so masa form 4, aku dengan geng-geng  rpat sewalah sebijik umah,. Saja nak merasa. Sebelum ni dengar n baca dalam majalah je. walaupun sekejap je dok umah sewa, tapi banyak pengalaman yang aku blajar.

 Berdikari, setiakawan, semangat keluarga. . ….. Tapi tak kurang juga dengki mendengki dan kroni mkroni. Termasuk gak unsur-unsur mistik.

 Terima Kasih diatas jasa anda semua guru-guru dan yang paling penting aku nak ucapkan terima kasih kepada cikgu sekolah rendah dan menengah, cikgu Zurina, cikgu Hapsah, cikgu Kamaruddin, cikgu Aishah, teacher ong dan semua cikgu yang banyak memberi tunjuk ajar.

Sesungguhnya hanya Allah yang mampu memberi ganjaran kepada anda. Guru jika niat mengajar kerana Allah, amat-amatlah untung. Tambahan seorang pelajar tu akan menggunakan ilmu yang diajarkan tersebut dan mungkin akan mengajarkan kepada orang lain – satu sumber pahala yang berterusan!..Sesungguhnya aku amat jelous dengan cikgu-cikgu sekalian.

Dan sebelum menceburi dunia kewartawanan ni, aku sebenarnya dapat juga merasai nikmatnya menjadi guru iaitu sebagai guru ganti disekolah dua buahmenengah sungai besi KL, dan termasuk merasai menyambut hari guru ni.. yang paling best aku la satu- satunye guru yang paling banyak dapat hadiah… yang paling lawaknya dapat hadiah love lagi..

 Tetapi yang tak tahan aku juga mengalami nasib yang malang depan anak-anak murid,..mana taknyee ketika nak ambil hadiah di pentas, aku tersepak pasu bunga, hampir2 tersungkur di hadapan 2 ribu pelajar konon-konon kontrol macho bejalan.. time tu tuhan je le yang tahu tebalnye muka…

Apa pun, aku tahu, hakikatnya hadiah bukanlah perkara utama yang mahu dilihat oleh guru, seorang guru hanya merasa “hadiah” apabila dia berjaya mendidik seorang pelajar sehingga menjadi manusia yang cemerlang dalam kehidupan.

 Kepada yang  guru dan bakal menjadi guru, jadilah seorang  yang kreatif serta berkesan dan bukannya  mengajar kerana kerjaya semata-mata…

aku juga hampir jadi cikgu..

Zup: Pernah dan akan terus menyayangi cikgu….

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: