Pengawal Istana kritikal.

 

Keadan Ramli kritikal..

OLEH: MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

 KOTA BHARU –Keadaan pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad yang ditembak oleh individu tidak dikenali pada 1 Mei lalu kini berada dalam keadaan kritikal dan membimbangkan.

Bagaimanapun, Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, pihak doktor kini dalam usaha melakukan rawatan yang terbaik dengan sokongan alatan yang canggih yang ada di hospital tersebut.

“Pada masa kini, keadaan beliau agak kritikal dan mengikut maklumat yang saya terima, terdapat jangkitan kuman kepada beberapa organ penting beliau,”katanya selepas menyampai sumbangan peribadi RM100,000 dari Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra kepada keluarga Ramli di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini semalam.

Dalam kejadian 1 Mei lalu, Ramli parah ditembak oleh individu yang tidak dikenali di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, Tumpat Kejadian tersebut berlaku kira-kira 12.25 pagi ketika mangsa sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Sungai Pinang selepas habis bertugas di istana, Kubang Kerian.

Dalam pada itu, Abdul Halim berkata, Pemangku Raja sentiasa mengambil berat dan perhatian kepada kadar kesihatan Ramli yang kini menerima rawatan dari pakar-pakar terbaik di hospital.

“Ramli mempunyai seorang isteri, 5 orang anak, demi meringankan beban yang ditanggung Pemangku Raja bersetuju menyumbangkan RM100,000.

Pemangku Raja berharap sumbangan ini akan meringankan bebanan keluarganya. “Pemangku juga prihatin kepada kesusahan rakyat jelata di negeri ini, baginda menjelajah keseluruhan negeri untuk menemui rakyat Kelantan dan memberi bantuan dari sumber peribadi baginda sendiri,”katanya. Abd Halim berkata pihak polis masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan dan Pemangku Raja berharap kes berkenaan dapat diselesaikan dengan segera.

Dalam pada itu, Abdul Halim berkata laporan 10 panel pakar perubatan terhadap status kesihatan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra masih dipersingkat Kementerian Kesihatan dan belum diserahkan kepada pihak Istana Kelantan.

“Laporan panel belum serah kepada pihak Istana, terpulang kepada pihak panel dan Ketua Pengarah Kesihatan,” katanya.

Dalam pada itu isteri Ramli, Maznah Mustafa mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Raja yang sentiasa mengambil berat kadar kesihatan suaminya sekali gus memberi sokongan secara tidak langsung kepada keluarganya. ends

Datuk Halim ketika ditemui media selepas melawat Ramli

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.