Jenazah Ramli selamat dikebumikan

 

Jenazah ramli dikebumikan di kampung Kok Keli.

 TUMPAT-Jenazah Pengawal Istana Kelantan, Ramli Mohamad yang meninggal dunia di Hospital Raja Perempuan Zainab II kira-kira jam 3.25 pagi,  selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kok Keli kira-kira jam 10 malam, semalam.

Terdahulu solat jenazah disempurnakan di Masjid Muhammadi Kota Bharu yang diimamkan oleh Mufti Kelantan, Datuk Mohammad Shukri Mohammad yang disertai  lebih  500 jemaah. Turut hadir Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad.

Sejurus itu, jenazah  Ramli tiba di rumahnya di kampung Kok Keli kira-kira jam 9.30 malam diiringi oleh pihak polis yang mengetatkan  kawalan keselamatan.

jenazah disembahyangkan dimasjid Muhammadi Kota Bharu.

Setibanya di rumahnya, solat jenazah dilakukan sekali lagi yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Pasir Pekan sebelum di bawa ke tanah perkuburan Islam Kok Keli kira-kira sejauh 200 meter dari ramahnya.

Kira-kira 500 penduduk kampung, sanak saudara membanjiri  rumah arwah untuk  mengiringi pengebumian jenazah sehingga selesai.

Kelmarin,  Ramli yang sebelum ini dilaporkan  semakin pulih , kembali  kritikal dipercayai serangan kuman dalam organ penting dalam tubuhnya.

 

Ketika kejadian tembak itu  berlaku, Ramli  yang sudah berkhidmat selama 17 tahun dengan Istana Kelantan, baru selesai menjalankan tugas di Istana Negeri, Kubang Kerian, kira-kira pukul 12 tengah malam.

Mangsa yang menunggang motosikalnya sendirian, dipercayai diekori sekumpulan empat individu bermotosikal yang melepaskan tembakan ketika tiba di lokasi kejadian.

Susulan kejadian itu, Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra, memerintahkan Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi supaya menjalankan siasatan rapi dan menyeluruh terhadap kes terbabit.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: