Sultan Kelantan, episod seterusnya..

Antara wartawan yang berkampung di HUSM

Minggu ini  pekerjaan aku memenatkan, tetapi puas dan menyeronokkan, bagi mengikuti perkembagan semasa sudah semestinya sudah mengetahui senario yang berlaku kepada Kelantan di waktu ini.

Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dibawa pulang ke Istana Mahkota di sini hari ini setelah lima hari menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. Kepulangan baginda turut diiringi Raja Perempuan Kelantan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan anakanda baginda Tengku Amalin A'ishah Puteri.

Krisis Istana Kelantan yang kini memasuki episode seterusnya……terdapat banyak cerita dan peristiwa yang   unik dan tidak selalunya berlaku khususya di peringkat sistem perajaan di Negara ini.

Tengku Merjan menyatakan kekesalan dengan tindakan polis yang enggan membenarkan beliau melawat sultan ismail.

Walaupun penat, aku merasakan  agak beruntung kerana  menjadi salah seorang yang berada di waktu krsis ini memuncak…

Tengku Amalin ketika keluar dari HUSM...

sudah tentu ramai yang ingin mengetahui apa yang berlaku kepada intitusi perajan Kelantan sehingga wujudkan adegan-adegan yang tidak terfikir akan berlaku  di negeri ini.

Dari peristiwa  rampasan kuasa, perebutan kereta, penceraian isteri kedua sultan, adegan tembak pengawal sultan, hingga ke episode penangkapan Tengku Temenggong, Tengku Muhammad Fakry Petra oleh UTK, serta rawatan Tuanku Ismail di HUSM, semuanya berlaku dalam keadaan yang cukup “unik”.

Bagi rakyat, sudah tentu mereka tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya, dan selaku wartawan sudah tentu ramai yang ingin mendapatkan cerita dari mulut wartawan. Bak kata bahsa wartawan  nak dapatkan cerita :”eksklusif”

Sememngnya  diwaktu ini, apa diketahui oleh wartawan tidak semuanya di tulis, kekadang perkara yang sangat menarik untuk dikongsikan kepada pembaca, tetapi kerana faktor-faktor tertentu serta menjaga maruah intitusi perajaan, adalah perlu perkara itu tidak menjadi bahan pemberitaan dan penceritaan.

Malah tiada siapa yang tahu, bahawasanya semasa penangkapan Fakry oleh geng bertopeng itu, ada juga salah seorang wartawan dan foto juga mengalami nasib yang sama, yang disyaki geng TT,  sape diaa?.kalau anda bekerja dengan Sinar Harian sudah tentu anda mengenalinya…

Aku tidak mahu menghuraikan lebih panjang kepada episode ini, kerana silap hari….”blog ini ini menjadi sasaran”, tetapi  cukup jika aku  kongsikan dari sudut  yang lain iaitu, skop pekerjaan aku semasa hari kejadian..

Ini lah uniknya  kerjaya  ini, berada ‘on live’ ditempat kejadian… yang jelas tidak semua dapat dikongsikan dalam ruangan yang disediakan….

Disini aku kongsikan salah satu ‘task Job’ dihari kedua  selepas penangkapan Tengku Muhammad Fakry

Semasa hari pertama kejadian penangkapan, agaknya   aku  masih selamat kerana off day, tetapi malamnya terpaksa recall untuk stanby di HUSM,.. maklumlah apa-apa boleh berlaku….

Pada hari kedua- inilah jadual kerja aku…

10- 12 pagi- berada di mesyurat Exco, di Kota Darul Naim- mendapat respon dari MB mengenai krisis istana, tetapi gagal kerana Tok Guru enggan memberi sebarang kenyataan.

12-2 petang  berada di sekolah menengah faris petra (function pemangku raja)- untuk mendapat feedback kejadian hari sebelumnya,

4-6  petang -berada di istana balai besar untuk  cover sesi penganugerah pingat oleh Pemangku Raja

7 malam-2 pagi- berada di hospital HUSM untuk cover situasi tegang yang mana dikhabarkan sultan akan dibawa keluar dari HUSM

Dan yang menariknya diantara 7 malam sehingga 2 pagi ini, pelbagai kisah dan ceritanya sendiri, dikala ini  kawalan pihak polis sangat ketat….

Bagi ‘orang luar’ yang tidak tahu situsi yang berlaku merasakan agak pelik dengan kehadiran polis lengkap dengan senjata memenuhi HUSM

Ini adalah rentetan hari kedua yang dpat disaksikan secara live.

–         10. mlm-  Elia Suhana, isteri kedua  Sultan tiba

–         11.30. mlm- Tengku Amalin, anak keempat tuanku tiba

–         12.00 mlm-, Tengku Merjan, kakak sulung baginda sultan tiba

–         12.15- Tengku Amalin keluar dari Husm dan menegur beberapa wartawan yang   mengambil gambarnya.

–    1,00 pg-Elia Suhana, keluar dari HUSM tetapi dek kerana kehadiran   wartawan, beliau dikatakan cuba mencari pintu lain ..dan  ketika ini kami juga berkejaran kepintu 7 HUSM, namun hampa kerana beliau juga enggan keluar.

–    1.30 pagi- Tengku Merjan keluar dari HUSM dan dalam keadaan marah  beliau meluahkan kepada wartawan antara lain kecewa dengan sikap polis yang menghalang beliau untuk melawat abang sendiri….

Malah beliau melahirkan kekecewan dengan sikap polis semasa adegan penangkapan Fakry serta cara polis membawa sultan ke HUSM

–         2-pg-Kerana merasakan suasana agak tenteram,kami  mengambil keputusan bersurai..

Ini adalah sebahagian cerita yang dapat dikongsingkan dalam ruangan yang cukup terhad ini, semestinya banyak kisah yang menarik.. tetapi tidak perlu diceritakan disini…

Orang pernah betanyakan kenapa aku  mencari kerja yang susah dan memenatkan  sedangkan peluang untuk berada berkerja tempat yang lebih ‘cool’ dan menjamin masa dihidangkan di depan mata…

Malah, kerjaya ini juga tidak membuatkan aku menjadi kaya mahupun mewah,, tetapi cukup aku jelaskan pada mereka dengan  ringkas bahawa pengalaman yang diperolehi adalah kekayaan yang tiada mampu dibayar dengan wang..

Categories: Uncategorized | 2 Comments

Post navigation

2 thoughts on “Sultan Kelantan, episod seterusnya..

  1. amnafeesa

    Jalan penceritaan yg mmbuatkan sy lebih teruja mahu mengetahui pergolakan yg brlaku di negeri sendiri..juga mahu tinjau lebih mendalam istilah baru ‘perajaan’ yang belum pernah didengari sebelum ini..Syabas zai..moga brbahagia dgn kerjaya yang diceburi..kepuasan adalah segalanya..!

  2. bird of paradise

    Good job….u always do the best =)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: