rampas kuasa: Kekanda Sultan buat laporan polis

Rampas kuasa: Kekanda Sultan buat laporan polis

KUALA LUMPUR-Kekanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Tengku Yahya Petra hari ini membuat laporan polis berhubung satu kandungan cekera padat (CD) yang didakwa mengandungi cubaan rampasan kuasa terhadap kedudukan dan jawatan Sultan Kelantan Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Tengku Merjan membuat laporan itu di Ibupejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Kuala Lumpur kira-kira jam 2.30 petang. Antara lain, Tengku Merjan dalam laporannya menyatakan beliau telah mendapat satu salinan CD perbincangan tertutup antara pengelola istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad dan peguam Datuk Sukri Mohamed yang menunjukkan terdapat satu perancangan untuk menghasut, mengugat serta mencampuri urusan istana Kelantan.

ELIA SUHANA AHMAD

 Tengku Merjan dalam kenyataannya berkata perjumpaan sulit dan tertutup antara Halim dan Sukri di sebuah hotel di Kota Bharu adalah berniat jahat dengan tujuan menghasut wartawan dan masyarakat untuk menghina sultan Kelantan.

Mereka katanya telah membocorkan maklumat sulit mengenai kesihatan sultan Kelantan kepada pihak ketiga tanpa kebenaran empunya diri dengan tujuan menjatuhkan maruah dan kredebiliti sultan.

Tengku Merjan berkata mereka juga telah memberi fakta yang salah mengenai kesihatan sultan Kelantan dan mencampuri urusan peribadi Tuanku dengan membuat kenyataan yang boleh mempengaruhi masyarakat berhubung penceraian sultan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang ACP Abdul Jalil Hassan ketika ditemui mengesahkan menerima laporan tersebut. Katanya, beliau akan menghantar laporan itu kepada IPD Kota Baharu kerana kes itu berlaku di Kota Bharu.

>Nampak gayanya krisis Istana Kelantan akan terus berpanjangan. pertelagahan demi pertelagahan dan adakah sekali lagi wartawan tempatan akan dipanggil polis?…..aku juga berada dalam pertemuan yang dikatakan sulit ini…

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: