Kalau begitu cara ajalnya..

Jika  manusia yang hidup tuhan mentakdirkan pelbagai cara ujian yang menimpa hambanya, begitu juga cara seseorang  itu dimatikan, pelbagai cara dan gaya tuhan mematikan makluknya…ada yang menghembuskan nafas terakhir semudah a..b..c dan ada yang sukar sehingga tidak sanggup untuk diterjemahkan dengan perkataan.. semoga Allah memudahkan dihari kematian kita… 

PASIR PUTEH – Satu maut manakala dua berjaya diselamatkan selepas tertimbus tanah ketika mereka bertiga melakukan kerja-kerja menggali perigi di Kampung Batu Berendam, Gaal, dekat sini semalam.
Kejadian tanah runtuh itu dikatakan berlaku sebaik sahaja mereka menurunkan konkrit perigi pertama sedalam lima meter kira-kira jam 10 pagi.


Mohd Amirul Abdul Razak, 21, menghadapi masalah apabila tanah menimbusnya pada paras pinggang dan ketika dua rakannya, Mohd Firdaus Che Ishak, 19, dan Hussin Sultan, 25, cuba membantunya tanah tiba-tiba runtuh serta menimbus mereka bertiga.
Mohd Amirul yang terbenam dalam tanah liat yang berair dikatakan meninggal dunia tidak lama selepas itu manakala Mohd Firdaus, penuntut Institut Kemahiran Belia Negara, Bachok dan Hussin terperangkap bersamanya selama satu jam 30 minit.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Kaharudin Yahya berkata, ketika bomba sampai di tempat kejadian, Mohd Amirul cuba diselamatkan dua rakanya yang berdiri di luar konkrit perigi.
Menurutnya, anggota bomba melemparkan tali untuk mengikat Mohd Amirul, bagaimanapun katanya, sebelum sempat tali diikat padanya, tanah runtuh dengan mengejut.
“Selepas melempar tali saya ke atas untuk mengambil peralatan lain dan apabila kembali ke situ dalam masa tidak sampai lima minit, tanah sudah menutupi mereka bertiga.
“Suara dua dari mereka boleh didengar dari atas dan saya meminta mereka bertenang kerana usaha menyelamatkan mereka sedang dilakukan,” katanya.
Bomba dengan kekuatan tujuh anggota bersama anggota polis dan penduduk yang menggunakan tiga jengkaut berusaha mengeluarkan seberapa banyak tanah di kawasan tersebut bagi mengeluarkan mangsa.


Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Kamal berkata, dua rakan mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira jam 11.30 pagi dan mereka dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk mendapatkan rawatan.
Mayat Mohd Amirul pula katanya, berjaya ditarik keluar dengan mengikat badan pada jengkaut kira-kira jam 2.55 petang sebelum mayatnya dihantar ke HTA.
Mohd Kamal menasihati orang ramai agar mementingkan aspek keselamatan ketika melakukan kerja berbahaya seperti itu.
Sepupu mangsa, Zurianawati Awang Soh, 18, ketika ditemui berkata, Mohd Amirul membantu rakannya menggali perigi selepas menghantarnya ke Kampung Telipot kira-kira 8.15 pagi.


Katanya, Allahyarham agak ceria pagi tadi berbanding sebelum ini dan dia tidak menyangka perubahan sikap itu merupakan gurau senda terakhir darinya.
“Ketika saya berada di bandar Pasir Puteh, kawan menghubungi saya dan memberitahu kejadian yang menimpa Mohd Amirul, saya bergegas pulang dan tergamam melihat orang ramai dan pasukan penyelamat berusaha menggali tanah yang menimbusnya,” katanya.


Zurianawati berkata, mangsa, anak kedua dari enam beradik itu merupakan askar Wataniah dari Kem Cherong, Kemaman dan ketika ini bercuti di rumah saudaranya, di sini.
Sinar Harian difahamkan, kerja-kerja menyelamat pada awalnya tergendala selepas jengkaut pertama mengalami kerosakan sebelum tiga lagi jengkaut tiba ke tempat kejadian- Sinar Harian.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: