Sememangnya dia hebat..

Sebelum aku meluahkan apa yang terbuku di hati, tidak sesekali aku menulis entry ini untuk mengherdik atau menyakiti mana-mana pihak, aku langsung tidak pernah hendak membuat orang marah, tetapi apa yang ditulis cukup untuk dijadikan iktibar bersama.

Seperti yang dijangkakan pepagi lagi aku sudah menerima beberapa panggilan, aku tahu panggilan tidak lain untuk menyakan apa sebenarnya berlaku terhadap beberapa krisis yang dihadapi kini..

Aku menjawab beberapa persolan yang dilontarkan oleh pemanggil itu dan ada benda yang aku tidak menjawab dan membiarkan ia menjadi rahsia hidupku….

Tidak perlu aku huraikan apa yang berlaku, demi menjaga beberapa hati, tetapi mereka yang berada dalam lingkungan krisis mengetahui apa yang aku maksudkan.

Adakah kita merasakan diri kita ini hebat sangat sehingga boleh membuat orang jatuh dalam kerjayanya,

adakah dengan kita mengenali semua orang, kita mampu menarik rezeki orang…. Adakah cukup hebat kita mengatakan bahawa kita mengenal semua orang, yang akhirnya kita mampu melakukan apa sahaja,

Aku menggunakan satu sahaja perkataan, sahaja, kamu sudah mengenal semua orang, tetapi adakah kamu mengenal tuhan,.. kuasa tuhan bukan sahaja menjatuhkan orang tetapi melupuskan orang di muka dibumi.

Tidak kah kita terfikir bahawa orang lain juga boleh melakukan tindakan sama, malah melebihi apa yang kita rasakan mampu dilakukan

Aku berpegang kepada kebenaran, prinsip aku cukup mudah, tuhan sudah meletakkan pada asasnya di mana rezeki dan jodoh itu berada. Aku tidak pernah takut kehilangan kerja, walaupun aku tidak sekaya dan berkerjaya sebagai pensyarah ataupun peniaga yang mempunyai jutaan ringgit, tetapi aku percaya jika aku menegakkan kebenaran, tuhan ada di belakang kita..

Aku hanya insan biasa.

Aku tahu dan menyedari di mana diri ini berada, aku tidak sehebat seperti orang yang dikatakan dirinya hebat, aku hanya bekerja sebagai biasa yang berada di ceruk-ceruk dikampung…

 Aku juga tidak sepandai dan sehebat lawyer, peguam dan pensyarah yang mampu bercakap orang putih, yang membuatkan orang terliur mendengarnya…

 Tetapi aku juga mempunyai perasaan, perasaan untuk kecewa dan berkecil hati dengan tindakan yang dikatakan dirinya hebat dan mempunyai apa sahaja…. Tetapi aku masih lagi berdoa, berdoa dengan kebahagian dan mengharapakan keresahan akan lupus dengan kebaikan………..

Dalam hati aku, aku tidak mahu bermusuh dengan siapa pun, malah aku akan cukup tidak selesa jika ada yang terasa hati dengan aku, aku mohon ampun seadanya walaupun ada kesalahan itu tidak berpunca dari jujungan diri ku…

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: