Tengku Anis sebak

 

Tenku Anis sebak ketika majlis Maulidul Rasul semalam.

Tenku Anis sebak ketika majlis Maulidul Rasul semalam.

OLEH: MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

KOTA BHARU-Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid melahirkan perasaan  sedih  dan kecewa dengan  sikap pemimpin negeri ini yang tidak  melawat Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra semasa menerima rawatan  di Singapura.

Ketika bertitah di Majlis Solat Kesyukuran dan Sambutan Maulidul Rasul di sini semalam, Tengku Anis mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor serta barisan kabinet yang selalu bertanya khabar  kesihatan baginda.

“Sampai bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew pun datang berziarah, tetapi daripada pihak Kelantan tidak ada, itu yang menyedihkan saya,”titahnya dalam nada sebak di hadapan lebih 5000 hadirin yang memenuhi Dewan Kompleks Majlis Agama Islam Panji dekat sini.

Tengku Anis bertitah, doktor yang merawat tuanku Ismail melahirkan kekagumannya dengan kebesaran ayat Al-Quran serta solat hajat yang diadakan  sebelum itu kerana mampu menyedarkan kembali baginda.

“Kalau kita ikut perubatan, doktor tak akui tuanku mampu sembuh tapi berkat doa semua dan bacaan Yasin dibaca di hospital dan juga sembahyang hajat, tiba-tiba tuanku sedarkan diri, jadi yang merawat tuanku pun berasa kagum dengan ayat Quran yang dibaca, betapa mustahak kita semua baca Al-Quran,”titah baginda.

Dalam pada itu, kekanda Tuanku Ismail, Tengku Merjan berkata ketika  ayahdanya, (Almarhum) Sultan Yahya Petra gering di Kuala Lumpur, ramai pembesar(negeri) yang hadir melawat baginda.

Katanya, suasana yang dihadapi  baginda ketika  itu sangat  berlainan di mana  ada pembesar yang membuat giliran untuk menjaga baginda 24 jam sehari.

Dalam masa yang sama Tengku Merjan turut kecewa  dengan fitnah yang mendakwa Tuanku Ismail tidak boleh bercakap dan santap seperti mana yang dinyatakan sesetengah pihak.

“Sekarang, adinda saya pun pulih seperti itu juga berkat doa rakyat sekalian, janganlah anggap baginda tak mampu lagi untuk memerintah, mengapalah ada manusia tidak ada hati perut macam ini, saya harap tuhan akan balas apa orang kata.

“Mengapalah pula dilantik panel doktor untuk bagi tahu hal kesihatan tuanku, tuanku bukan pegawai kerajaan, kenapa nak buat macam tu, sampai hati sekali ada orang buat tuanku macam itu, marilah kita berdoa agar tuanku cepat sembuh, pulih dan dapat memerintah seperti dulu,”katanya.

Categories: Uncategorized | 1 Comment

Post navigation

One thought on “Tengku Anis sebak

  1. azah

    Salam,

    Al-Quranul Karim ni adalah anugerah Allah swt dan mukjizat Rasulullah saw kpd umat Islam.
    Maka Bacalah, Renunglah makna dan pengertianya, dan amalkan segala perintah, suruhan dan larangannya.
    Dgn ini sajalah kita jadi umat islam sebenar dan mengakui Al-Q itu ayat Allah dan syifa’ kpd manusia utk selamat dan sejahtera dunia hinggalah ke akhirat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: