Tuhan bayar cash..

Hujan semasa solat Istisqa’.

Ada masanya allah tunaikan segera permintaan hambanya dan ada masanya allah tangguhkan apa yang dimohon.Jika tidak diperoleh didunia doa yang dipohonkan akan dimakbulkan di akhirat, pokoknya sebagai manusia yang lemah kita perlu sentias meminta padanya...

OLEH: MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

 KOTA BARU-Solat sunat Istisqa’ yang diadakan awal pagi semalam memberi keinsafan kepada  2000 hadirin  apabila  titisan air hujan mula turun sebaik sahaja  rakaat pertama solat dilakukan.

Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Menteri Besar , Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Padang Perdana bersebelahan  dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.

Tuan guru semasa mengimamkan solat Istiqa.

Hadir sama seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Mohd Faudzi Che Mamat, Pengelola Istana, Datuk Abdul Halim Hamat dan Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Muhammad.

Ketika Nik Aziz sedang membaca surah Al-Fatihah pada rakaat pertama tiba-tiba hujan turun  lebat sehingga membasahkan ribuan  hadirin yang menunaikan solat.

Solat Istisqa’ tersebut merupakan kali kedua diadakan di Kelantan selepas pertama kali diadakan beberapa tahun lalu akibat kemarau panjang.

Dalam pada itu ketika ditemui, Nik Aziz melahirkan syukur  kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.

“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.

“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.

“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa,”katanya

Categories: Uncategorized | 1 Comment

Post navigation

One thought on “Tuhan bayar cash..

  1. teruterubozu

    alhamdulillah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: