Jagalah maruah dia!!!…

Semalam dalam perjalanan balik ke dari tempat kerja. Aku bersama-sama dengan rakan karib aku macam biasa bersembang macam-macam perkara, dari hal kerja, kawan-kawan sehinggalah bab-bab perempuan…tengah-tengah dok bercerita, tetiba sahaja rakan karib aku bertanya..” Ni(zailani) adakah aku patut musnahkan maruah perempuan yang menyakiti hati aku?…..

Aku tersentak, tetiba muka mamat ni merah padam….aku tanya”Im kenapa ni. Ko bergaduh ke makwe ke?,..sebenarnya kami berdua ni memang rapat sejak kecil lagi, dari tadika hingga ke universiti kami tidak pernah berenggang. rapat kami ni hingga duit dia duit aku. dan duit aku dah macam duit dia..macam itulaa persahabatan kami..

Bercerita dan berkongsi semua perkara, tetapi yang peliknya bukan melibatkan pakwe-makwe.. aku tidak tahu sebab apa aku dan dia tidak suka berkongsi perkara sebegini.. Tetapi bila dia dah buka cerita tentang itu aku mula nak tahu apa sebenarnya yang berlaku, aku mula masuk jarum, “Im.. ko kan ramai perempuan, takkan frust jugak kot. Lainla aku ni. tak da awek pun.. aku senyum kat dia.

Tanpa fikir panjang dia dia jawab “Ni aku ramai memang ramai perempuan, tapi itu sekadar kawan untuk melepaskan boring, tapi yang seorang ni aku jaga dia dan aku dah plan untuk buat bini.. mana takknya sepanjang aku couple dengan dia, aku dah perabis segala-galanya,”katanya dengan serius.

Dah tu apa jadi?,..aku tanya lagi , terus dia bagi penjelasan“ budak tu kantoi, dia keluar ngan laki lain dan nak tinggalkan aku,.. aku tak pernah rasa maccammani, aku bela dia. Bagi semua benda, akhirnyaa,.. senang-senang dia nak belah gitu”katanya. Aku hanya diam seribu bahasa,,, aku tahu orang yang tengah frust memang akan luahkan segala-galanya……

Tambahnya lagi “ Ni, aku simpan segala-gala fasal dia, rahsia kami, aku simpan dari atas ke bawah.. kalu ko suruh aku jatuhkan maruah dia sekarang, esok juga aku lakukan, aku akan pastikan maruah dia akan dok tapak kaki aku, “…katanya bersungguh-sungguh.

Dalam hati aku mamat ni dah naik angin ni….aku pun mulakan ayat aku.. “ Im sabar im..aku tak tahu apa yang berlaku antara ko ngan dia.. tapi aku cuma boleh kata,..apapun tindakan ko.. ko mesti jaga maruah dia.. manusia ni hidup kerana maruah… memang hati ko sakit… tapi ko mesti jaga air muka dia, dia ada mak bapak , ada keluarga dan ada segala-galanya.. Sekali ko cerita dan membuka pekung maruahnya, hidupnya musnah, ko nak tengok ke orang yang pernah ko sayang dan cintai akan hancur hidupnya semata-mata tindakan ko,?

Dia balas? Ni, Ko tak lalui apa yang akui lalu, sakitnya hati aku tak boleh nak gambarkan dengan kata-kata!!!.. aku senyum je,..aku kata “Im memang aku tak lalui apa yang ko lalui ..tapi aku boleh rasa apa yang ko rasa………dia senyap je. Aku kata lagi kat dia” Jika diizinkan tuhan, kita akan lalui hidup ini panjang lagi….pelbagai lagi cabaran di masa hadapan, aku nasihatkan ko, ko doakan kan dia semoga dia bahagia dengan hidup dia… jika itu yang dia mahu, ko tidak boleh memaksa dia untuk nak kan ko..

Untuk meredakan hati ko ko kena selalu fikir ko ni tak da apa-apa pun “Siapa ko nak kat dia, apa pekerjaan ko, baik sangatke ko nak kat dia, hensom sangat ke rupa ko, pakwe dia lebih hebat laa……” lepas tu hati ko akan pasti tenang…..

Aku kata lagi, takpee Im, sekurang-kurangnya ko dah buat terbaik untuk dia,,,… kalau itu balasan dia bagi kat ko , kena terima…. kalau hendak bahagia, ko kena doakan dia bahagiaa…. Jika ada masanya hati ko sakit, tak salah lelaki keluarkan air mata untuk perempuan yang dia sayang ,…..air mata untuk orang yang ko sayang.. itu lebih baik dari ko hancurkan hidup dia…

ko harus redha dgn sgala ujiannya wlaupun di uji beberapa kali krn tuhan perencana trbaik bagi hambaNya

Dia senyap seribu bahasa?, mata kawan aku ni tetiba je merahh…

Aku tanya lagi? So sekarang dia masih berhubung lagi ke ngan ko? Aaaa, dia masih berhubung time dia rindu… aku kat kat dia…ko kena bersyukur laaa Im,.sekurang-kurangnya dia masih nak lagi berhubung dan bercakap dengan koo… ucapkan terima kasih kepada dia!!!.

Categories: Uncategorized | 1 Comment

Post navigation

One thought on “Jagalah maruah dia!!!…

  1. teruterubozu

    tindakan ko tu betul, jai..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: