Merapoh, my tragedi

KUANTAN: Empat dari enam sekeluarga yang dalam perjalanan pulang bercuti ke kampung sempena Tahun Baru Cina terbunuh selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas dan merempuh sebatang pokok kelapa sawit di Kilometer 84, Jalan Kuala Lipis-Merapoh di sini awal pagi semalam. Kejadian yang berlaku pada pukul 2.15 pagi itu meragut nyawa Zarimah Hussin, 31, dan anaknya, Nur Sabila Sakila Mohamad, 9, adik Zarimah, Alias Hussin, 22, dan sepupu Zarimah, Mohd Shahrul Azwan Abdullah, 15. Seorang lagi adik Zarimah iaitu Rostam Hussin, 18, patah bahu dan dirawat di Hospital Gua Musang, Kelantan manakala seorang lagi sepupunya yang memandu kereta itu, Mohd Zulkarnaim Mohd Nor, 23, cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di hospital sama. Ketua Polis Daerah Lipis, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, Zarimah, Mohd Shahrul Azwan dan Nur Sabila Sakila meninggal dunia di tempat kejadian manakala Alias menghembuskan nafas terakhirnya ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang. Katanya ketika kejadian, kereta jenis Proton Wira yang dinaiki mereka itu dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Kuala Krai dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok kelapa sawit lalu terbabas sejauh 50 meter ke dalam semak. Abdul Razak berkata, semua mayat kecuali Alias dibawa ke Hospital Lipis untuk dibedah siasat sebelum dituntut waris masing-masing untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pemberian, Kuala Krai, Kelantan semalam. Beliau turut meminta saksi kejadian supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik daerah, Inspektor Mazrie Ismail di talian 013-3055557. – BERNAMA

 Ini tragedi yang berlaku di kawasan Merapoh semalam… agak sedeh apabila empat sekeluarga terkorban semata-mata mahu pulang ke kampung.. Tetapi apa yang aku jelaskan adalah tempat kemalangan ini adalah hanya 5OO meter yang mana kejadian yang sama berlaku kepada aku dua minggu lepas. Dan senarionya hampir sama apabila aku juga melanggar pokok kelapa sawit Tetapi, tuhan masih belum mengambil nyawa aku walapun pada hakikatnya kereta aku separuh nazak Jika diperhatikan kawasan ini, jalan tidaklah benkang benkok yang menyebabkan risiko kemalangan boleh berlaku. Pada hari kejadian kenderaan yang aku naiki juga tidak lah laju,,, tetapi apabila sampai ditempat kejadian, tetiba stereng kereta aku tidak boleh dikawal walupun aku mempunyai masa untuk melakukan perkara itu. 2- 4 saat sebelum kemalangan, aku masih sedaya upaya untuk memperbetulkan keadaan kereta , tetapi tidak boleh dah ketika itu aku hanya pasrah dan membiarkan kereta meluncur merempuh pokok. Dan difahamkan aku merupakan magsa ke 4 pada minggu tersebut, sebelum itu 3 beranak terkorban tidak kurng 1 kilometer dari tempat kejadian. Dan tempat itu tidak jauh dari tempat kemalangan bas ekspres yang di Bukit Tujuh yang mengorban berebelas mangsa satu ketika dahulu.

Walaupun kereta remuk, tetapi aku masih bersyukur sekurang-kurangnya aku masih selamat.. aku mengagapnya ia sebahagian dua-tiga dugaan yang  perlu dilalui kini…..

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: