Sahabat….I Always miss u

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

SAHABATKU…..
Hakikatnya, dalam mengejar arus kedewasaan ini aku dengan seikhlas hatinya menabur debu segala jenis kasih sayang kearah jalinan persahabatan ini.

Ketahuilah…

Bahawasanya aku mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui setelah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja.

SAHABATKU…

Kehadiran mu sahabat menyebabkan timbul perasaan  yang tidak berbelah bagi ,aku percaya  perasaan rindu yang telah disemat tidak akan dapat dibuang walaupun dimana jua ia pergi……

Sebagai mana baik budi mu terhadapku,setinggi gunung dan lautan cubaanku untuk meneruskan perjuanganku sebagai sahabatmu yang sentiasa periang dan ceria sewaktu dahulu.

SAHABATKU..

Jujur aku akui kaulah sahabatku yang paling istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher lantaran sikap angkuh yang menguasai diri.Terima kasih kuucapkan atas segala pengorbanan yang diberikakan

SAHABATKU……….

Ingatlah bahawa dalam mengejar arus kehidupan, kita pernah digelar sahabat yang paling akrab suatu ketika dahulu. Janganlah kau persiakan ini walaupun ku tahu kau mungkin bakal meninggalkan aku setelah menemui sesuatu yang paling baik dimasa hadapan. Ku berdoa agar sahabatku kau sentiasa ceria seterik matahari, sesegar bunga di taman dan secantik bulan  di langit…

Categories: Uncategorized | 2 Comments

Post navigation

2 thoughts on “Sahabat….I Always miss u

  1. so nice….

  2. adindakejora

    i like…..sahabat dunia akhirat…^__^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: