kurang ajar yang perlu diajar…

 

Kejam dan tidak perikemanusian, ini lah perkataan yang paling sesuai yang boleh mengambarkan gambar diatas.. disebalik kurnian ilahi ini, masih ada yang bersikap kebinatangan, kalau kucing sayangkan anaknya,kenapa ada manusia yang sekejam ini.

Yang paling jeliknya, kejadian ini berlaku kepada orang Melayu kita dan lebih tepat sebagai orang  Islam, jadi sama-sama kita fikir apa hendak jadi kepada dunia kini………. 

JELI – Penduduk dekat sini, semalam gempar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui dikawasan rekreasi Lata Renyut, Kuala Balah. Mayat yang ditemui penduduk dalam keadaan bogel dan cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan. Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritenden Muhamad Hanifah Ab.Malik berkata, bayi berukuran 50 sentimeter itu ditemui pada jam lebih kurang 9.30 pagi.

Menurutnya, ketika ditemui mayat bayi tersebut masih mempunyai tali pusat manakala bahagian kepalanya telah hancur. “Dipercayai bayi berkenaan telah dibuang beberapa hari yang lalu berdasarkan penelitian awal polis.

“Pihaknya sedang menjalankan siasatan kes di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaann kerana menyembunyikan kelahiran,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Mayat mangsa kini di tempatkan di rumah mayat Hospital Jeli untuk tindakan selanjutnya.

 Kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diharapkan dapat menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli.

 “Sekiranya terdapat maklumat mengenai kelahiran yang meragukan, orang ramai diharap dapat menghubungi polis dengen segera,”katanya.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: