Asri Rabbani ‘pergi tak kembali’

 “

 asri

“Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku.” -Allahyarham Asri Ibrahim.

 asri

Pemergian vokalis kumpulan  rabbani, Ustaz Asri mengejutkan dunia seni dan ‘nasyid’ tanah air.

 Beliau yang lebih terkenal dengan lagu “pergi tak kembali menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Sesungguhnya kehilangan Uztaz Asri  itu amat dirasai kerana anak kelahiran  Klang, Selangor  ini memiliki suara emas yang mampu menggegarkan hati setiap insan yang mendengar nyanyiannya.

 Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang , allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut,

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut – yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

“Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia.

 Dengan alunan nasyid dan zikirnya yang menusuk jiwa setiap insan, pemergian beliau menjadi satu sejarah untuk dunia nasyid negara.

rabbani77

Dan ini merupakan coretan daripada kawan dr asri , Ustaz amin yang melawat jenazah untuk tatapan terakhir…..

 Saya terus masuk. Di dalam bilik terdapat tujuh orang.

Surah Yasin yang dibaca telah hampir sampai ke penghujung.

Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-

“sahabat, selamat berehat”

Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya, barulah ada beberapa lagi yang datang dan mencium dahinya.

Saya cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak mampu. Teringat lirik nasyid beliau “Pergi takkan kembali”

Saya menarik nafas panjang. Mengesat air mata yang berlenang. Membacakan fatihah sekali lagi untuknya.

Saya mula melangkah keluar. Di pintu daun pintu, saya terdengar satu ucapan:-

“Terima kasih ustaz”, saya tidak memandang siapa yang mengucapkan pada saya itu. Saya terus berjalan, merentasi kesesakan orang ramai.

—–Adakah yang berterima kasih itu adalah roh ustaz Asri?????

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: