Alfatihah untuk Allahyarham Mohd Hafiz.

Bila aku tengok sahaja sahaja video klip ini, tetiba aku  kembali mengenangkan saat-saat berada di sekolah menegah yang meninggalkan seribu nostalgia dalam kehidupan . SMU A Syamsul Maarif itu lah nama sekolah yang pernah aku menuntut dan mencari nilai kehidupan  selama 6 tahun.

Sudah tentu saat manis dan suka duka aku kongsingkan disitu, disitulah aku mendapat sahabat-sahabat yang kekal abadi   dan disitu jugalah aku kehilangan seorang sahabat baik yang aku kenangi hingga  kehari ini.

Kehilangan rakan yang bernama  Mohd Hafiz meninggal seribu cerita, beliau  ditakdirkan untuk mengadap ilahi ketika kami berada di tingkatan 3.

Sudah tentu perhubungan antara rakan sekelas cukup akrab memandangkan sekolah aku hanya untuk lelaki sahaja, dan lebih-lebih lagi kelas aku hanya ada sekitar 2o pelajar sahaja.

Saat pemergian Hafis adalah cukup mengejutkan, kemalangan yang awalnya tidak seteruk  tragadi lain akhirnya mengorbangkan nyawabeliau,  ketika peristiiwa itu berlaku  kami baru menyelesaikan peperiksaan pertengahan tahun, dan sudah tentu ianyya hari penuh gembira selepas bersengkang mata untuk mengahadpi peperiksaan.

Aku mendapat pangilan seawal jam 8 pagi yang mengatakan bahawa Hafis sudah meninggal dunia akibat kemalangan, aku bergegas siapkan diri dan terus menuju kerumah beliau yang hanya 5 kilometer dari kediaman aku.

Terus terang aku cakap, sepanjang perjalanan itu, aku msih tidak percaya bahawa hafis sudah tiada… ini kerana sehari sebelum itu kami gelak ketawa bersama di kelas sejurus peperiksaaan tamat,  tempat duduk aku pula bersebelahan sahaja.

Sejurus tiba di rumah beliau, aku sudah pasrah apabila mula melihat orang ramai berada di rumah beliau, tanpa berlengah aku segera masuk dan skujur badan yang tidak bernyawa kaku dihadapan aku.

Dengan hati yang sebak, aku membuka kain yang menutup muka arwah dan saat itu lah perasaan sanagt hiba, wajah beliau sedikit pucat dan mengeluarkan sedikit air dihidung….. ya allah aku merasakan cukup tidak percaya bahawa jenazah yang berada dihadapan aku ketika itu ialah mohd Hafiz. jenazah  yang semalamnya masih lagi bergelak ketawa.

, sejurus itu aku bertanyakan kepada sahabat yang lain apa yang berlaku,rupanya-rupanya arwah tidak memeriksa dalaman selepas terlibat dalam kemalangan kecil, dan menasihatkan kepada Naim(pembonceng) supaya membuat rawatan kerana mendapat kecederaan kecil.

Bagaiamnapun, keesokan harinya, selepas sahaja makan tengah hari, arwah muntah dan mula tidak sedarkan diri. menjelang 12 malam… allah menjemputnya kembali.

Categories: Uncategorized | 2 Comments

Post navigation

2 thoughts on “Alfatihah untuk Allahyarham Mohd Hafiz.

  1. teruterubozu

    sedihnye klip video nih… thanks sbb share

  2. che din

    teringat. kebetulan ambo ada kelik labok time tuh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: