Aku terima nikahnya…..

 

3166316541_64f1de5b11

Kompangg!!!!!!!.. pak pum pang…. Bagi tau sape yang rasa tak best bila dengar orang main kompang  ketika majlis kawin ni.. walaupun dah berjuta kali  kita dengar rasa still lagi mau dengar yerk… itu lah hebatnya alat tradisi turun termurun ni.

 Itu yang main kompang, yang pengantinnye lagi best., boleh gak rasa jadi raja dua hari, satu hari dirumah perempuan satu hari di rumah lelaki… tak gitu..

 Yang paling syok, pengantin yang tak pernah mek-up seumur hidup terpaksa la bagi mak andan mencomotkan lagi rupaya yang dah sekian cantiknya  tuu.. tak kurangnye dah jadi tepung gomak.hehe. pengantin laki pula  yang seumur hidup tak pernah kena bedak kat muka tu terpaksa la menyapunya….

Manakala yang berbadan comel sikit terpaksa la mengdaetkan diri, maklumla takut-takut tak muat baju pengantin yang disewa semasa naik pelamin……

 Huhu, hebat2…tp itu cerita di pelamin,,, tapi sebelum dapat semua tu, pengantin kena melalui saat paling genting dalam hidup…iaitu .”upacara akad nikah”.

Balik kampung baru- baru ni. Macam biasa la..cuti sekolah la katakan  kenduri  bagi nak rak.. sana sini. Sampaikan mak aku sendiri  tak tau  mana satu nak pergi dah… sampaikan sampul wangi tu  dah boleh wat koleksi…

Di kesempatan itu aku sempat gak tengok beberapa orang kawan aku   menghabiskan zaman dara dan terunanya ni,   tengok apa beb. Jangan salah faham pulak.. aku maksudkan ialah  majlis akad nikah.

Apa yang jelas bukan senang rupanya nak akad ni…. Cakap le  jawatannya,  professor ke,, engineer ke, tukang  bawak kapal terbang ke, tukang gali telaga ke , tapi bila depan tok imam, gerenti punya berpeluh ketiak tu…

Padahal jika ikut teorinya penggantin hanya perlu melafazkan beberapa patah perkataan sahaaja,, ader orang boleh menghafal  berbiji buku semalaman tetapi belum beri jaminan bahawa beliau boleh melafazkan dengan baik semasa berakad nikah.. itu lah kuasa tuhan.

Kawan aku sendiri terpakasa beralih tenpat kerana tidak boleh melafazkan dengan sempurna,, nak wat camne.kalau nak masuk 10 kali akad tak lepas2…. Yang keluar dari mulutnya pun macam-macam versi akad dah…..

Yang paling tak tahann. semasa  akad tu tak dengar pun suara dia lafaz..perlahan sangat,, tapi yang paling  kuatnye dan nyaring  perkataan… “tunai!!” jeee…terkejut dibuatnye,. hehe

Ada juga versi akadnya berbunyi.. “ aku terima nikahnya….pulan binti pulan…ehh silap-silap” time lafaz pun ada perkatan silap2… adoila…

Dan gabra pengantin makin bertambah2 jika dapat tok imam yang nakal2 ni.. tanye soklan bertubo-tubi  sekaligus  menyebabkan pengantin yang asalnya bekulit gelap pada peringkat awal tetapi  boleh menjadi putik melepak. So kesimpulannya bukan senang  nak kawin nii..

Aku ceritakan perkara ini bukan untuk mengaib  atau memalukan sesiapa, tetapi sekadar untuk memperingati khususnya golongan-golongan yang bujang ni termasuk aku sendiri dan  juga tidak lupa yang berhajat untuk menambah kouta.. hehe..

 Semoga Allah memudahkan perjalanan hidup kita termasuk mereka-mereka yang nak nikah ni,,, amin…

 Moral: Jangan ada sape cakap besar…

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: