Wahai jiwa yang damai….

Setiap manusia mencari ketenangan...

Setiap manusia mencari ketenangan...

“Dan ketahuilah bahawa kemenangan itu terhasil sesudah kesabaran dan kelapangan itu muncul sesudah kesabaran. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan” ‘hadis riwayat Ibnu Abbas’.

Semua orang memang sentiasa ingin mengecapi nikmat kebahagiaan dan kejayaan dalam hidup. Namun dalam mengharungi lautan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan kesulitan, kita tidak dapat lari dari menanggung kedukaan, kekecewaan dan kebimbangan dalam jiwa akibat pelbagai musibah dan masalah.

Jiwa kita merasa duka apabila mengalami kesempitan hidup kerana masalah kerja mahupun masalah wang. Jiwa kita resah memikirkan perniagaan kita tidak semaju yang diharapkan. Jiwa kita tenang apabila orang yang kita sayangi tidak memberi kasih yang diharapkan. Jiwa kita menanggung kecewa kerana  gagal dalam perkahwinan.

 Ringkasan, jiwa kita tidak damai akibat berbagai-bagai masalah yang mencengkam hidup kita

 Ketahui kawan-kawanku sekalian, bahawa terdapat  daripada kita dianugerahkan dengan paras rupa yang menawan… harta bertimbun… gajinya tidak ternilai….. pangkat yang tidak ada tolok bandingnya.. tetapi jiwanya tidak pernah setenang air di lautan..

Ketahuilah juga bahawa ada di kalangan kita ditakdirkan hidup dalam keadaan kesusahan… gajinya tidak  besar… kerjanya berat.. tetapi dikurniakan nikmat hidup tidak ternilai.. apakah sebabnya..? adakah kita menyalahkan takdir dengan nasib yang menimpa kita..  

Dugaan-dugaan yang memedihkan boleh menimpa sesiapa sahaja jika dikehendaki Allah. Ada orang yang diduga dengan penyakit yang hampir tiada ubatnya seperti barah dan lumpuh.

 Ada pula yang dicubanya dengan kesempitan hidup sepanjang hayatnya, ada yang ditakdirkannya dengan masalah di pejabat yang tidak putus-putus.

Namun, tiada mustahil untuk berlaku jika Allah menghendaki sesuatu itu berlaku. Tiada siapa sangka seorang penghidap barah boleh sembuh dan menjalani hidup yang sihat. Tiada siapa yang sangka pasangan yang disahkan mandul akhirnya berjaya memperoleh zuriat.

Aku sendiri mempunyai teman yang mempunyai penyakit jantung berlubang dan Dr sendiri telah mengesahkan bahawa beliau hanya boleh bernafas sehingga enam bulan sahaja, Tuhan sahaja mengetahui perasaannya ketika itu.

Tetapi sehingga hari ini, sudah 7 tahun daripada kenyataan Dr itu, beliau kini  masih mampu menghirup udara ciptaan tuhan ini.(siapa boleh melawan ketentuan tuhan).

Allah itu maha kaya dan maha adil. Jiwa dan fikiran kita tidak seharusnya kusut dan duka memandangkan masa depan keadaan hidup kita kerana terdapat ketentuan pergiliran keadaan hidup manusia yang diatur dengan baik oleh Allah.

Ini bermakna setiap dari kita ini tidak terlepas dari melalui satu proses putaran kehidupan. Orang yang miskin tidak mustahil kan bertukar menjadi kaya. Orang yang lemah akan bertukar menjadi kuat. Orang yang duka akan bertukar menjadi bahagia.

Kita tidak sedar bahawa di sebalik setiap kedukaan hidup kita, tersembunyi kebahagiaan yang kita selama ini impikan  di akhir kedukaan itu, kita juga tidak sedar bahawa di sebalik kesusahan yang kita alami itu akan timbul kesenangan dalam hidup kita di penghujungnya. Tiada siapa yang menduga jika kita mengalami kesempitan wang, tetiba reseki itu hadir dengan tanpa sangka.

Itulah janji dan jaminan Allah kepada orang yang tidak lupa untuk orang yang sentiasa berhubung mesra dengannya, orang-orang seperti i ni tidak cepat resah dan gelisah, malah masih boleh tersenyum dan yakin dengan kebaikan Allah walaupun keadaan hidup mereka mungkin susah dan sempit.

Semoga kita mendapat kedamain jiwa yang abadi……………

“ Sesungguhnya segala urusannya apabila Alah mengehendaki sesuatu, dia hanya berkata; Jadilah!, maka jadilah ia” surah yasin.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: