Kurang ajar yang perlu diajar.

 

Hari ini kita bila bercakap fasal  politik, kita tidak terlepas dari membicarakan soal bekas Exco kerajaan negeri Perak saudara  Nga Kor Ming yang bertindak membaca ayat suci Al- Quran dalam siri ceramahnya baru-baru ini.

 

 Maka ramai laaa orang yang cerdik pandai   memberi pandangan masing-masing tidak kira  sama dia berkelayakan ataupun tidak,, orang yang tidak pernah bercakap fasal agama pun turut tumpang tuah.. tidak kira sama ada untuk mendapat kepentingan politik ataupun untuk memperbesarkan periuk nasi yang sedia ada.

 

Aku bukan orang layak bercakap sama ada wajar atau tidak ADUN Pantai Remis itu bertindak sedemikian rupa.. perkara ini  hanyalah perlu diselesaikan oleh alim ulamak yang tahu apakah hukum orang bukan Islam bertindak membaca Al- Quran .

 

 Cuma yang aku kesalkan ialah bahan ini dijadikan medan berpolitik untuk sesetengah individu walaupun dia sendiri tidak jelas apa yang diutarakan.

Aku bukan penyokong Kor Ming atau Nik Aziz, jauh sekali Lim kit Siang ,, dan aku secara peribadi juga  kesal dengan perbuatan  pemimpin DAP ini yang sesuka hati menggunakan ayat suci orang Islam ini.

 

Cuma daripada ramai- ramai yang  pandai memberi komen ini ada tak daripada kita yang berfikir bahawa orang kafir ni sebarnya  sudah lama mengkaji pengisian yang ada dalam Islam itu sendiri..

 

Kita tidak tahu apakah niat mereka semata-mata  untuk mendapatkan  kepentingan agama  atau  politik mereka ataupun memang gaya hidup mereka untuk mengkaji agama lain……tetapi adalah jelas mereka suka mengambil sikap mengambil tahu.

 

 Tetapi apa jadi dengan pemimpin politik kita khususnya orang Islam….adakah mereka membuat penyelidikan apa yang ada dalam agama lain,,, apa  ada dalam Hindu, Kristian ata Budha dan agama-agama lain….. tetapi mereka hanya pandai melatah apabila isu agama dikeluarkan.

 

Kalau betul apa yang Kor Ming itu lakukan salah, kenapa kita tidak menegur beliau secara bijak,dan bukannya dengan memberi kenyataan dengan mencabar Nik Aziz agar membenarkan orang Kafir memberi kutbah Jumaat.. itu jahil namanya,……

 

 Sekurang-kurangnya  kita seharusnya memberi kredit bahawa ada juga  penganut agama lain yang percaya kepada Al- Quran walaupun dia sendiri  tidak isu kandungan sebenar..

 

 Kita juga patut mengambil iktibar bahawa Kor Ming menggunakan ayat Al Quran semasa berceramah….. tetapi adakah pemimpin politik kita membaca atau membuat hafazan untuk berceramah….tidak.. tidak dan tidak.. hanyalah retorik semata-mata..

 

 Dan jika betullah apa yang dikeluarkan oleh Kor Ming itu salah dan menghina orang Islam, di mana orang politik yang patut  menghentam tindakan kumpulan Black Metal  yang terdiri dari orang Islam sendiri semasa mereka memjijak-mijak Al-Quran.. di mana suara itu ? Di mana?

 

Dan jika betul kita mengkumi Islam..berapa ramai daripada orang kita yang mengeluarkan air mata tahkala manusia seagama kita ditindas oleh bangsa Israel yang laknat….air mata kita lebih senang untuk keluar menonton Akademi Fantasia,,

 

Apa yang cuba aku sampaikan adalah, kita jangan cepat melatah dengan situasi yang melanda agama kita….jangan sampaikan ada orang kata kita pandai bercakap sahaja tetapi tidak pernah melaksanakan apa yang disebut…..

 

Cermin hati nilai diri………….

Categories: Uncategorized | 1 Comment

Post navigation

One thought on “Kurang ajar yang perlu diajar.

  1. teruterubozu

    org politik ni same saje… susah nk cari pemimpin yang benar2 ikhlas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: