Mama, tolong Ain… Ain panas mama….!!

 

 

4 Petang-“Mama tolong Ain mama… badan  Ain rasa panas sangat….Ain dah tak tahan sakit….”sambil teresak-esak  seorang  anak  yang baru berusia 11 tahun merayu  kepada ibunya yang berada disisi sepanjang anak kecil ini  berada di wad kanser hospital Kubang Kerian, Kelantan.

 

“Ain dan tak tahan hidup mama… kerongkng Ain rasa macam terbakar…. kalau mama kesian kat Ain…tolong belikan Ain Aiskrim ,”rayu anak keempat dari lima adik beradik ini..

 

Ibunya yang sudah  kekeringan air mata tidak mampu berkata apa lagi dan bergegas turun ke wad untuk membeli aiskrim untuk anak kesayangannya itu.

 

Sejurus itu.. Ain yang kepalanya sudah tidak lagi mempunyai rambut akibat rawatan kanser tersenyum manis menikmati “buah tangan” yang dibelinya oleh ibunya walaupun ia menyedari  bahawa  ia tidak mampu mengubati kesengsaran yang sudah 2 tahun dialaminya itu.

Mungkin beliau  merasakan Aiskrim yang dinikmatinya itu  adalah hadiah yang terakhir daripada ibunya sebelum beliau  menutup mata dan menghembuskan nafasnya yang terakhir di dunia ini.

 

 2 pagi- ketika pesakit2 lain sedang lenaaa….sekali lagi kedengaran suara Ain meracau.. kini kesengasaraan yang dihadapi oleh insan kecil ini berada di tahap memuncak……dia kini ditahap nazakk!!.. perkataaan yang hanya mampu dikeluarakan dimulutnya ketika itu hanyala…”mama.. sakit mama”…

 

Dari jam dua  hingga lima pagi seluruh wad 6 HUSM ketika itu hanya mampu mendengar ratapan dan rintihan yang diluahkan oleh Ain,, ketika itu doktor dan beberapa jururawat cuba beriktiar menyelamatkan Ain walaupun hakikatnya mereka sendiri sudah tidak ada jawapan kepada seksaan tersebut.

 

Ibunya  disaat itu  tidak mampu berkata apa lagii… air matanya ketika jatuh berderai tanpa paksaan…mungkin  nalurinya  berkata, kalau di izinkan tuhan beliau mahukan azab  yang  dihadapi anaknya ketika itu ditukar kepadanya sendiri.

 

Si Ibu tidak mampu lagi melihat  anak yang dikandungnya selama sembilan bulan ini   terpaksa menghadapi  kesengsaaran  sebegitu rupa…..

 

5.30- Pagi- Seluruh warga wad ketika itu  berguguran air mata apabila suara rintihan Ain selama dua jam  tidak lagi kedengaran,….. Inalilahiwanilahirajiun….Ain sudah pergi kembali menemui penciptanya…..sujurus itu juga troli yang membawa jenazah Ain dibawa untuk pengurusan pihak keluarganya.

Ia adalah satu daripada kisah yang aku dapat ceritakan sepajang berada di wad pesakit kanser lukemia HUSM Kubang Kerian dan juga Hopital Ampang, Kuala Lumpur.

 

Dua tahun bersama-sama dengan pesakit-pesakit ini memberikan aku satu pengajaran yang cukup yang berguna bahawa kematian itu adalah sejengkal daripada kita.

Merungkap kepada kisah tersebut, hati mana yang tidak sayu mendengarkan rintihan anak kecil ini, sekeras mana hati manusia sekalipun tetapi apabila mendengar dialog antara dua insan ini, aku memberi  jaminan tidak seorang pun yang tidak terkecuali  mengeluarkan air mata…

 

Air mata di wad ini sudah menjadi satu kebiasaan,….bagi mereka yang pertama kali melawat wad ini akan merasakan kegerunan yang teramat sangat…

Di sinilah tempat dimana seorang manusia yang datang dengan keadaan tubuh yang masih “gah”  tetapi akan menamatkan hidupnya dihadapan pelbagai mesin-mesin bernyawa.

 

Aku tidak boleh membayangkan sekiranya kita diletakkan ditempat pesakit ini..seolah-olah kita sudah mengetahu tarikh ajal kitaa….kesengsaaraan yang dialami oleh pesakit ini sukar digambarkan…. kimoterapi itu adalah sebenarnya adalah racunn yang disuntik kepada badan pesakit… ia akan membunuh semua sel-sel baik mahupun sel burukkk….sakitnya hanya mereka sahaja yang mengetahuinya……

 

Apa yang pasti lukemia tidak pernah mengenali sesiapa.. sepanjang berada di wad ini, aku sudah dapat menyaksikan pelbagai manusia yang terpaksa  menempuhi penyakit ini…..ia tidak mengira warna kulit, jantina, pangkat, umur atau darjat seseorang.

 

Aku pernah mengenali seorang doktor pakar yang  mengidap penyakit ini….dan kini beliau sudah  pun kembali ke ramatullah.

 

Semasa hanyatnya,, beliau sendiri tidak pernah menyangka sama sekali bahawa dia akan mengidap penyakit tersebut… katanya  sebagai seorang doktor sememangnya beliau mengamalkan cara hidup yang sihat….tetapi tuhan mentakdirkannya….dan penghujung hayatnya juga beliau berkata,,, dia sudah redha untuk pergi…..

 

Semasa berada di hospital Ampang, Kuala Lumpur.wad yang sama,  satu kisah yang membawa pengajaran yang berguna kepada aku…ialah bagaimana seakrab seorang kawan mampu mendampingi temannya yang mengidap penyakit itu hingga ke akhir hayat..

Dalam keadaan ini, temannya itu tidak lagi diterima oleh keluarganya sendiri.apabila  mengetahui bahawa beliau mengidap penyakit tersebut.

 

Dan sahabat  ini lah yang menjaga makan minum, memandikan dan membesihkan nasjis kawannya sehingga  yang terakhir menutup kain putih kepada badan  temannya  itu….Tetiba aku terfikir.,.. adakah aku mampu ke setahap itu…..

 

Dan apa yang pasti wad ini  merupakan tempat pengajaran yang paling berguna untuk manusia, kita boleh menyaksikan pelbagai cara seseoarang itu menghembuskan nafas terakhirnyaaa…ada yang mudahhh dan ada yang sukarr, itu semua adalah ketentuaan daripada tuhan… kita tidak mengetahui apakah nasib kita dimasa hadapan.

 

Apa yang aku ceritakan  ini adalah secebis daripada gambaran yang sebenar yang berlaku dalam wad ini dan juga sepanjang dua tahun aku berada disini…..sebagai seorang insan kita sentiasa perlu  bersedia berhadapan dengan pelbagai ujian yang melanda di hadapan hari ..

 

Kita tidak mengetahui adakah esok kita sehat dan sempurna seperti hari ini… atau adakah kita mampu lagi  untuk bernyawa untuk hari esok…….apa yang kita mampu lakukan ialah bersedia untuk menempuh cabaran hari esok……

 

Categories: Uncategorized | 5 Comments

Post navigation

5 thoughts on “Mama, tolong Ain… Ain panas mama….!!

  1. aku rasakan mu patut manambah cerita kasih rakan yang membantu ketika menghidap lukimia, tatkala itu dia dibuang keluarga juga,..
    Satu kisah yang menarik untuk pembacaan beramai,..

  2. teruterubozu

    is it ur story???

  3. zailani2u

    Yupp…. story saya la tu

  4. SALLEHA NORMAN

    Kesemua penyakit dari ALLAh dan aku pasrah, namun begitu cabaran mendatang kadang kala menyebabkan kita marah dan bingung, apakah dosa aku begitu besar sehingga aku begini? Aku, pesakit kanser rahim tahap 4. Penyakit ini dikesan semasa aku hamil anak ke 2 aku dan suamiku NAZARUDIN JALAL, seorang pemandu Limo LCCT dan aku suri rumah sepenuh masa, Namun setelah 6 bulan berperang dengan kesakitan dan masaalah, suamiku lari tah kemana. mungkin tak mahu lagi menanhan kemahuan seksual yang aku tak mampu berikan dan mencari jalan mudah ataupun loya dengan bau kanser yang dah mula keluar dari rahim ini..aku pasrah walupun setiap hari aku menanggung sakit seorang, Morfin dah tak mampu membantu..aku masih sakit walupun makan lebih satu dos. Hanya tuhan yang tahu. Aku sentiasa berdoa supaya ALLAH memberikan pembalasan kepada mereka yang berlaku kejam dan memberikan pahala kepada mereka yang membantu aku. Hanya ALLAH yang maha mengetahui kesakitan ini, seluruh darah dan urat saraf ini terasa sakitnya, kini aku sudah tak mampu mencuci letusan bisul kanser di perutku, tanganku amat lemah.Namun mujurlah masih ada mak dan kakak tempat aku menumpang mereka sungguh banyak membantu. Aku tak dapat melupakan jasa kalian.

    SALEHHA NORMAN

    • zailani2u

      semoga salleha sabar dengan dugaan yang allah berikan ini, setiap sakit itu adalah pahala

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: