Awek yang aku sayangi…

Dua tiga hari ini aku takda idea nak tulis apa, nak tulis politik.. aku sendiri pun dan pening tengok politik Malaysia ni…. semalam lain.. hari ini lain..…nak tulis pasal ganuuu… orang dah boring dahh…. oleh itu bersempena hari kekasih baru-baru ini yang tak sepatutnya disambut itu , so aku nak jugak nak mencelah juga laa walaupun rasanya tak berapa nak layak sangattt….maklumlah orang baru lepas akil baligh nii..

Dan yang pasti bahasa aku nak tulis ni tak la seromantik Romeo dan Juliet, atau seteguh cinta Laila dengan Majnunnya atau hebatnya cerita Maharaja Shah Jehan yang sanggup membina Tajmahal demi Mumtaznya itu.. so jangan nak kutuk-kutuk pula kerana aku jenis bukan mat romeo yang melentok baik punyaa…..

Wahai rakyat-rakyat sekalian!!..ketahui lah bahawa aku sudah mempunyai awek yang aku sangat sayangii itu , siapakah dia itu, wauuu!!.. nanti aku perkenalkan dia dan siap bagi gambar lagi. Tapi terlebih dahulu aku nak cerita kenapa aku sayang kat dia ni….

Seteguhnya cinta aku kat dia aku telah korbankan banyak benda kerana dia…Mana taknya, aku terpaksa menghabiskan duit gaji aku kerana dia…. Hampir sebahagian dan kadang-kadang 4/5 daripada gaji aku curahkan kepada dia..

Dan kerana dia juga kadang-kadang terpaksa aku korbankan untuk benda-benda lain… tolak, campur, bahagi dan darab.. kadang-kadang aku terpaksa spend untuk minah ni sehingga mencecah RM1000.. ye-la kos untuk Mek-Up dan berapa dahhh termasuk makan minum sekali.. walaupun dia ni tak la nak berapa lawa sangatt tapi oklaaaa ada macam ala-ala pelakon Peracis tu …Juhi Chaula ke ape namanya tu. wakakaka….(sekali dimandikan baru berseri sikit).

Yang paling aku suka kat dia.. dia ni jarang bad mood laaa.. kalau bawak keluar malam pun tak kisahhh….asalkan cukup makan minum diaa.. so diaaaa boleh terima nak bawak gi manapun,,, termasuk bawak balik kampong sekali.

Tapi apa yang pasti setakat ini aku bagi jaminan kat dia aku takkan mendua.. mentiga atau mengempatkan dia kerana aku tak mampu lagi nak berbelanja besar…. gaji yang ada ni pun cukup- cukup makan daa untuk membela dia ni je..

Walaupun satu hari nanti badan dia dah tak bergetah macam susu getah sekalipun atau buat perangai yang bukan-bukan… its ok.. aku akan setia kat diaaaaaa….. aku tak lepaskan dia sekalipun walaupun ada minah lain yang lebih cantik ataupun gebu daripada diaaa…. Kerana dia sahaja yang ada bertakhta dihatikuuuu. Wawawa.. jiwang gileee..nak tau siapa dia?..

ni haa diaaaa….

comel dak?

comel dak?

Categories: Uncategorized | 4 Comments

Post navigation

4 thoughts on “Awek yang aku sayangi…

  1. orakarek

    realease your tension http://www.geocities.com\lookingfor60

  2. ini pun ok ada gak peneman hidup..tapi tak akan di sana tiada yg menyengat kot..heeeee,gurau ajer

    -penyu sana bunyi megaum ka,bunyi mengesot??:)

  3. Ayat makin power la,..

  4. teruterubozu

    hahha… statement ape si samsulsaid tuh?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: