Rakyat yang sengsara

 

PATTAYA, Thailand: Dalam reaksi segera, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan meminta Kabinet menimbang semula kenaikan tol di lima lebuh raya – yang akan dinaikkan di antara 0.68 sen hingga 50 sen berkuat kuasa 1 Mac ini – kerana kenaikan itu tidak sesuai dalam keadaan sekarang.

Perdana Menteri berkata, kajian semula itu akan dibincangkan pada mesyuarat mingguan Kabinet esok yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kajian semula adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan.”Selepas itu kita akan buat keputusan yang wajar,”

katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan Asean di sini semalam.

Dalam isu ini aku lihat yang untungnya adalah TPM Najib, bak kata orang, Najib telah mengambil pendekatan “lempar batu sembunyi tangan”.

Yang kena getahnya Pak Lah kerana beliau masih lagi berjawatan sebagai Perdana Menteri.

Kenapa keputusan ini tidak diambil selepas Najib mengambil alih kuasa daripada Pak Lah yang tidak sampai sebulan lagi..?

Jawapannya cukup senang, Najib tak mahu reputasinya atau pembukaan pemerintahannya dipalit dengan perkara yang negatif.

Najib baru sahaja mendapat “point” pertama setelah mendapat kembali Perak setelah mengalami beberapa siri ‘kekalahan’ dalam  ujian mendapat kerusi PM.

Beliau tidak mahu  isu kenaikan tol akan menjerat beliau khususnya dalam menghadapi tiga atau empat pilihan raya kecil dalam masa terdekat.

Beliau tidak boleh berlengah lagi sedangkan perjanjian dengan konsesi untuk menaikkan tol dilakukan.

Sebagai rakyat apa daya yang kita boleh  lakukan, naiklah beratus ribu pun, kita terpaksa juga membayarnya………….

-rakyat hanya ada undi-

 

 

 

 

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: