Obses rakyat Terengganu.

Penyu oh penyupenyu oh penyu

Sejak dua-mejak ni penulisan aku lebih menjurus kepada apa yang aku lakukan di Kuala Terengganu atau sinonimnya dengan gelaran negeri penyu ini…

 

Kali ini aku nak menceritakan perihal rakyat Terengganu.. Terlebih dahulu aku memohon ampun dan maaf kepada warga Terengganu.. bukan niat untuk mengumpat, tetapi sekadar menceritakan perkara yang agak menarik bagi aku..

Aku seronok berkongsi perkara ini kerana lain tempat lain budayanya..walaupun baru sahaja tiga minggu  bermastautin di negeri ada beberapa perkara yang menarik perhatian aku untuk aku dikongsi bersama.

Yang pertamanya aku cukup tertarik dengan rakyat Terengganu yang agak fanatik dengan keropok atau lebih khususnya keropok lekor…

 Aku mengibaratkan ia sebagai isi dan kuku yang mana kalau terpisah maka hodoh la akan isi itu..mmmm.

 Mereka akan bersarapan dengan keropok, minum petang dengan keropok dan menutup hari malam dengan keropok.. tak terkecuali dengan aku sendiri yang sudah terikut ikut dengan budaya di sini.

 Dan tidak hairan sekiranya kita dapat melihat keropok dijadikan sebagai lauk dalam hidangan malam orang sini..

 Maka dekat sini bercambah laa kedai keropok lekor yang dihiasi dengan penjual-penjual yang comel lotel.. cakap je nak keropok yang jenis apa..yang panjang, yang kecil, yang besar.. yang kiut, yang comel, yang montel semua ada.. (wat tubik pitis jas)

Oleh itu, aku telah  membuat eksperimen terhadap beberapa buah kedai makan, hasilnya cukup lumayan.. sesetengah kedai kalau tanya nasi goreng, Mee Tomyam, Gulai Kambing belum tentu ada, tetapi kalau tanya kopok… (ada bang… abang mau berapa ringgit?).

 Hebatnya penangan keropok di Terengganu sama dengan obsesnya rakyat Kelantan dengan budu dan cencaluk di Melaka…… Oh Malaysia ku...

 

Categories: Uncategorized | 3 Comments

Post navigation

3 thoughts on “Obses rakyat Terengganu.

  1. asyik cerita trgn ja, dh berkenan org sana ka cam na,..

  2. zailani

    ye leeee.. citer bab Terengganu je lee yang layak.. tak sampai tahap citer kat Paris, New York, Bali ataupun Pukhet )-….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: