Simbolik angka 10 di sebalik kemelut politik Perak

 

KERETA rasmi digunakan oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin semalam ketika menuju ke Istana Kinta di Ipoh.

KERETA rasmi digunakan oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin semalam ketika menuju ke Istana Kinta di Ipoh.

 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak kawasan Bota, Datuk Nasaruddin Hashim kembali semula ke pangkuan Umno semalam setelah 10 hari menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dalam tempoh 10 hari berkenaan senario politik di Perak berubah dengan Barisan Nasional (BN) kini mempunyai peluang untuk membentuk kerajaan negeri yang baru.

Angka 10 itu cuma sebahagian daripada beberapa detik yang dikaitkan dengan perkembangan senario di Perak pada hari ini.

Kereta rasmi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin juga membawa plat pendaftaran AGS 10, yang digunakan sekarang termasuk ketika pergi ke Istana Kinta untuk mengadap Sultan Perak semalam.

Mohamad Nizar merupakan Menteri Besar yang ke-10 bagi Perak.

 Beliau menjadi pemimpin kerajaan negeri menggantikan Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali selepas Pakatan Rakyat memperoleh 31 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Pilihan raya umum Mac lalu merupakan pilihan raya umum ke-10 selepas terbentuknya Barisan Nasional (BN) dan berubahnya senario politik negara ekoran peristiwa 13 Mei.

BN dibentuk bagi menggantikan Perikatan dengan lebih banyak komponen termasuk Parti Progresif Penduduk (PPP) yang merupakan antara parti terkuat di Perak ketika itu.

Umumnya, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat kini hanya berusia 10 bulan dan 27 hari- sumber mstar

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: