UMNO yang semakin hilang taringnya.

samsulsaid_terengganu025

samsulsaid_terengganu026

17- hb-2008, tercatat satu lagi sejarah  Barisan Nasional(BN) atau
lebih jelasnya UMNO tumbang di bumi yang di takluknya sendiri- meneruskan
  siri kekalahannya selepas Permatang Pauh dan tsunami politik Mac lalu.

Sepanjang 12 hari berada di negeri ‘penyu” ini, saya sememangnya
  menjangkakan bahawa BN akan lingkup berdasarkan petanda-petanda awal.

6-hb- hari penamaan calon- petanda awal bahawa Wan Ahmad Farid akan
tumbang sudah kelihatan. Kehadiran puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat
memenuhi perkarangan stadium Darul Iman sudah menjadi petunjuk jelas

Diketahui walaupun sebahagian besar penyokong Pakatan yang hadir bukan
penduduk tempatan atau lebih jelas bukan lah pengundi, namun semangat
yang dibawa sudah menampakkan Pas akan memenangi kerusi ini.

Tidak hairanlah, semasa baru sahaja setengah hari pengundian
berlangsung, saya sudah membuat panggilan ke pejabat agar membuat “story awal”
yang mengatakan kemenangan akan berpihak kepada Wahid Endut.

Dan berdasarkan pemerhatian yang dilakukan pada 1 petang (hari
mengundi)saya menjangkakan Pas akan menang dengan majoriti lebih 4000 undi.

BN harus mencontohi penyokong Pas 

Saya tidak mahu mengulas lanjut faktor kekalahan yang dialami oleh BN.
Sudah banyak mereka yang pakar, serta yang cerdik pandai mengulas
faktor  menyebabkan  Wan Ahmad Farid tewas.

Cuma satu perkara yang menarik perharian saya semasa berada di KT ialah
semangat yang ditunjukkan oleh penyokong dan sukarelawan Pas yang
bermati-matian melakukan kerja untuk memenangkan parti mereka.

Terlebih dahulu saya bukan peminat setia Pas atau mana-mana parti dalam
negara ini. Cuma saya lebih mengagumi cara ahli-ahli Pas ini
ditarbiahkan.

Mereka tidak berkira dalam melakukan kerja-kerja parti, siang atau
malam, hujan atau kering, malah mereka tidak kisah jika tidak dibayar satu
sen pun.- Matlamat mereka hanya untuk Islam…

Di Kuala Terengganu semangat ini ditonjolkan. Hari penamaan calon sudah
kelihatan.  Mereka berarak dengan satu matlamat jelas,  datang  dari
segenap ceruk kampung dan berbondong-bondong menktakbir  dan bertahmid memenuhi perkarangan stadium Darul Iman.

Apa yang paling yang mengagumi saya ialah segelintir dari penyokong Pas
yang sanggup bermalam dalam kenderaan masing-masing dek kerana kesemua
hotel sudah penuh ditempah. Kereta dijadikan rumah sepanjang dua
minggu….Hebat-hebat..sanggup ke ahli UMNO jadi macam ni?

Sindrom elit kuasai UMNO

Elit, sebut sahaja perkataan ini, ia sudah menggambarkan  satu perkara
yang menggerunkan lebih-lebih lagi kepada masyarakat luar bandar.

Saya tidak pernah mengatakan ia sebagai yang tidak perlu,,,ya kalau
tiada elit maka tidak ada dunia koporat yang penuh dengan kemasyurannya..

Tetapi dalam konteks politik, pendekatan ini sememangnya sudah menjadi
barah dalam UMNO.

Mana ada pemimpinnya yang hidup sederhana..bunyi sahaja pemimpin UMNO kita sudah terbayang harta dan kemewahan yang dimiliki.

Ke elitan mereka semakin bertambah-tambah jika mendapat jawatan besar
dalam parti. Mereka akan mengurangkan sifat ini apabila tibanya pilihan
raya kecil. Maka berbondong-bondonglah bapak-babak menteri dan
seangkatan mereka datang kerumah yang sela

Parti  ini yang asalnya dilahirkan untuk memperjuangkan orang Melayu
sudah tersasar jauh. Benarlah kata Tun Dr Mahatdir yang menyifatkan UMNO sudah lari daripada perjuangan asal

UMNO sekarang lebih mengejar wang. Budaya wang berlaku di setiap
lapisan ahlinya.. dari peringkat Presiden hinggalah mereka yang menampal
poster semasa pilihan raya.

Ini lah yang menjadi punca utama UMNO dalam keadaan yang cukup nazak.

Tetapi Tun jangan lupa dalam masa yang sama beliau menghentam pemimpin yang dididiknya sendiri sekarang, beliau lah yang mengasaskan zaman tersebut. Yang kena hukumannya Pak Lah- Takziah Pak Lah.

Dan perkara juga  yang menyebabkan Wan Ahmad Farid tewas di Kuala
Terengganu. Masyarakat merasakan UMNO terlalu elit terlalu didekati.

Pemimpinnya pula angkuh dengan kuasa yang ada sehingga lupa dari mana
asal mereka.  Akhirnya hukuman seterusnya diberi oleh rakyat-KT milik Pas.

Soalnya siapa yang elit.. Wan Farid atau UMNO?

Sindrom Penafian terus bermaharajalela.

Ketika saya berada di alam persekolahan, emak saya selalu berpesan
jangan lari nanti jatuh- tetapi saya degil.. dan akhirnya  lutut pecah…..

Tetapi selepas itu saya menjadi trauma dan tidak bertekad itu adalah
hari nakal yang terakhir. Alhamdulillahlah, dengan trauma hidup saya aman
dan selepas tidak lagi bersifat demikian.

Merujuk   kepada UMNO, saya menyatakan parti ini tidak pernah belajar
dari kekalahan.
Mac 2008 telah membuktikan bahawa parti ini berada dalam keadaan yang
cukup- cukup nazak seperti lembu yang telah dipotong lehernya.

Tetapi siapa yang belajar dari kekalahan itu , UMNO terus
bersenang-lenang. Menganggap ia adalah protes sementara dari rakyat. Mereka terus membolot kekayaan yang dicurahkan oleh pemimpinnya sendiri.tanpa menyedari ia adalah asid yang akan mencairkan seluruh warga partinya.

Dari satu kekalahan- kepada satu kekalahan- dari Permatang Pauh
sehingga ke Kuala Terengganu mereka tidak pernah belajar.

Ali Rustam dalam satu kenyataan menyifatkan kekalahan BN di Kuala
Terengganu adalah berpunca daripada warga KT yang berada di perantau tidak pulang mengundi.

Jumlahnya pula mencecah 3000 orang.  Calon orang no 2 BN ini mendakwa
jika perantau ini pulang, Wan farid Akan menang..alangkah kolotnya Pak Ali ni berfikir

Cabaran seterusnya nanti pensiangan…………

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: