Mat Sabu lawan UMNO atau Anwar ?

 

 

 

 

Tanpa semena-mena, nama Naib Presiden Pas, Hji Muhammad Sabu yang hampir tenggelam kembali disebut dan diperkatakan ramai pihak apabila kerusi Parlimen Kuala Terengganu  dipertandingkan.

 “Ayam sabung Pas” ini satu ketika dahulu cukup lantang, namun sejak kebelakangan ini, suaranya agak jarang kedengaran, mungkin  kerana tidak dapat memiliki “title” sebagai ahli Parlimen sebagaimana rakan-rakannya yang lain.

 Persoalannya adakah bekas ahli Parlimen Kubang Kerian ini akan dicalonkan kembali merebut kerusi Kuala Terengganu atau sebaliknya calon tempatan yang dikatakan lebih diminati jika sesuatu pilihan raya kecil diadakan.

 Namun kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Nik Aziz yang untuk  menyokong  beliau sebagai calon merupakan satu bonus baginya,

 Apatah lagi  Mat Sabu  merupakan antara pemimpin Pas yang  sealiran dengan pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafi Ali yang agak “panas’ dengan kepimpinan Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat.

 Dua bulan,aku sempat mengadakan wawancara dengan Naib Presiden Pas secara eksklusif. Dan yang pastinya ada perkara yang disentuh oleh beliau tentang Anwar… tetapi tidak  perlu aku sebutkan apakah isunya bak kata bahasa wartawan(off record)……

 Sesungguhnya Mat Sabu sudah memberi kenyataan terbuka terhadap isu  16 September sebagaimana yang diwar-warkan oleh media.

 Dan Persoalan keduanya,  andai kata Mat Sabu terpilih menjadi calon, adakah pemimpin kesayangan Pakatan Rakyat, Anwar  akan memberi sokongan seikhlas mungkin kepada bekas pesaingnya di kerusi Permatang Pauh ini.

 Walaupun secara prinsip Anwar akan menyokong sesiapa sahaja termasuk Mat Sabu bagi  menambahkan satu slot lagi  untuk merealisasikan cita-cita untuk menawan kerusi empuk di Putrajaya.

  Namun hanya tuhan sahaja yang tahu apakah  perasaan dan kata-kata hati antara Penasihat PKR dan Naib Presiden Pas ini.

 Sama- sama kita tunggu………………

 

 

Bersama Mat Sabu dua bulan lepas

Bersama Mat Sabu dua bulan lepas

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: