Slug:Eurocopter satu keperluan untuk Negara?

 (Artikel  2 hb Sinar harian)

Curgar EC725 menjadi pilihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi memodekan angktan sistem pertahanan negara.

Curgar EC725 menjadi pilihan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi memodekan angktan sistem pertahanan negara.

OLEH: MOHD ZAILANI ABD RAHMAN.

Slug:Eurocopter satu keperluan untuk Negara?

 Umum mengetahui seminggu kebelakangan  ini, politik Malaysia digegarkan dengan isu perolehan 12 helikopter Cougar EC725 atau lebih dikenali sebagai Eurocopter.

Pada awalnya isu ini dilihat tidak berbangkit dan telah diterima oleh rakyat khususnya pihak pembangkang sendiri kerana ia  dilihat sebagai keperluan kepada negara setelah melihat kepada kejadian yang menimpa kepada pesawat Nuri.

Mengikut  kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 15 kemalangan telah berlaku sejak pesawat tersebut digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia pada tahun 1968 dan telah mengorbankan  pelbagai pangkat anggota tentera dan orang awam.

Menurut rekod , sejarah terburuk yang melibatkan Nuri berlaku pada 14 Nov 1989 apabila 21 termasuk 15 anggota Pasukan Polis  Hutan terbunuh selepas helikopter itu terhempas antara Gunung Kerah dan Gunung Bilah di Sempadan Kelantan-Perak.

Kejadian yang terakhir, enam anggota TUDM dalam perjalanan Kuala Lumpur ke Kuantan terkorban setelah pesawat yang dinaiki terhempas di Genting dekat Genting Hinglands.

Oleh yang demikian adalah merupakan satu keperluan segera kepada kerajaan untuk menukar pesawat yang telah menjangkau usia yang lama ini.

Namun, aset kepada keperluan negara ini hangat diperkatakan setelah pengumuman yang dilakukan oleh Perdana Menteri pada 26 Sept yang lalu bahawa surat niat telah dikeluarkan kepada  Eurocopter Malaysia Sdn Bhd untuk membeli Courgar EC725 setelah beberapa pilihan dibuat oleh kerajaan.

Namun sebulan selepas pengumuman pengeluaran surat niat tersebut dikeluarkan, Abdullah sekali menyatakan bahawa pembelian tersebut terpaksa ditangguhkan selama tiga tahun atas faktor kewangan dan ekonomi.

Pembelian yang bernilai RM1.6 bilion ini menjadi satu lagi kecaman khususnya dipihak pembangkang yang menganggap pembelian ini sebagai keputusan yang meragukan sehingga ia dibawa ke Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC)

Dalam seisi perbahasan di sidang parlimen baru-baru ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa ahli parlimen yang lain telah menyatakan ketidakpuasan hati terhadap  pembelian helikopter ini.

Malah tidak terkecuali juga persoalan yang dibangkitkan oleh ahli parlimen kerajaan sendiri yang ingin  tahu beberapa keraguan yang timbul terhadap pembelian ini.

Anwar dalam satu kenyataan mempersoalkan tindakan kerajaan membeli  helikopter ini tanpa membuat proses penilaian  dan pemeriksaan sebelum diputuskan dibuat.

“Pembelian dibuat berdasarkan dokumen dan terus dibeli dengan harga tersebut, kita nak membeli sebuah kancil pun terpaksa membuat ujian memandu inikan pula hendak membeli aset seperti helikopter,”kata Anwar.

Mengulas mengenai keupayaan helikopter ini  Marhalim Abas selaku editor bebas majalah Asian Defence Journal dalam satu kenyataan menyenaraikan beberapa kelebihan Eurocopter Cougar EC725 .

Katanya Helikopter ini mempunyai kelajuan dan perlindungan yang boleh diharapkan untuk masuk ke zon pertempuran sebagai helikopter Combat Search and Rescue (CSAR).

“EC725 akan terus terbang walaupun peluru berjaya menembusi bahagian enjin dan mengeringkan minyak hidraulik. EC725 merupakan model yang ditingkatkan dari helikopter AS532 Cougar dan membuat penerbangan pertamanya pada tahun 2000 untuk memenuhi keperluan CSAR tentera udara Perancis,”katanya

Menurut rekod juga, EC725 akan dilengkapi sama dengan helikopter milik Perancis seperti sistem amaran radar, alat umpan peluru berpandu, meriam 20mm, pelancar roket dan mesingan 7.62mm, Ia juga mempunyai perlindungan dari tembakan mesingan ke atas bahagian penumpang.

Di samping itu pergerakan helikopter ini mampu menjangkau kepada 324 Kilometer sejam.

Jika ia dilihat, keperluan dan keupayaan yang dinyatakan di atas adalah merupakan sesuatu yang membanggakan kepada rakyat.

Apa yang pasti sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pembangkang ataupun kerajaan mengenai isu ini, yang pasti rakyat tidak mahu wang rakyat yang dikeluarkan oleh kerajaan tidak berlaku penyelewengan dan sebarang ketidakjujuran.

Sememangnya masyarakat mahu melihat sistem Pertahanan negara diperkukuhkan dengan kehadiran pelbagai aset yang memenuhi spesifikasi yang ditetapkan serta setanding dengan negara-negara membangun yang lain.

Kehadiran pesawat pejuang Sukhoi SU 30MKM dan juga yang terbaru kapal selam Scorpene yang dirasmikan baru baru ini  sememangnya memberi satu rangsangan baru kepada rakyat Malaysia.

Namun apa yang penting setiap pengambilan dan perolehan yang dilakukan kerajaan mesti mengutamakan integriti, ketulusan dan melihat kepentingan semua pihak agar ia tidak menjadi satu bahan ketawa kepada masyarakat dunia.

Di Pihak Pembangkang pula rakyat tidak mahu melihat sebarang tindakan dan teguran hanya bermotifkan dan keuntungan politik sahaja.

Dalam keadaan suasana politik yang kian hangat, rakyat sedang menilai kemampuan dan kebolehan kedua-dua pihak menangani sesuatu isu yang berbangkit dan jangan pula ada yang menangguk di air yang keruh di kala kelemahan di  pihak yang lain.Ends.

 

Categories: Uncategorized | 1 Comment

Post navigation

One thought on “Slug:Eurocopter satu keperluan untuk Negara?

  1. allo zai…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: