Aku, maggie dan teh tarik

Semalam,  tepat jam 12.15 malam dek kerana kelaparan yang teramat sehinga perut menyanyikan pelbagai lagu termasuk irama rock dan dangdut membuatkan aku terpaksa turun ke kedai mamak yang berada di tingkat bawah rumah yang disewa di Ampang.

 ‘Mamak, magie  sup  satu dan teh tarik panas punya.. sejuk-sejuk tak mau aaaa”,aku  membuat pesanan kepada mamak yang tersengih-sengih memegang kertas order.

 15 minit kemudian, pesanan maggie sup besertakan teh tarik yang  terkeluar buihnya itu sampai dimeja dan aku menikmati keseorangan menikmati menu malam.

 Ketika baru menyuap beberapa sudu maggie yang berasap itu , tiba- tiba  datang beberapa anak muda (laki dan pompuan) yang aku boleh anggap sebagai adik berada di meja sebelah. 

 Walaupun mereka hadir dengan pelbagai cerita sehingga membingitkan telinga aku, tetapi ia tidak sedikit pun menjejaskan tumpuan  yang sedang menikmati makanan kegemaran dan kegemaran tersebut bertambah-tambah ketika di penghujung bulan.

 Ketika santapan baru mencecah ¾, tetiba je ader seorang minah berjalan didepan aku untuk berjumpa dengan kawan-kawanya disebelah meja tadi.

 

Dengan selamber je, tetiba je mata aku terbeliak dan  kuah maggie yang aku hirup hampir tersembur melihatkan minah seorang ni yang berpakaian ‘ala tak cukup kain’(mungkin ada kaitan dengan krisis ekonomi negara).

 Dalam hatiku terdetik, Wah!! Hebat minah ni, aku bukan main lagi pakai baju sejuk berlapis-lapis, dia boleh pakai seluar pendek (dah macam seluar dalam) dan baju ketat macam balut ‘nangka’ yang menunggu masa untuk dibelah dan dinikmati isinya.

 Mata aku tanpa niat  terus memerhati gelagat anak-anak muda yang aku agak dalam lingkungan 14- 16 tahun ini mempamerkan aksi yang boleh dikatakan mengerunkan dan berunsurkan 18 SX ni.

 Yang paling canggihnya, selain bertepuk tampar antara mereka tanpa segan silu sekurang-kurangnya kepada mamak yang sedang mengibas roti canai, budak perempuan ni juga dengan penuh bangganya menghisap  dan menghembuskan asap rokok yang telah diketahui memberi “kebaikan” kepada manusia ini.

 Melihat gelagat mereka ni, tetiba je  hati aku bermonolog (pakai ayat sastera sikit), mana perginya mak bapak diorang ni,?Esok tak pergi sekolah ke?,mana dapat duit beli rokok ni?, nak kata anak orang berada, kawasan ini penduduknya sederhana sahaja,…dan bermacam lagi pertanyaan dan persoalan  menyelubungi kepala aku.

 Arrgh!!buat apa nak pikirkan semua ni, baik aku habiskan maggie dan teh tarikh yang dah sejuk ni…..tetiba kepala aku terlintas.

 Namun aksi galak anak-anak muda ni makin menjadi-jadi, menyebabkan kepala otak aku terlintas ketika zaman remaja dan semasa usia sebaya dengan makluk-makluk yang berada di sebelah aku  ni.

 Aku masih ingat lagi semasa zaman sebaya dengan bebudak ni aku juga berada di kedai makan pada waktu memalam gini malah berlarutan sehingga ke 5 pagi.

 Tapi ingat, bukan untuk melepak dan menghisap rokok!!, tetapi bekerja, iaitu  membakar dan mengibas roti canai untuk sarapan pagi kepada pelajar sebuah sekolah berasrama penuh ( Sek. Men Sains Machang) berhampiran kedai tempat aku bekerja.

 Yer ler, untuk menyiapkan sarapan pagi yang melebihi seribu pelajar = (1000 keping) maka, aku mengadap kuali panas ni dari pukul sembilan malam hingga lima pagi. (mujur tak tersungkur dekat kuali, kalu tak bertambah hensemnya)

 Namun apa yang penting walaupun aku melakukan pekerjaan tersebut, tetapi aku tidak pernah meninggalkan persekolahan walaupun kekadang tertidor dalam kelas dan kekadang juga mata aku berpinau dan nampak ramai cikgu tengah mengajar dalam kelas.

 Aku melakukan pekerjaan ini daripada tingkatan satu di sekolah ugama hingga tingkatan enam.(boleh kira la  beb berapa lama kan)

 Tetapi, mungkin air tangan aku telah menjadikan budak- sekolah asrama penuh tu sekarang dah menjadi doktor, engineer, juruterbang dan tidak ketinggalan kutu rayau (heheh..kalau ada le).

 Persoalannya bukan ayah dan emak aku tak bagi duit untuk belanja malah keluarga aku pun tidak le susah sangat sehingga memerlukan aku bekerja,  tetapi aku punya perangai tak boleh dok diam.., dan yang semestinya kalau boleh tak mau nak menyusahkan orang tua…

 Tetiba..(preng)..bunyi pinggan jatuh dari meja kedai..pergggh.. aku  mengalamun rupanya…

 Tanpa melengah-lengah lagi… aku cepat- cepat  menghabiskan maggie beserta teh tarik sehingga titisan terakhir dan terus membayarnya,

 Aku melangkah keluar ke kedai mamak meninggalkan makluk-makluk muda yang  makin hebat mempelbagaikan aksinya.

 Tengah berjalan pulang juga  sempat juga terlintas dalam kepala’….harap-harap benda ini jangan le terjadi kepada keluarga dan bakal- baka pewaris ku di masa hadapan…..

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: