Hebatnya PRU kali ini.

        Alhamdulillah PRU 12 telah berjalan dengan baiknya dan keputusan telah dibuat oleh rakyat Malaysia. Izinkan saya untuk mengucapkan tahniah kepada kemenangan Barisan Nasional yang telah berjaya menyapu 140 buah kerusi. itu adalah 65% daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan. Malah ia adalah 13% lebih daripada majoriti mudah.

        Tahniah sekali diucapkan kepada kepimpinan Pak Lah. Walaupun tidak berjaya mendapat 2/3 majoriti, saya rasa ia adalah satu petanda BN masih releven dan mendapatsokonganumum.

Barisan Alternatif atau sekarang lebih dikenali sebagai Barisan Rakyat juga telah mengejutkan semua dengan memenangi 5 daripada 13 negeri yang bertanding. Ini menunjukkan kebangkitan suara masyarakat bernilang kaum negara di atas beberapa isu yang tidak mendapat sambutan daripadapihakpemerintahsebelumini.

          Sebenarnya kemenangan tidak memberi apa-apa pengajaran. Yang kita banyak belajar adalah daripada kekalahan. Daripada kekalahan, kita lihat PM kita mula serius di dalam cuba mendalami masalah yang berlaku. Daripada kekalahan kita melihat semula siapa lawan kita dan siapa kawan kita yang sebenar.  

      Dengan kekalahan ramai individu pejuang bangun dan menjadi pemenang. Malah saya kira PKR dan PAS juga bangkit dari sekian banyak kekalahan-kekalahan mereka walaupun mereka digelar tidak releven di dalam pentas politik Malaysia suatu waktu dahulu.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Post navigation

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Create a free website or blog at WordPress.com.

%d bloggers like this: