Nik Aziz Nik Mat, tokoh yang tiada peganti

Ada dikalangan orang Kelantan terasa sugul. Sugul bukan Pas tidak boleh memerintah Malaysia, tetapi “moyok” kerana pemimpin kesayangan mereka Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membuat keputusan untuk tidak lagi memegang jawatan Menteri Besar Kelantan.

Tanpa berselindung, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, 87 merupakan pemimpin yang aku sangat hormati. Kerjaya aku sebagai wartawan menyebabkan hubungan ‘personal” aku dengan pemimpin itu wujud.

Aku bukan mengkagumi kerana dia pemimin Pas, Pas hanya sebuah logo. Tidak semestinya orang yang menyokong Pas itu direct ke syurga, tetap aku mengkagumi tokoh ini kerana perjuangan Islam dengan mennggunakan platform parti hijau.

 

ketika sesi wawancara berlangsung

ketika sesi wawancara berlangsung

 Malah orang Umno sendiri menghormati pemimpin ini, malah menjelaskan agak sukar untuk parti biru itu menembusi Kelantan selagi mana Nik Aziz masih berada di tampuk pemerintahan.

Seperti yang kita ketahui, beliau merupakan seorang pemimpin sangat sederhana, dan seboleh-bolehnya mahu mengikut sunah Rasulullah sebanyak mungkin dalam kehidupannya.

Malah beliau menamatkan perkhidmatan sebagai MB selama 23 tahun adalah kerana bersamaan dengan tempoh nabi Muhammad SAW berdakwah.

Walaupun berjawatan Menteri Besar, beliau seboleh-boleh tidak mahu menggunakan jawatan itu untuk kepentingan peribadi walaupun perkara itu menjadi haknya. Contoh dia tidak mengambil elaun rumah yang beliau perolehi kerana tidak menduduki rumah khas(JKR10).

solat zuhur di pejabatnya

solat zuhur di pejabatnya

Ketika ditanya perkara itu Tok Guru hanya menjawab” Ambo doh ada rumah, buat apa nak bayar lagi pada rumah ambo, kalau betul sekalipun itu duit ambo, ambo nak duit(hasil) itu ambo tu diakhirat kelak”. Mana ada orang tak gile duit?,tetapi itu lah realitinya.

Bagi penduduk Pulau Melaka, bukanlah perkara yang sukar untuk berjumpa dengan beliau.Jika berhajat bertemu dengannya, datanglah bersolat jemaah di masjid yang diwakafkan itu. Malah beliau seringkali kelihatan tidur keletihan di celah-celah masjid tanpa kemudahan seorang pemimpin besar.

Apapun, seperti mana manusia lain, adakalahnya melakukan kesalahan, Nik Aziz antara orang yang “pongoh”.

Bagi wartawan termasuk aku sendiri, bukanlah susah untuk provoke beliau sehinga mengeluarkan perkataan pelik dan dikatakan agak over. antara perkataan yang pernah diucapkan ‘cilaka, ‘bodoo’ dan sebaganya.Ini kelemahan Tok Guru yang sukar diatasinya.

Tiga hari sebelum PRU 13 yang lalu, aku sempat mengadakan wawancara di pejabatnya di SUK, iaitu hari hari terakhir beliau menjadi MB yang disandangnya sejak 23 tahun yang lalu.

Agak teruja memadangkan itu pertama kali aku berada di dalam bilik rasmi dan mengadakan wawacara ekslusif tanpa ditemani setiausaha politiknya, Ini bermakna jawapan yang diberikan adalah iklhas dari hatinya.

Soalan2 yang aku tanya adalakalanya keras tetapi dijawab dengan tatatertib.Antaranya menganai jawatan MB

“Tok Guru pernah mahu Tun Mahatdir meletak jawatan kerana lama sangat, bagaimana dengan Tok Guru” antara soalan yang ditanya tetapi dijawab tanpa emosi.

” Anta boleh ambik gambar anak sembayang di bilik ini” kata Nik Aziz kepada aku sejurus selesai sesi soal jawab membayangkan beliau mahu merakamkan foto itu terakhir sebelum mengakiri tugasan rutinya di Kota Darul Naim.

Nik Aziz Nik Mat

Nik Aziz Nik Mat

Selepas PRU13 dan keputusan memihak kepada Pas Kelantan, Nik Aziz telah memutuskan untuk tidak meneruskan jawatan MB dan menyerahkan kepada Ahmad Yakob.

Apa yang teruja, Tok Guru menjelaskan keputusannya dibuat 3 hari sebelum hari pengudian. Ini bermakna hari yang aku mengadakan interview!!.

Mungkinkah kata2 aku mengenai jawatan MB yang disandangnya itu diambil kira dalam membuat keputusan itu?wallahualam.
Selamat berehat Tok Guru!!

Categories: Uncategorized | 3 Comments

Tribute…..

Walaupun dah 4 bulan berlalu ada yang masih mahu mendengar cerita  semasa di Palestine, untuk itu aku postkan sebahagian kenangan yang tidak mampu dibayar dengan harga 2 juta sekalipun.

Transit di Lapangan Terbang Savanarbhumi, Bangkok sebelum ke Cairo

Transit di Lapangan Terbang Savanarbhumi, Bangkok sebelum ke Cairo

Tiba di Lapangan Terbang Kaherah selepas menempuhi penerbangan 12 jam

Tiba di Lapangan Terbang Kaherah selepas menempuhi penerbangan 12 jam

menyusur jalan raya di Kaherah ke rumah Kelantan, buruk gile tol diiorang
menyusur jalan raya di Kaherah ke rumah Kelantan, buruk gile tol diiorang

Tiba di rumah Kelantan di Kaherah dengan kusut masai

Tiba di rumah Kelantan di Kaherah dengan kusut masai

Sempat rakam bas kat Mesir ni, negara kaya raya, rakyat miskin

Sempat rakam bas kat Mesir ni, negara kaya raya, rakyat miskin

Di dataran ini lah bekas Presiden Mesir Anwar Sadat dibunuh ketika perbarisan ketenteraan pada 1981

Di dataran ini lah bekas Presiden Mesir Anwar Sadat dibunuh ketika perbarisan ketenteraan pada 1981

Berada di bilik khalid shatir,pemimpin ikwanun muslim,  atas persetujuan beliau menyerahkan kuasa kepada Mursi untuk memimpin Mesir

Berada di bilik khalid shatir,pemimpin Ikwanun muslim, atas persetujuan beliau menyerahkan kuasa kepada Mursi untuk memimpin Mesir, kami ke sini untuk mendapat sokongan ikwan muslimin untuk masuk ke Palestin

Mendapat kelulusan di kedutaan Malaysia di Kaherah, (atas faktor keselamatan tidak dibenarkan masuk) bagaimana kami nekad juaa..

Mendapat kelulusan di kedutaan Malaysia di Kaherah, (atas faktor keselamatan tidak dibenarkan masuk) bagaimana kami nekad juaa..

Pada awalnya tidak mendapat kelulusan, kami nekad buat keputusan untuk bergerak ke sempadan Rafah, persiapan diatur
Pada awalnya tidak mendapat kelulusan, kami nekad buat keputusan untuk bergerak ke sempadan Rafah, persiapan diatur

ketua rombongan kami( pelajar di mesir) memberi taklimat termasuk memberi nasihat sekiranya ditahan/ disoal siasat oleh pihak berkuasa Mesir, untuk ke Rafah kami menempuhi 12 sekatan askar mesir yang tidak mesra alam

ketua rombongan kami( pelajar di mesir) memberi taklimat termasuk memberi nasihat sekiranya ditahan/ disoal siasat oleh pihak berkuasa Mesir, untuk ke Rafah kami menempuhi 12 sekatan askar mesir yang tidak mesra alam

 

Setelah menempuhi kawalan keselamtan yang paling ketat, bas kami mula memanjat jambatan terusan Suez

Setelah menempuhi kawalan keselamtan yang paling ketat, bas kami mula memanjat jambatan terusan Suez

gambar yang ditankap dari atas bas, kecantikan terusan yang terpanjang di dunia

gambar yang ditankap dari atas bas, kecantikan terusan yang terpanjang di dunia

Singgah di pekan koboi untuk makan, sebijik dalam citer daaa.,,sudah 3 jam berjalan ada 3 jam lagi sebelum tiba di Rafah.

Singgah di pekan koboi untuk makan, sebijik dalam citer daaa.,,sudah 3 jam berjalan ada 3 jam lagi sebelum tiba di Rafah.

Menikmati mangga besar semasa perjalanan ke Rafah,

Menikmati mangga besar semasa perjalanan ke Rafah,

Beberapa kilometer sebelum tiba di Rafah (kawasan ini ( Al Arish) pernah ditakluki oleh Israel satu ketika dulu

Beberapa kilometer sebelum tiba di Rafah (kawasan ini ( Al Arish) pernah ditakluki oleh Israel satu ketika dulu.. bersambung dulu.

 

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Tuhan bersamamu Salehha

Sebenarnya dah lama aku tidak memblogkan diri, demam pru selain kesihatan yang tidak mengizinkan sehingga beberapa kali dimasukkan ke hospital membantutkan untuk mencoret catitatn diri, 

Namun setelah membuka blog ini  semalam, aku memeriksa komen dan agak terkedu apabila menerima sebuah coretan daripada hamba Allah ini,

Komen individu ini dibuat artas posting yang dimasukkan dua tahun lalu yang bertajuk” ain panas mama”. Ia adalah pengalaman aku sendiri sepanjang berada di wad kanser di HUSM Kubang Kerian.

Buat  insan yang bernama Salehha izinkan aku postkan komentar itu untuk kita mengambil pengajaran bersama:

Kesemua penyakit dari ALLAh dan aku pasrah, namun begitu cabaran mendatang kadang kala menyebabkan kita marah dan bingung, apakah dosa aku begitu besar sehingga aku begini? Aku, pesakit kanser rahim tahap 4. Penyakit ini dikesan semasa aku hamil anak ke 2 aku dan suamiku NAZARUDIN JALAL, seorang pemandu Limo LCCT dan aku suri rumah sepenuh masa, Namun setelah 6 bulan berperang dengan kesakitan dan masaalah, suamiku lari tah kemana. mungkin tak mahu lagi menanhan kemahuan seksual yang aku tak mampu berikan dan mencari jalan mudah ataupun loya dengan bau kanser yang dah mula keluar dari rahim ini..aku pasrah walupun setiap hari aku menanggung sakit seorang, Morfin dah tak mampu membantu..aku masih sakit walupun makan lebih satu dos. Hanya tuhan yang tahu. Aku sentiasa berdoa supaya ALLAH memberikan pembalasan kepada mereka yang berlaku kejam dan memberikan pahala kepada mereka yang membantu aku. Hanya ALLAH yang maha mengetahui kesakitan ini, seluruh darah dan urat saraf ini terasa sakitnya, kini aku sudah tak mampu mencuci letusan bisul kanser di perutku, tanganku amat lemah.Namun mujurlah masih ada mak dan kakak tempat aku menumpang mereka sungguh banyak membantu. Aku tak dapat melupakan jasa kalian.

SALEHHA NORMAN

Buat salehha apa yang aku ingin katanya, bersabarlah dengan ujian ini, setiap manusia diuji dengan pelbagai cara, kesakitan yang dibalas dengan pahala di akhirat kelak. Setiap apa yang berlaku sudah tertulis, sebagaimana hadis ini:

Pahala Orang yang Sakit

“Aku heran dengan orang mukmin yang gelisah menghadapi penderitaan sakitnya. jika ia mengetahui sesuatu (pahala) yang terdapat pada sakitnya, ia pasti akan mengharapkan sakitnya tersebut hingga ia bertemu dengan Allah SWT.”

(HR Ath-Thabrani, dari Ibnu Mas’ud)

Semoga Salehha terus bersama bersama ALLAH.

 

 

Categories: Uncategorized | Leave a comment

KEMBARA-KE-AKHIR-USIA1

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Al Qasam, pejuang yang merindui syahid

Pejuang yang merindui syahid

Pejuang yang merindui syahid

Empat hari di tanah Palestin dan lima hari di Mesir sudah cukup memberi satu pengalaman yang cukup besar dalam kehidupan.

Bak kata orang, jauh perjalanan, banyak pengalaman. Melalui blog ini, ada  beberapa perkara menarik yang aku ingin kongsikan. 

Sepanjang disana aku berada ditempat2 yang pernah menjadi tumpuan dunia. Antaranya lokasi dimana  pemimpin agung dunia, Syeik Ahamad Yasin dibunuh dengan menggugurkan bom dari pesawat Apace dari tentera Israel selain melihat sendiri kediaman dan berjumpa dengan anaknya yang masih hidup.

 Aku juga berjumpa dengan anak cucu al- Syahid, bekas Perdana Menteri Palestine yang dibunuh, Abdul Aziz Rantisi.

Selian itu, aku sempat merasai sendiri bagaimana hebat laluan terowong yang ada di bumi Palestine ini, insyallah semuanya akan diceritakan…. untuk permulaan artikel dibawah  ini adalah yang pertama dan disiarkan dalam Sinar Harian baru-baru ini.

OLEH: MOHD ZAILANI ANB RAHMAN

GAZA- Bertopeng, bersenjata dan memakai lilitan kalimah syahadah!, itu la perwatakan tentera Izzuddin al-Qassam ataupun lebih dikenali Al-Qassam, salah satu sayap perjuangan Hamas.

Tanpa perasaan takut mati, merekalah merupakan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan hadapan yang akan mempertahankan tanah Palestin dari diceroboh tentera Zionis.

Pasukan bersenjata yang begitu digeruni oleh Israel ini diberikan nama yang diambil dari seorang pejuang, Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Penubuhannya dipelopori pejuang agung Palestin seperti Sheikh Ahmad Yassin, Dr. Ibrahim Al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984. Melalui jemputan sebuah badan khas di Gaza baru baru ini, penulis dibawa ke sebuah lokasi di kem Briged Al-Qasam berhampiran pantai di Khal Yonis dan bertemu dengan komander yang bertanggungjawab mengemudi briged itu dari arah selatan Palestin.

MIDEAST ISRAEL PALESTINIANS

Atas faktor keselamatan, komander yang berumur 30-ini hanya mahu dikenali sebagai Abu Anas. Menurutnya, tujuan Al- Qasam ditubuhkan untuk membebaskan tanah Palestin dan seluruh tanahnya yang dirampas serta memantapkan semangat jihad dalam kalangan rakyat Palestin.

Bagi tujuan tersebut, mereka yang ingin menjadi tentera Al- Qasam terdahulu mendaftar sebagai ahli Hamas dan memiliki keperibadian yang baik serta ahli masjid. Apa yang pasti katanya, individu tersebut mestilah mempunyai niat untuk berjuang dan sanggup syahid berdepan dengan tentera Israel.

“Untuk direkrut dalam pasukan ini, kita akan lihat sejauh mana individu itu iltizam dan setia kepada masjid dan memiliki sifat-sifat sifat yang akhlak yang tinggi. Selain itu mereka tidak boleh merokok dan memiliki tutur kata yang elok.

“Selepas melalui ujian peperiksaan, individu tersebut diserap ke pelbagai unit. Mereka akan dilatih di unit ketenteraan dan memasuki medan tempur secara giliran melalui pemilihan yang sangat ketat,”katanya.

Bersama pejuang.. and dapat juga rasa pegang senjata diorang ni

Bersama pejuang.. and dapat juga rasa pegang senjata diorang ni

Abu Anas bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah sebenar yang menganggotai Al- Qasam namun difahamkan bilangannya dalam lingkungan 40,000 orang. Katanya, mereka yang menganggotai pasukan ini mesti berumur 18 tahun ke atas namun pertimbangan akan dibuat kepada permohonan remaja di bawah dari umur tersebut dengan syarat mereka memenuhi kriteria lain yang ditetapkan.

Ditanya adakah mereka yang menganggotai pasukan ini fasih membaca Al-Quran, Abu Anas berkata, sudah menjadi amalan anggotanya sentiasa mengamal dan membaca Al- Quran ketika bertugas dan ada darinya merupakan hafiz. Operasi ‘bom diri’ hanya ketika darurat Mengulas mengenai tugasan tentera Al- Qasam, Abu Anas mengakui menjadikan ‘Human bom’ (bom diri) sebagai salah strategi untuk berdepan dengan tentera Zionis.

Beliau menceritakan kisah seorang individu yang bernama Abu Tobash yang secara sukarela mahu mengikuti operasi meletupkan diri di sebuah sekatan tentera Israel di sebuah jalan di Palestin.

“Peristiwa itu berlaku pada 2005, rakyat Palestin berdepan dengan situasi yang sangat hina apabila setiap dua kilometer jalan dilalui, kami terpaksa menempuhi sekatan jalan raya yang dibuat tentera Israel. Malah, semasa pemeriksaan ,ada kalanya dari kami diperlakukan dengan kejam termasuk orang tua.

“Bertindak daripada itu kami memutuskan untuk mengadakan operasi khas, dan Abu Tobash yang merupakan seorang hafiz Al- Quran yang bercita-cita untuk syahid, dalam operasi itu kami merancang supaya beliau ditangkap kerana menyeludup senjata, akhirnya semasa pemeriksaan dibuat ke atasnya, bom itu meletup dan mengorbankan tiga tentera Zionis,”katanya.

Menurutnya, operasi tersebut sangat berkesan dan selepas kejadian itu pihak Israel terus meninggal kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, Abu Anas menegaskan operasi meletupkan diri bukan keutamaan Al- Qasam dan ia hanya dirancang sekiranya terpaksa dan dalam keadaan darurat. Menurutnya, anggota Al-Qassam mempunyai ahli yang mempunyai kepakaran tertentu dan berkebolehan dalam aspek ketenteraan.

“Ada daripada anggota merupakan mereka yang mempunyai kelulusan ijazah dan doktor, contohnya ada dari pada kita mencipta alat membolehkan Zionis tidak mampu mengesan pergerakan anggota,”katanya.

Tugasan Al- Qassam Abu Anas berkata, mereka yang menganggotai tentera Al-Qasam tidak bergaji dan diberikan sedikit wang untuk keperluan harian.

“Walaupun berstatus sukarelawan, mereka bertugas 24 jam, pada waktu malam mereka mengadakan kawalan sempadan manakala siang mereka mengadakan latihan, gali terowong, buat senjata, penyusunan strategi dan aktiviti risikan,”katanya.

Menurutnya, sejak penubuhannya briged tersebut, pihaknya berjaya menculik dan menahan lapan anggota tentera Israel dan ia merupakan satu kejayaan yang besar bagi Al Qassam. Bagaimanapun katanya, Al- Qassam hanya menahan dan menculik anggota tentera Israel lelaki sebaliknya tidak mengambil tindakan terhadap anggota wanita.

“Sebenarnya, ketika mengadakan operasi, sangat mudah untuk menculik anggota tentera wanita Israel kerana jumlah mereka ramai selain perwatakan jelas menunjukkan mereka adalah anggota tentera, tetapi kerana prinsip dan tuntutan agama, kita tidak melakukan apa-apa,”katanya.

Tentera Israel tidak mampu menguasai Palestin Mengulas mengenai serangan Israel pada 2008, Abu Anas berkata, walaupun pihaknya tidak memiliki senjata canggih, tetapi Zionis tidak mampu menumpaskan pihaknya yang mempunyai semangat juang yang tinggi.

IMG_4810

“Ketika serangan 2008, secara keseluruhannya, tentera Israel tidak berjaya berada di tengah Gaza dan hanya berlegar di sekitar sempadan sahaja. Jika masuk sekalipun tidak melebihi dua kilometer sahaja.

“Namun kita akui ada sesetengah tempat mereka berjaya masuk ke bahagian tengah Gaza, namun tidak bertahan lama dan terpaksa berundur , ini adalah bantuan daripada ALLAH SWT,”katanya.

Perasaan penulis Bagi tujuan ini, penulis turut dibawa ke lokasi tentera Al Qassam bertugas di kawasan strategik di sempadan Israel di Khal Yonis dan Baihanun. Ketika ditemui kesemua anggota bersedia berhadapan serangan malam dengan masing-masing dilengkapi senapang AK-47, mesingan, dan roket grenad selain lilitan peluru hidup.

Kesemua anggota briged bertopeng namun ketika diminta menanggalkan, penulis agak terkejut kerana mendapati muka mereka bersih dan bersinar.

Dengan bauan yang dipakai oleh briged, penulis merasakan ada satu perasaan seakan-akan gementar kerana bertemu dan berdepan dengan pejuang-pejuang yang bakal menemui syahid.

Difahamkan, sejak Intifada pada tahun 2000, lebih 1000 askar Al-Qassam mati syahid Ia membuktikan betapa hebatnya briged ini dan tidak mustahil lah tentera Israel seramai 700,000 orang cukup gerun dengan kekuatan pejuang Al-Qassam. – Sinar Harian Ends

Categories: Uncategorized | 3 Comments

Gaza, yang berdarah

Bila membaca artikel mengenai beberapa siri pengeboman yang berlaku di Gaza dua hari lalu ,hati ini mula berdegup kencang.

Bagaimanapun ia tidak pernah gentar dengan tindakan itu malah merasakan semakin membuak-buak untuk sampai ke tanah para ambia ini.

Apa yang dirasai ini hanya kecil dibandingkan dengan perasaaan rayat Palestin yang sentiasa berhujankan peluru.

2 tahun lalu, dalam entry aku ada menulis mengenai kisah kekejaman Israel selain cerita disebalik konvoi Mavi Marmara.

Semasa menulis artikel itu, ada satu perasaan alangkah satu hari nanti aku akan merasai apa yang dicatitkan itu dan Alhamdulilah dengan izin Allah Swt, insyaalaah pada 21 hb perkara itu menjadi ia menjadi realiti dan titik sejarah dalam kerjaya ini dimana aku akan berangkat Gaza melalui sempadan Rafah.

Menyingkap mengenai Gaza, luasnya tidak lebih dari 360 km persegi. Berada di Palestin Selatan, “tersepit” di antara tanah yang dikuasai penjajah Zionis Israel, Mesir, dan laut Mediteran, serta dikepung dengan tembok di sepanjang daratannya. Sudah lama Israel “bernafsu” menguasai wilayah ini.

Namun, jangankan menguasai, untuk masuk pun sudah berdepan dengan kesukaran Sudah banyak cara yang mereka lakukan untuk meawan kota kecil ini. Akhirnya Israel melakukan serangan “habis-habisan” ke wilayah ini sejak 27 Desember 2008 hingga 18 Januari 2009. Mereka”menggugugurkan” ratusan  bom dan mengerahkan semua kekuatan.

Sempadan Rafah adalah laluan tunggal yang tidak termasuk dalam kawasan Israel. Mesir menutupnya hampir setiap masa, dan hanya membukanya bagi kes kemanusiaan dua kali seminggu.

Kebanyakan terowong bawah tanah digunakan untuk membawa masuk ke Gaza barangan keperluan seperti makanan, peralatan rumah, bahan binaan dan haiwan ternakan, tetapi Hamas dan kumpulan bersenjata lain menggunakan terowong rahsia mereka sendiri untuk membawa masuk senjata dan wang.

Mengikut jadual perjalanan, akan dibawa ke lokasi yang penting dan berjumpa dengan beberapa pihak yang menguasai negeri itu. Selain itu dijadualkan aku dibawa ke kawasan rahsia dimana haiwan peliharaan diseludup dari bawah tanah.

Sudah tentu perjalanan ini cukup mencabar, dan setiap masa berdepan dengan situasi tegang. Apalagi hanya aku sorang sahaja yang bergelar wartawan, selebihnya sukarelawan.

Dengan perjalanan yang jauh, mencabar dan yang pastinya berisiko ini, aku mengharapkan doa dari semua pihak semoga perjalanan ini dipermudahkan dan diberkati Allah.  Apa yang berlaku selebihnya adalah dari  ketentuan Allah, Amin ya rab……….

Categories: Uncategorized | 3 Comments

Jangan hina hudud- Nik Aziz

OLEH: MOHD ZAILANI ABD RAHMAN

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta mana-mana pemimpin DAP yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan negara Islam termasuk hukum hudud supaya tidak mengeluarkan perkataan ‘cacian’.

Nik Aziz bagaimanapun berkata, beliau boleh menerima tindakan Pengerusi DAP Karpal Singh yang menentang pelaksanaan hudud kerana ia secara tidak langsung memberi kefahaman kepada orang ramai khususnya masyarakat bukan Islam.

“Saya setuju, biar (Karpal) bising, dari bising itulah orang akan faham, tetapi jangan sampai mencaci,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kenyataan Karpal yang berterusan mempersoalkan pemimpin Pas yang mahu melaksanakan hudud di negara ini dengan alasan ia tidak termaktub dalam perlembagaan negara.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, pelaksanaan hukuman hudud memberi kesan langsung kepada masyarakat berbanding pelaksanaan hukuman yang dipraktikkan sekarang. “Mengikut undang-undang sekarang, jika kes dadah, pesalah dikenakan hukuman gantung sampai mati tetapi jika hudud mereka dikenakan potong tangan.

“Jika gantung mereka hanya dibawa ke kubur tetapi jika potong tangan seluruh manusia akan mengambil pengajaran dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan diri,” katanya.

Ditanya, tindakan Karpal menjejaskan Pas menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz berkata, orang ramai harus memikirkan siapa yang menolak sebenarnya menolak hukuman hudud. “ Jika kita tidak undi DAP kerana tolak hudud, macam mana dengan Umno yang juga menolak pelaksanaan hukuman itu,” katanya.

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Kita adalah bilangan hari..

http://youtu.be/O6VY5_qF0zQ

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Berligau

Sudah lama tidak mengupdate  blog yang Semakin KUSAM. Keadaan badan yang kurang baik tidak dapat mengilhamkan penulisan yang baik.Mata berpinau, otak berligau,kepala berpusing, badan kepanasan, dada semput!!, rasanya dah dua bulan badan ini tidak selesa. Ketidakselesaan itu bertambah2 apabila dalam keadaaan stress..dan mengejar dateline dan menyelesaikan masalah berbangkit..

Apapun cuba buat yang terbaik………………mendoakan puasa, yang rahmat, keadaan kembali ok.

 

Categories: Uncategorized | Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.