Bagi orang politik khususnya Pas, sudah tentu mengenali Shamsul Zaman Sukri atau dikenali dengan ‘Ustaz Budak”,
Telatah dan kata-katanya semasa memberi tazkirah membuatkan kita tidak terfikir bahawa pemuda ni baru berumur belasan tahun.
Setiap kali dia berceramah pasti tempat tu penuh punya, sama juga macam sebagaimana ceramah ustaz U tiub atau ustaz Azhar Idrus..
Namun pada kali ini, ‘uztaz budak’ ini bikin panas sikit, sampai namanya disebut banyak blog yang mengatakan dia terlalu taksub dengan Nik Aziz, contohnya http://kickdefella.net/2011/12/01/nik-aziz-adalah-nabi-penceramah-pas/#more-4995.
Samada itu betul atau tidak, wallahualam, aku tidak mahu ulas pihak mana yang benar dan pihak yang mana salah.
Cuma apa yang aku nak bagi tau, uztaz budak ni sebenarnya adalah junior aku semasa sekolah di Syamsul Maarif, 10 tahun yang lalu, kalau tidak silap masa aku tingkatan 5 dia ni baru sahaja peralihan (kelas sebelum masuk ting 1) .
Sebenarnya semasa sekolah lagi budak ni dah unik, maklumlah, kecik-kecik dah diasuh ilmu agama.
Kerana keunikan itu, geng-geng kelas aku suka mengacau budak ni, sebab dia ni banyak cakap,,, po pet, pot pet, ada sahaja citernye,kitaorang pangil dia “jame”
Ada saja luang, my geng masuk kelas budak2, senior la katakan, tapi bukan nak membuli, sekadar habiskan masa yang memang banyak kerana sekolah kami ni tak cukup guru, ditambah keboringan kerana hanya dihuni oleh kaum-kaum gagah perkasa ini.
Kalu dah habis sembang, adakalanya kami suh budak ni betulkan alfatihah, maka dia pun ajarlah.. junior ajar senior…. tapi masa tu langsung tak sangka, satu hari nanti dia boleh digelar ‘ustaz budak’..
Aku hanya mengetahui nama dia meletup, semasa belajar kat UPM, bila balik kg, banyak poster dia berdoa bersama MB. Dari saaat nama dia naik sehingga la dia dilanda kontoversi ini.
Apapun dia telah buktikan bahawa seumur belasan tahun pun sudah boleh berjaya,…erm, menyentuh mengenai kontoversi, aku hanya cakap no komen!!, jika salah, dia seharusnya mohon ampun dan memperbetulkan.
ZB: Manusia tidak pernah lari dari kesilapan
