Feeds:
Posts
Comments

sakit?

Saiful (baju puteh) satu ketika dahulu di rumah DSAI.

Hari ini, masuk hari ketiga perbicaraan Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dituduh mencucuk bontot si Saiful yang dikatakan sangat macho ni.. Dan ketiga-tiga hari kita dihidangkan dengan cerita dalam kelambu antara Anwar dan bekas pembantu peribadinya itu. Maka dibawa lah Saiful ke Kondominum di mana Anwar dikatakan meliwatnya sehingga tidak mampu membuang air besar selama dua hari. Perghh.. Tida kira sama ada dalam surat khabar, telivesyen ataupun rangkaian internet, hasil dari perbicaraan ini boleh aku simpulkan sebagai agak janggal di mata padangan orang Melayu. Baru tiga hari, aku dah tak sanggup nak baca apa yang didedahkan oleh mahkamah, aku tidak tahu kalau la perbicaraan ini berlangsung selama setahun…apa lagi yang didedahkan Perkataan-perkataan yang selama ini boleh didapati dalam majalah lucah ataupun ‘tape blue’ sekarang dapat dibaca dengan jelas, du…r., sakit…seluar dalam, air mani dan pelbagai lagi menjadi bahan perbicaraan. Lepas tak mustahil keluar pula perkataaan sedap…syok, nak lagii..dan bermacam-macam lagi.. sory kalau terlucah sikit. Dan semestinya aku tidak lah terlalu terkejut sekiranya ia belaku antara perempuan dan lelaki sebab itu lumrah.. tetapi ini laki dah lelaki…. Aku tidak tahu apakah ia berlaku sepertimana yang digambarkan. Adakah Anwar seperti itu, hanya tuhan sahaja yang tahu.. tetapi yang jelas ia adalah ‘jelik dan melekit’.

Sahabat…mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri
Kau tahu ku tak sanggup

Sahabat…ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik
Walau kau tak disini lagi

Sahabat…aku rindu padamu
Datang walau sesaat
Ku ingin kan kau hadir

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah

SAHABATKU…..
Hakikatnya, dalam mengejar arus kedewasaan ini aku dengan seikhlas hatinya menabur debu segala jenis kasih sayang kearah jalinan persahabatan ini.

Ketahuilah…

Bahawasanya aku mengerti akan hakikat sebenar yang bakal kita lalui setelah hidup kita bakal diterangi cahaya masa depan iaitu hidup sebagai seorang dipertengahan usia tidak lagi pada masa sekarang iaitu zaman remaja.

SAHABATKU…

Kehadiran mu sahabat menyebabkan timbul perasaan  yang tidak berbelah bagi ,aku percaya  perasaan rindu yang telah disemat tidak akan dapat dibuang walaupun dimana jua ia pergi……

Sebagai mana baik budi mu terhadapku,setinggi gunung dan lautan cubaanku untuk meneruskan perjuanganku sebagai sahabatmu yang sentiasa periang dan ceria sewaktu dahulu.

SAHABATKU..

Jujur aku akui kaulah sahabatku yang paling istimewa walau hakikatnya kau dan aku sering bertegang leher lantaran sikap angkuh yang menguasai diri.Terima kasih kuucapkan atas segala pengorbanan yang diberikakan

SAHABATKU……….

Ingatlah bahawa dalam mengejar arus kehidupan, kita pernah digelar sahabat yang paling akrab suatu ketika dahulu. Janganlah kau persiakan ini walaupun ku tahu kau mungkin bakal meninggalkan aku setelah menemui sesuatu yang paling baik dimasa hadapan. Ku berdoa agar sahabatku kau sentiasa ceria seterik matahari, sesegar bunga di taman dan secantik bulan  di langit…

My Volkswagen

White Volkswagen

Ini adalah replika kereta Volkswagen yang berada dalam  atas dashbord kereta aku,  …. untuk pengetahun korang, kereta kecil ini bukan sebarang kereta…walaupun kecil tapi penuh dengan nostalgia…

Kereta ini telah merubah  my life. Walaupun ia kecil tetapi ia penuh bermakna.. makna pengertian hidup, makna apa itu kesedihan.. makna apa itu kemurungan dan makna bla bla bla……………..

 Setiap kali aku masuk dalam kereta, aku pastikan kereta comel ini benda  pertama yang aku pandang dan aku semat dalam hati aku…..

Dengan kereta kecil ini, aku mengembara tempat yang tidak pernah aku jejaki, dengan kereta ini aku merasakan setiap yang aku lakukan ‘not alone’…dengan kereta ini aku meningkatkan semangat untuk aku bekerja..

 Tetapi kini kereta ini tidak ‘berfungsi’ seperti apa yang aku harapkan… kereta ini tidak lagi ‘bergerak ”. tidak lagi mendampingi dikala kesunyian, tidak lagi mendampingi aku dikala aku tidak boleh melelapkan mata.

Namun aku juga pastikan ia berada disitu sehingga kereta ini dijual atau tidak tidak lagi digunapakai….walaupun kereta comel ini telah ‘berubah’ tetapi aku pastikan kereta ini tidak akan kemana-mana kerana ia  adalah kereta “kesayanganku”.

selagi ada rindu

Selagi Ada Bulan Mentari, Selagi Ada Berkasihani ,Selagi Ada Bulan Dan Bintang Selagi Ada Berkasih Sayang ,Selagi Ada Ombak Dan Laut ,Selagi Hatiku Terpaut, Selagi Ada Turunnya Hujan, Selagi Ada Rahmat Tuhan, …….Selagi Ada Langit Dan Bumi, Selagi Cintaku Bersemi,  Selagi Ada Waktu Selagi Ada Rindu, Biar Beribu Batu Ingin Aku Bertemu………….

Air mataa….

..i dun even remember either this is the 2nd or the 3rd time of promises done by us..aku xtaw la nape sejak kebelakangan ni badan aku lemah sangat..tp aku just bole luahkan mende ni je tp aku mmg xkan dpt pape makna langsung dr ape yg aku ckp, !!aku xpenah wat salah, everything already been prepared!!tapi lain jadinyaa……..aku tanak jd manusia yang aku pendedam  smpai aku mati..mmg aku menanggung sorang mende ni..” mende ni bekait ngan ati n prasaan….hurmm supposely aku dh leh accept mende2 ni sume tp hakikatnye i still think of u.. ..but now yg merana nye aku..ITS WAS ME!!sumpah aku xlrt nak tanggung sume ni..honestly she is everything for me but now i get nothing from him..plizzz get me out from dis situation..aku dh xlrt!!, blurrrrrrrr, buat aku betol2 gilee, ape yg aku wat ni slh ke??..kalo aku bole pusing balik masa……

 

Kejam dan tidak perikemanusian, ini lah perkataan yang paling sesuai yang boleh mengambarkan gambar diatas.. disebalik kurnian ilahi ini, masih ada yang bersikap kebinatangan, kalau kucing sayangkan anaknya,kenapa ada manusia yang sekejam ini.

Yang paling jeliknya, kejadian ini berlaku kepada orang Melayu kita dan lebih tepat sebagai orang  Islam, jadi sama-sama kita fikir apa hendak jadi kepada dunia kini………. 

JELI – Penduduk dekat sini, semalam gempar apabila mayat seorang bayi perempuan ditemui dikawasan rekreasi Lata Renyut, Kuala Balah. Mayat yang ditemui penduduk dalam keadaan bogel dan cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan. Ketua Polis Daerah Jeli, Deputi Supritenden Muhamad Hanifah Ab.Malik berkata, bayi berukuran 50 sentimeter itu ditemui pada jam lebih kurang 9.30 pagi.

Menurutnya, ketika ditemui mayat bayi tersebut masih mempunyai tali pusat manakala bahagian kepalanya telah hancur. “Dipercayai bayi berkenaan telah dibuang beberapa hari yang lalu berdasarkan penelitian awal polis.

“Pihaknya sedang menjalankan siasatan kes di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaann kerana menyembunyikan kelahiran,”katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Mayat mangsa kini di tempatkan di rumah mayat Hospital Jeli untuk tindakan selanjutnya.

 Kata beliau, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diharapkan dapat menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli.

 “Sekiranya terdapat maklumat mengenai kelahiran yang meragukan, orang ramai diharap dapat menghubungi polis dengen segera,”katanya.

Kali ni entry aku ni berkenaaan nikah kawin .. semua orang ingikan sebuah perkahwinan yang bahagia, ingin menyangi, dimanjai dan dicintai……tapi ini bukan bermakna aku plak nak kawin dalam masa terdekat ini.. cuma yang pasti ramai kawan-kawan yang sudah dan akan berada dalam tahap ni..aku meletakkan entry ini supaya kita boleh berfikir dan merenung bersama-sama apa yang ditulis ini aku ambil benda ni sebuah web cintannya punya… mungkin ini amat berguna kepada pasangan-pasangan yang sedang bercinta…. 

Kita mungkin telah bertemu dengan pasangan yang  dicintai. Tetapi masalahnya adakah  kita mempunyai keyakinan untuk mengakhiri hubungan percintaan itu ke jinjang pelamin. Mungkin ada yang merasa ragu-ragu untuk melangkah ke alam rumah tangga yang penuh dengan tanggungjawab dan pelbagai dugaan. Sememangnya banyak yang perlu difikirkan sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Kita harus menyediakan diri dengan banyak perkara.

Tulisan di bawah ini bukan untuk menakut-nakutkan mereka yang masih bujang tentang perkahwinan tapi sekadar ingin memberitahu beberapa perkara yang harus dipertimbangkan sebelum membuat keputusan mengakhiri zaman solo. Fikirkan perkara-perkara di bawah tapi jika anda sudah yakin dengan pilihan anda, tunggu apa lagi!

 Ada alasan kukuh berkahwin

Perkara paling utama ialah keyakinan diri. Oleh sebab itu, yakinkan diri kenapa anda harus mendirikan rumah tangga. Apa yang ingin anda perolehi daripadanya? Apa kesannya pada diri anda, pasangan dan keluarga masing-masing? Jika jawapannya masih belum dapat anda pastikan, ataupun alasannya belum lagi realistik, lebih baik tunda dahulu niat anda sehingga anda benar-benar yakin.

Harus sedia berkongsi

Anda harus menerima kenyataan bahawa situasi tinggal bersama itu berbeza dengan tinggal sendiri. Semuanya harus dikongsi. Bukan sekadar berkongsi bilik, satu almari tetapi juga berkongsi waktu, perhatian, seks, kewangan dan juga emosi.

Sedia untuk sakit hati

Segala tindakan dan perbuatan pasti mempunyai risiko. Begitu juga dengan mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan akan membuka topeng masing-masing. Jika sudah memutuskan untuk berkahwin bererti anda harus sedia menerima risiko paling buruk tentang sikap pasangan anda.

Sedia untuk berfikiran terbuka

Masalah selalu ada, bila-bila dan di mana saja. Adakalanya permasalahan timbul untuk memperbaiki kualiti hubungan anda. Oleh sebab itu, lebih baik jika anda selalu sedia membuka diri untuk bertukar fikiran dengan pasangan agar hubungan emosi tetap terjalin.

Sedia untuk kompromi

Punya agenda, pendapat atau prinsip sendiri memang boleh tapi ingat akan pasangan anda. Dia juga mempunyai kesibukan, pendapat, keinginan yang mungkin berbeza dengan anda. Maka meningkat diri untuk bertoleransi, saling menghargai akan sangat membantu rumah tangga.

Sedia untuk berpisah

Di dunia ini tidak ada yang abadi. Berkahwin merupakan cara untuk menyatukan dua hati yang berbeza dan membina sebuah mahligai bahagian. Namun dalam keadaan tertentu, terlalu sukar untuk mempertahankan kebahagiaan itu. Cara yang terbaik adalah dengan berpisah. Ketika anda melafazkan akad, anda harus menyedari bahawa akan ada salam perpisahan jika tidak seiringan.

Sedia menerima malu

Anda tentu mempunyai kriteria tersendiri dalam memilih pasangan. Tetapi, seburuk apa pun sifat dan perilaku pasangan anda di mata orang, dia adalah pilihan anda. Oleh sebab itu, anda harus berani mati dan sedia untuk malu bagi menjaga kehormatan masing-masing.

Soal anak

Selepas mendirikan rumah tangga, kehadiran anak amat dinanti untuk menyerikan kehidupan. Tetapi secara anda sedar atau tidak, anak dapat mempengaruhi hubungan dan kehidupan rumah tangga anda. Bagaimanapun, kehadiran anak adalah kurniaan Tuhan. Maka bersikap rasional dalam masalah ini akan lebih baik. Anda tidak harus mengurangi waktu untuk berdua ketika ada atau tanpa anak sekalipun.

So adakah anda sudah bersedia,jika tidak tangguh dan fikir-fikirkan dahuluuu…..kawin bukan sehari

 ”

 asri

“Aku adalah pengejar syurga akhirat, bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat; aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu. Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas. Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku.” -Allahyarham Asri Ibrahim.

 asri

Pemergian vokalis kumpulan  rabbani, Ustaz Asri mengejutkan dunia seni dan ‘nasyid’ tanah air.

 Beliau yang lebih terkenal dengan lagu “pergi tak kembali menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Pantai, Bangsar.

Sesungguhnya kehilangan Uztaz Asri  itu amat dirasai kerana anak kelahiran  Klang, Selangor  ini memiliki suara emas yang mampu menggegarkan hati setiap insan yang mendengar nyanyiannya.

 Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang , allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut,

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut – yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

“Pada kira-kira jam 10.30 beliau jatuh pengsan. Tapi ambulans tiba agak lewat, kira-kira 20 minit selepas itu. Apabila sampai ke hospital beliau sudah disahkan meninggal dunia.

 Dengan alunan nasyid dan zikirnya yang menusuk jiwa setiap insan, pemergian beliau menjadi satu sejarah untuk dunia nasyid negara.

rabbani77

Dan ini merupakan coretan daripada kawan dr asri , Ustaz amin yang melawat jenazah untuk tatapan terakhir…..

 Saya terus masuk. Di dalam bilik terdapat tujuh orang.

Surah Yasin yang dibaca telah hampir sampai ke penghujung.

Saya melihat sesosok tubuh yang baring telah siap dikafankan. Kain putih yang bersih dengan tangan yang diletakakan dibadan.

Saya menatap wajah sahabat saya ini. Wajahnya bersih, tersenyum. Saya membacakan fatihah kepadanya. Perlahan-lahan saya menghampiri jenazahnya, saya cium dahinya yang bersih ini. Biasanya dahi ini akan ditemankan dengan kopiah beliau.

Saya menghampiri telinga beliau, saya bisikan.

“aku saksikan, bahawa engkau telah banyak berjuang untuk agama”

Tiba-tiba saya menjadi sebak. Pada ketika itu air mata saya berlinang. Saya cuba menahannya tetapi saya tidak mampu. Saya menundukkan kepala saya, mengesat air mata yang mengalir di kelopak.

Saya cium dahinya untuk kali kedua. Kali ini saya pegang bahu beliau, saya ucapakan lagi padanya:-

“sahabat, selamat berehat”

Saya bangun. Berdiri tegak, selepas saya, barulah ada beberapa lagi yang datang dan mencium dahinya.

Saya cuba menahan air mata saya. Tetapi saya tidak mampu. Teringat lirik nasyid beliau “Pergi takkan kembali”

Saya menarik nafas panjang. Mengesat air mata yang berlenang. Membacakan fatihah sekali lagi untuknya.

Saya mula melangkah keluar. Di pintu daun pintu, saya terdengar satu ucapan:-

“Terima kasih ustaz”, saya tidak memandang siapa yang mengucapkan pada saya itu. Saya terus berjalan, merentasi kesesakan orang ramai.

—–Adakah yang berterima kasih itu adalah roh ustaz Asri?????

Bila aku tengok sahaja sahaja video klip ini, tetiba aku  kembali mengenangkan saat-saat berada di sekolah menegah yang meninggalkan seribu nostalgia dalam kehidupan . SMU A Syamsul Maarif itu lah nama sekolah yang pernah aku menuntut dan mencari nilai kehidupan  selama 6 tahun.

Sudah tentu saat manis dan suka duka aku kongsingkan disitu, disitulah aku mendapat sahabat-sahabat yang kekal abadi   dan disitu jugalah aku kehilangan seorang sahabat baik yang aku kenangi hingga  kehari ini.

Kehilangan rakan yang bernama  Mohd Hafiz meninggal seribu cerita, beliau  ditakdirkan untuk mengadap ilahi ketika kami berada di tingkatan 3.

Sudah tentu perhubungan antara rakan sekelas cukup akrab memandangkan sekolah aku hanya untuk lelaki sahaja, dan lebih-lebih lagi kelas aku hanya ada sekitar 2o pelajar sahaja.

Saat pemergian Hafis adalah cukup mengejutkan, kemalangan yang awalnya tidak seteruk  tragadi lain akhirnya mengorbangkan nyawabeliau,  ketika peristiiwa itu berlaku  kami baru menyelesaikan peperiksaan pertengahan tahun, dan sudah tentu ianyya hari penuh gembira selepas bersengkang mata untuk mengahadpi peperiksaan.

Aku mendapat pangilan seawal jam 8 pagi yang mengatakan bahawa Hafis sudah meninggal dunia akibat kemalangan, aku bergegas siapkan diri dan terus menuju kerumah beliau yang hanya 5 kilometer dari kediaman aku.

Terus terang aku cakap, sepanjang perjalanan itu, aku msih tidak percaya bahawa hafis sudah tiada… ini kerana sehari sebelum itu kami gelak ketawa bersama di kelas sejurus peperiksaaan tamat,  tempat duduk aku pula bersebelahan sahaja.

Sejurus tiba di rumah beliau, aku sudah pasrah apabila mula melihat orang ramai berada di rumah beliau, tanpa berlengah aku segera masuk dan skujur badan yang tidak bernyawa kaku dihadapan aku.

Dengan hati yang sebak, aku membuka kain yang menutup muka arwah dan saat itu lah perasaan sanagt hiba, wajah beliau sedikit pucat dan mengeluarkan sedikit air dihidung….. ya allah aku merasakan cukup tidak percaya bahawa jenazah yang berada dihadapan aku ketika itu ialah mohd Hafiz. jenazah  yang semalamnya masih lagi bergelak ketawa.

, sejurus itu aku bertanyakan kepada sahabat yang lain apa yang berlaku,rupanya-rupanya arwah tidak memeriksa dalaman selepas terlibat dalam kemalangan kecil, dan menasihatkan kepada Naim(pembonceng) supaya membuat rawatan kerana mendapat kecederaan kecil.

Bagaiamnapun, keesokan harinya, selepas sahaja makan tengah hari, arwah muntah dan mula tidak sedarkan diri. menjelang 12 malam… allah menjemputnya kembali.

Bom Asap

6536_1208469973911_1293568622_600684_3926939_n‘First time’ terkena gas semburan asap sememangnya cukup menguja, sekurang-kurangnya lubang  hidung aku yang tersumbat sebelum ini sudah dibersihkan gas pemedih mata  yang dilepaskan oleh FRU.

 Oleh itu  pada hari kejadian, aku sudah menjadi salah seorang ‘protestor’ yang gila berlari-lari dek kerana semburan gas pemedih mata yang semangnya pedih  sehingga menusup ke dalam hati.

6536_1208479974161_1293568622_600720_5381645_n

 Aku tidak tahu adakah betul tindakan pada sesetengah penyokong anti ISA ini yang sanggup membawa anak kecil yang masih tidak tahu apa-apa tentang akta yang dikatakan zalim itu untuk dibawa bersama dalam “medan perang” itu.

NiK Nur Amirah KL010809_06

Dan aku tidak  tahu apakah motif pihak yang “berbaju biru dan bertopi merah” sanggup memancut air yang sangat menggatalkan  serta menembak bom asap  semata mata   bertujuan untuk menyuraikan keadaan.

samsulsaid_KL010809_04

 Adakah mereka itu zalim!!, Bukan niat aku untuk memerli sesiapa, bukan juga aku penyokong Pakatan Rakyat.. tidak…

 Tetapi di celah-celah kelompok yang ramai itu aku sempat merasai bahawa apa yang dilakukan oleh pihak itu di bahagian- bahagian tertentu tidak kena caranya.

samsulsaid_KL010809_06 

 Malah bila berada di kelompok  itu, tag “WARTAWAN”  yang sebelum ini begitu berharga sudah menjadi sampah yang boleh dicampak-oleh pihak-pihak tertentu.

samsulsaid_KL010809_03

 Tidak perlu aku perjelaskan lebih lanjut tetapi cukup merasai sekali  pengalaman terkena bom asap membuat aku lebih teruja dan “Geram” pada orang itu!!!!

samsulsaid_KL010809_25

samsulsaid_KL010809_30

Older Posts »